BTC USD 80,591.1 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UpDated:PANAS! Statutory Declaration Dr. Osman PUSRAWI

berat doh malaysia nie...nampak terus terang fitnah...takut sgt ke anwar tu apasal..
islam pasti didaulatkan...

karpal singh dia orang tak takut plak.... :-? Mungkin sebab anwar pernah adi TPM kot... tahu banyak rahsia kerajaan, tu yg pegawai2 atasan tu ngeri bila sebut nama anwar....#:-S
 
Bagi la sejuta apa bukti pun, DSAI tetap akan dihukum bersalah jugak oleh kerajaan UMNO-BN.
 
ni dari thestar versi melayu

Liwat: Dr. Muhamad buat akuan bersumpah, pertahan hasil periksa Saiful
07-08-2008 04:13:56 PM

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Dr. Muhamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, pula mengeluarkan akuan bersumpah dengan mempertahankan hasil pemeriksaannya ke atas bekas pembantu peribadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Ia merupakan akuan bersumpah ketiga melibatkan isu kontroversi dalam negara sejak dua bulan lalu, selepas dua yang sebelum ini berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia.

Sambil menegaskan beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan, Dr. Muhamad Osman, rakyat Myanmar berkata, Saiful pada peringkat awal telah diserah untuk menemui seorang doktor wanita.

Bagaimanapun oleh kerana Saiful mahu dia hanya diperiksa doktor lelaki, dia diserahkan kepada Dr. Muhamad Osman.

"Melalui pengalaman saya, saya telah berhadapan dengan banyak kes yang serupa, yang diadu oleh pesakit (Saiful) dan oleh itu, saya telah menjalankan pemeriksaan yang sesuai ke atas pesakit dan saya telah merekodkan penemuaan-penemuaan saya dalam fail pemeriksaan perubatan standard hospital," kata beliau dalam akuan bersumpah bertarikh 1 Ogos lalu.

Akuan bersumpah itu ditandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Mohd. Annuar Mohd. Salleh.

Dalam akuan bersumpah itu, beliau mengakui mempunyai status penduduk tetap Malaysia dan tinggal di B-24-3, Menara City One Condominium, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Beliau memperoleh kelulusan perubatan daripada Institute of Medicine 2, University of Rangoon pada 1977.

Dr. Muhamad Osman berhijrah ke Malaysia pada 1995 dan berkhidmat dengan RISEAP sebagai Pegawai Perubatan dan kemudian dengan HIKMAH (Harakah Islamiah) di Sarawak sebagai Pegawai Perubatan sehingga 1999, di Hospital Universiti (2000 hingga 2007) dan Hospital Pusrawi sejak awal tahun ini.

Katanya, Saiful telah diliwat oleh seseorang.

Kata Dr. Muhamad Osman, kemudiannya beliau difahamkan fail pemeriksaan perubatan ke atas Saiful telah disebarkan dalam media dan internet.

"Saya terkejut dan hairan apabila mengetahui fail perubatan dengan kandungan yang sama tanpa sebarang pindaan ditemui dalam media," katanya lagi.

Kata Dr. Muhamad Osman, beliau mengetahui sebaran laporan hasil pemeriksaan itu selepas mula bercuti.

Dr. Muhamad Osman bercuti selama dua minggu dan sepatutnya kembali kerja pada Isnin lalu tetapi pengurusan Hospital Pusrawi memaklumkan beliau tidak kembali melaporkan diri sehingga semalam.

"Untuk rekod, bagaimanapun, saya ingin mengesahkan bahawa saya perdirian teguh dengan penemuan-penemuan saya (ke atas Saiful)," katanya.

Pada minggu lalu, Hospital Pusrawi menjelaskan Dr. Muhamad Osman hanya melakukan pemeriksaan biasa terhadap Saiful tetapi bukan aspek yang berkaitan liwat.

Malah, pusat perubatan swasta itu turut menafikan ia pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi mengenai laporan perubatan Saiful yang mengadu telah diliwat Anwar.

