ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (tiga dari kanan) menyerahkan replika cek bantuan kepada wakil penerima skim bantuan tanaman nanas sempena Karnival Road To Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan 2015 di Jalan Maharani, Muar, Johor, kelmarin. MINGGUAN/ISHAK RAHMAD
Oleh ZULHISHAM ISAHAK
[email protected]
MUAR 18 April
Penggiat dan usahawan industri asas tani di negara ini perlu merebut peluang dalam pasaran antarabangsa yang bernilai kira-kira RM7 bilion setahun dengan meningkatkan kualiti dan produktiviti masing-masing kerana pengeluaran asas tani negara setakat ini hanya sebanyak RM500 juta setahun.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, masih banyak peluang di peringkat global di mana kapasiti keluaran produk industri asas tani perlu dipertingkatkan untuk menampung permintaan antarabangsa.
“Kita sudah menembusi beberapa negara seperti di Singapura dan selepas ini Hong Kong dan Dubai. Rekod jualan usahawan industri asas tani bagi tahun lalu ialah RM529 juta dan menyumbang RM264 juta kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK).
“Antara yang dieksport seperti produk industri kecil dan sederhana (IKS), produk sejuk beku membabitkan kuih tradisional, hasil ikan dan ternakan selain minuman berasaskan buah-buahan dan minuman pracampuran,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Road To Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015 di Jalan Maharani, di sini semalam.
Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed; Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Ahmad Ishak dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Seri Saipolbahri Suib.
Menurut Tajuddin, setakat 14 April lalu, terdapat 10,342 usahawan itu berdaftar dengan kementerian dan cabaran mereka ketika ini ialah persaingan meningkat, pasaran tempatan yang semakin tepu dan kekangan modal perniagaan.
“Kita dapati kelemahan mereka ialah sikap bergantung dengan bantuan kerajaan, kurang motivasi dan lemah mengenal pasti peluang perniagaan sedangkan mereka harus tahu kelebihan produk mereka di pasaran global seperti status halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.
Status tersebut, katanya, membolehkan mereka merebut peluang dalam industri halal global yang bernilai RM7.44 trilion namun mutu produk harus mengikut piawaian antarabangsa.
Mengenai karnival HPPNK, beliau berkata, program tersebut membantu penternak, nelayan, petani dan orang ramai mendapatkan maklumat dan peluang dalam pasaran selain maklumat kaedah meningkatkan kualiti produk dalam usaha menembusi pasaran lebih kompetitif.