BTC USD 62,496.3 Gold USD 4,319.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usaha 'tekan' MB Selangor gagal

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Shah Alam: Usaha menekan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor masih gagal walaupun pelbagai cara digunakan, termasuk penggunaan media sosial Whatsapp.

Terbaru, penyebaran berita menggunakan Whatsapp sejak kelmarin yang mendakwa calon Timbalan Presiden PKR terbabit akan menghadap Sultan Sultan untuk meletakkan jawatan semalam.
“Itu tidak benar. Saya baru lepas mesyuarat perancang negeri Selangor dan ada lagi satu mesyuarat petang ini (semalam).

“Jadi berita itu tidak benar,” katanya kepada sekumpulan pemberita yang menunggunya di Bangunan Darul Ehsan di sini, semalam.

Ditanya sama ada itu adalah satu serangan peribadi terhadapnya, Abdul Khalid hanya menjawab ia tidak penting kerana cerita berkenaan tidak benar.

Tindakan buang masa

“Tidak mengapalah. Maknanya orang yang menyebarkan itu (mesej berkenaan) buang masa dialah,” katanya.
Selain itu Abdul Khalid enggan mengulas apabila ditanya kemungkinan mesej berkenaan disebarkan oleh saingannya dalam pemilihan PKR, sebaliknya meminta mereka yang menyebarkan khabar angin berkenaan untuk menghentikannya.

“Tak apalah. Bulan puasa saya tak boleh cakap benda yang tak betul,” katanya.

Penyebaran mesej mengenai peletakan jawatan Abdul Khalid itu dikesan malam kelmarin yang menyebut Abdul Khalid dijangka menghadap Sultan Selangor pada jam 9 pagi semalam bagi menyerahkan surat peletakan jawatan.

Mesej yang menyatakan ia dari ‘sumber media’ menyatakan satu sidang media khas akan diadakan selepas itu.

Media berkampung

Penyebaran mesej berkenaan menyebabkan petugas media berkumpul di hadapan tiga Istana Selangor di Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika di sini serta Istana Alam Shah di Klang, seawal jam 8.30 pagi.

Bagaimanapun, selepas menunggu dua jam, petugas media beransur ke Bangunan Darul Ehsan di mana Abdul Khalid dikatakan menghadiri mesyuarat sebelum satu lagi mesej dengan menggunakan aplikasi Whatsapp, kononnya berita terkini (flash) daripada agensi Berita Nasional (BERNAMA) yang menyatakan Abdul Khalid sudah meletakkan jawatan.

Mesej yang disebarkan itu juga menyebut EXCO Selangor, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad ‘dijangka mengangkat sumpah jawatan pada jam 2 petang’.



sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Usaha_tekan_MBSelangorgagal/Article/index_html
 
beriya2 nak suruh kawan tu resign. padahal dia tu profesional sesgt. itu pun ada yg xpuas ati jugak. selalunya yg xsuka benda2 baik ni, setan je. pada bos belakang tabir tu, jgn cepat kucewa. usaha lagi :D
 
untung dah selangor dpt mb macam tu TSKI tu.

Jgnlah jadi gila kuasa. semua nak rebut. tak paham perangai pkr ni.
 
Kalau pun TSKI lepas jwatan MB..biarlah kali ni Pas pulak yg amik kerusi MB...jgn bgi azmin..perangai umno dia tu mash tak berubh
 
geng2 azmin tuh yg hasad dengki bagai..ntahpape..
 
Terkejut jugak dapat watsapp petang semalam mengenai perletakan jawatan beliau. Rupa2nya temberang semuanya.
 
huh..hope kembali stabil, dorang ni x pikir rakyat ke...
 
opis kitaorang semalam, banyak dapat call tanye TSKI dah resign ke..
jenuh nak menjawab..
 
Back
Top
Log in Register