BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Urusniaga riba perbankan Islam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Nadzim (tengah) bersama Abdul Manap (kiri) dan Sheikh Abd Kareem merungai permasalahan dan aduan berkaitan perbankan Islam di negara ini
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan lebih 500 aduan diterima berkenaan kes perbankan Islamik berhubung jual beli rumah, malah separuh daripadanya telah pun diisytihar bankrap.

Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, bank terlibat tidak sepatutnya mencemarkan nama Islam atas dasar mahu mengaut keuntungan sehingga menyebabkan ramai pengguna menanggung beban yang amat teruk.

Menurutnya, dalam kes rumah terbengkalai yang berlaku dari tahun 2005 hingga 2011, ramai pembeli rumah masih kekal bankrap walaupun kesalahan itu berlaku akibat kelemahan bank sendiri.

“Antara kes yang banyak diterima ialah apabila rumah dibeli gagal disiapkan pemaju, namun bank tetap menuntut bayaran daripada pembeli sedangkan dalam prinsip ‘Bai Bithaman Ajil’ rumah terbengkalai itu dimiliki pihak bank.

“Apabila bank tidak menyerahkannya kepada pembeli maka pihak bank seharusnya tiada hak menuntut bayaran. Apa yang berlaku sehingga hari ini bukan satu perniagaan malah menggalakkan lagi penganiayaan ke atas pembeli,” katanya di pejabat PPIM di sini.

Sementara itu, seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah perbankan Islam, Datuk Abdul Manap Abdul Wahab turut hadir berkongsi pengalaman dan pandangan beliau sepanjang terlibat dalam institusi kewangan berkaitan.

“Salah satu sifat riba adalah dengan terciptanya keupayaan membeli (purchasing power) atau nilai tanpa mengambil risiko di mana apabila bank dapat keuntungan dengan peminjam membayar balik walaupun barang tidak sampai ke peminjam di mana contoh kes ialah rumah terbengkalai.

“Bank memiliki keupayaan membeli (keuntungan) atau nilai tanpa sebarang risiko, maka jelas sekali ianya riba. Jadi proses rumah dibelikan oleh sesebuah perbankan Islam dan dijual semula pada peminjam hanya helah semata-mata di mana tujuannya tetap sama dengan bank konvensional iaitu mendapatkan 'purchasing power' atau nilai tanpa mempunyai risiko atau risiko ditanggung seminimum mungkin,” katanya.

Menurutnya, perbankan ini telah menghalalkan apa yang haram iaitu mengenakan riba dan mengaburinya dengan proses jual beli.

Pengerusi Persatuan Pelanggan Perkhidmatan Kewangan Malaysia (Pebank), Sheikh Abd Kareem Said Khadaied pula berkata, polisi serta banyak perkara berkaitan perlu dikaji dan diteliti semula bagi memperbaiki kepincangan sistem perbankan Islamik sedia ada.

“Kita sarankan panel audit syariah yang bebas dan profesional ditubuhkan sekali gus membantu kerja-kerja mengesahkan polisi serta memantau operasi perbankan Islam di negara ini,” katanya


SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/nasional/urusniaga-riba-perbankan-islam-1.535044
 
betul tu.. brg bank jual x siap...patutnya pembeli boleh minta ganti rugi dari bank..
 
Kalau taknak riba' jangan beli kereta dan rumah. :p
 
back door riba......

buang nama islam dari bank....islam tak sebusuk itu
 
bank buat riba xpe, sbb bank bukan orang

same case dengan forex. bank trade forex takpe, sbb bank bukan orang. org persendirian tak boleh ~ fatwa Majlis Ketawa kebangsaan
 
tak boleh sapu rata. kena tengok case by case.
contract lain-lain.
 
salah tu, kalau tak nak riba', beli cash je la... :-?:-?:-?

Betul 3x. :D

Masih ada ruang untuk beli secara tunai.

Sebenarnya institusi perbankan dan syarikat korporat lain suka jual produk guna nama Islam.

Lagi senang nak laku.

Macam insuran Takaful juga. :">
 
bank buat riba xpe, sbb bank bukan orang

same case dengan forex. bank trade forex takpe, sbb bank bukan orang. org persendirian tak boleh ~ fatwa Majlis Ketawa kebangsaan

Terima kasih kerana menghiburkan hati saya hari ini.

Masih tunggu skim cepat kaya yang halal.

Sikit hari nanti gerenti keluar. :))
 
Back
Top
Log in Register