BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usaha buru ah long dipuji

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Antara penduduk Menglembu yang berhimpun untuk menyatakan sokongan terhadap Ah Kooy.​

IPOH - Selepas menerima pelbagai reaksi di media sosial, penduduk di kawasan Menglembu di sini tampil menyatakan sokongan kepada Ketua Balai Polis Menglembu, Asisten Superintendan Chen Ah Kooy terhadap tindakan yang diambilnya ke atas ah long.

Ketua Kampung Menglembu, Wong Hon Yin berkata, penduduk kampung melihat usaha dan tindakan pegawai polis itu harus dipuji.

Menurutnya, penduduk melihat tindakan itu sebagai usaha menegakkan keadilan sosial dan memberi gambaran bahawa pihak polis serius dalam menangani isu terbabit.

"Masyarakat setempat menganggap Asisten Superintendan Chen sebagai 'Hero Rakyat' yang perlu dihormati kerana menegak keadilan sosial. Jadi kita bersama memberi sokongan penuh kepada Asisten Superintendan Chen.

"Sokongan kami bagi menggelakkan beliau tidak keseorangan isytihar perang ah long yang merosakkan moral rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Hon Yin berkata, usaha pihak polis di kawasan Menglembu terutama di Bukit Merah dalam membanteras kegiatan ah long itu nyata memberi kesan apabila poster atau iklan pinjaman berlesen di kawasan itu berkurangan.

Katanya, usaha memerangi ah long bukan sahaja tanggungjawab polis semata-mata, tetapi masyarakat harus memainkan peranan untuk memastikan kegiatan haram itu dibanteras.

Sebelum ini, satu rakaman video menunjukkan seorang anggota polis memberi amaran kepada kumpulan pemberi pinjam wang tidak berdaftar menjadi viral di media sosial sehingga menjadi perhatian umum.

Akibat tindakan itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengeluarkan kenyataan menganggap tindakan itu sebagai tidak profesional dan dibuat tanpa dirujuk atau dibincangkan dengan pihak pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.
 
Back
Top
Log in Register