BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Investor Chat Updated: Pendapat tentang buka kedai semasa Covid

Kes seorang janda yang agak muda, tiada anak, tidak bekerja, tiada hutang. Dapat pampasan 200k dari insurans. Tiada aset.

Beliau tiada cash flow. Beliau bertanya bagaimana untuk memberanakkan duit itu jika tidak bekerja. Beliau minat nak berbisnes, tak tahu nak bisnes apa katanya. Please advise in term of:

1) Investment, dan kenapa invest di situ
2) Business, dan kenapa patut memilih bisnes itu

Thanks in advance guys!

::Mod tolong jangan merge, kerana situasi ini berlainan dari situasi orang lain. Dan nanti, tiada fokus. Thanks mod.
Wasap saya tuan,0177576747.Saya send proposal.Involve dalam saham dengan pro trader.15%-20% konsisten sebulan.
 
*Updated*

Actually tak sangka pula masa buka thread ni dulu cerita pasal orang lain. Sekarang ni nak tanya pasal diri sendiri pula. Malas pulak nak bukak thread lain, jadi saya sambung di sini sajalah ye.

Saya dan suami sekarang bercadang mahu buka kedai, to be honest saya dan suami masing-masing tak ada pendapatan/ kerja tetap. Cuma suami ada sedikit simpanan, dan beberapa idea bisnes yang nak diusahakan.

Saya nak tanya pendapat bagi yang ada pengalaman terutama di masa Covid ni, apakah yang anda belajar tentang cashflow atau expenses yang perlu ready. Saya ada beberapa soalan seperti di bawah:

1) Waktu berlaku lockdown sebelum ini, apa yang anda lakukan?

2) Bagaimana dengan kadar sewaan semasa lockdown, tuan tanah ada bg special discount etc?

3) Apakah risiko yang anda fikirkan jika menyewa kedai di waktu kes covid kini masih tak surut-surut?

Saya sebenarnya agak risaukan perkembangan covid. Apatah lagi nampak seperti gov seperti semakin melonggarkan kawalan dan seolah olah berharap vaksin akan selesaikan semuanya satu hari. Mungkin saya salah tapi apa yg saya nampak, macam itulah .


Saya tak berapa keen sebenarnya untuk sewa kedai sekarang tapi suami saya nampak agak excited nak buka, sebab tak dinafikan sewa kedai sekarang mmg tengah murah. Cuma saya tetap risau memandangkan covid ini adalah uncalculated risk yang tak boleh nak jangka. Beberapa kali juga argue pasal hal ni.

Anyway konsep kedai kami nak buat seperti game centre inshaa Allah jika kami teruskan untuk sewa kedai. Dan mungkin juga akan open sebagai training centre untuk disewakan pada orang.

Mohon jika ada yang sudi memberikan pendapat jika ada pengalaman terutamanya berkaitan covid.
 
Back
Top
Log in Register