BTC USD 62,489.2 Gold USD 4,466.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Usah main-main tunjuk kemaluan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Seremban: Perbuatan aib seorang operator pengeluaran dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang penuntut wanita sebuah universiti tempatan membawa padah apabila didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman itu diputuskan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh terhadap P Annadorai, 33, yang tenang sebelum mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil.

Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tambahan lapan bulan.

Mengikut pertuduhan, Annadorai yang bekerja di sebuah kilang sawit didakwa menunjukkan kemaluan dengan maksud mengaibkan kehormatan pelajar perempuan itu di bangunan rumah kedai berhampiran kolej kediaman mangsa di Bandar Baru Nilai, kira-kira jam 11 pagi, 27 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabit kesalahan.

Mohamad Izwan Mohamed Noh ketika menjatuhkan hukuman, berkata beliau menimbangkan keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pihak pendakwaan sebelum membuat keputusan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zanudin.

Mengikut fakta kes, ketika mangsa membuat kertas kerja, dia diberitahu rakan serumah ada seorang lelaki tidak dikenali berada di belakang bangunan kediamannya.

Mangsa kemudian melihat dan mendapati lelaki itu menurunkan separuh seluarnya dan menunjukkan kemaluannya ke arah kediaman mangsa menyebabkan mangsa merakam gambar lelaki berkenaan sebelum membuat laporan polis.
 
padan muka....kena rakam jadi bukti...haha
 
Biasa dia buat mcm itu dpt lain, kali ini betul-betul dia mendapat. Dpt merengkok dlm penjara.
 
nasib baik budak perempuan tu rakam dan buat report...
kenanya dia rakam dan telefon bf dia dan kemudian bf datang bawak geng skali...memang lunyai lah kena kroyok...
 
dah biasa tgk kemaluan kot

tue yg tak terkejut

sempat rakam lagi :D
 
masa kena rakam tu mesti dia ingat pempuan tu dah tergoda dah tu..haha haha
 
X de keje tunjuk kemaluan......amek kau. Siap kena rakam lagi.
 
Back
Top
Log in Register