Pengarah Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob berkata, Dr. Muhamad Osman merupakan seorang pegawai perubatan am yang bertugas di klinik kemalangan dan kecemasan hospital itu dan bukannya seorang doktor pakar.

“Dr. Mohamad Osman telah menasihatkan pesakit Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan.

“Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan liwat,” kata beliau.

Pusrawi melahirkan pandangan selepas kelmarin laporan perubatan yang tidak disahkan daripada hospital itu mendedahkan pemeriksaan ke atas Saiful, empat jam selepas beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun, didakwa tidak mempunyai bukti berlakunya perbuatan liwat.

Dalam akuan bersumpah itu, Dr. Muhamad Osman memberitahu, beliau tidak tahu siapa yang membocorkan laporan pemeriksaan ke atas Saiful.

Katanya lagi, pada awal bulan lalu, beliau telah dikunjungi seorang pegawai polis bernama ASP Rosmi Mat Derus dari Cawangan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

"Saya telah ditemu siasat dan disoal berkaitan dengan perkara-perkara menyentuh pemeriksaan perubahan pesakit (Saiful), yang saya telah memberikan kerjasama yang baik," katanya.

Kenyataan itu ditulis dengan tangan dan apabila ia ditaip beberapa fakta yang tidak dibincangkan telah disertakan dalam kenyataan yang ditaip.

Dr. Muhamad Osman menyebut bahawa beberapa perenggan pada muka terakhir juga telah dimasukkan dalam bahasa Malaysia.

Beliau berkata, pertemuan kedua polis itu disusuli dengan kunjungan DSP Choo dari Bahagian Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Dr. Muhamad Osman memberitahu, memandangkan keselamatan diri dan keluarganya teracam beliau memutuskan untuk kembali ke Myanmar - kira-kira seminggu selepas kunjungan DSP.
 
ni dari paper the star :

Doc who examined Saiful stands by his report (Update 2)

KUALA LUMPUR: The Myanmar doctor who had examined Mohd Saiful Bukhari Azlan is standing by his medical report that the former aide to Datuk Seri Anwar Ibrahim was not sodomised.

In a statutory declaration dated Aug 1, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid @ Than Aung, reiterated that he stood by 'his findings'.

"For the record I would like to confirm that I strongly stand firm on my findings," he said in his statutory declaration.

Dr Mohamed Osman also said he had no knowledge of how his medical examination report on Mohd Saiful was circulated to the media and Internet. "I would like to stress that I have no knowledge of the person responsible for leaking the report to any third party," he added.

Dr Mohamed Osman said that some time in early July, he was visited by an officer from the Brickfields district police's criminal division, ASP Rosmi Mat Derus, who interviewed him about the medical examination on Mohd Saiful.

He said ASP Rosmi recorded the statement in Bahasa Malaysia, in his own handwriting, which he did not understand.

The following week the same officer returned with a typed statement in Bahasa Malaysia for him to read and sign.

However, Dr Mohamed Osman said certain facts that were not discussed in the previous meeting had been introduced in the typed statement, namely Anwar's name.

Dr Mohamed Osman claimed Anwar's name was never brought up during the first interview and Mohd Saiful also never confided to him about the identity of the alleged perpetrator.

"About a week later I was visited by a plainclothes police officer by the name of DSP Choo from the criminal division of the Jalan Hang Tuah district police, who impressed on me that I would be charged if I refused to cooperate with the police," he added.

Dr Mohamed Osman said he then decided to flee the country with his family as he feared for his and their safety.

Saiful was examined by Dr Mohamed Osman at Hospital Pusrawi before he lodged a police report alleging he had been sodomised by Anwar.

The Myanmar national was put into the centre of the sodomy allegation controversy, when the report was leaked and posted on blogs on July 29.

The hospital has since stated that Dr Mohamed Osman had not carried out a sodomy related examination on Saiful.
 
puak2 umno klu dri blog diaorg x pecaya..nah dri paper kerajaan sndiri plak kuar..xkan x pecaya lg...
 
kalu paklah tak caye, puak puak dia pun akan cakap paklah gak ler.. sapa lawan kena tendang.takde projet..ada brani???
 
semoga Allah akan memberikan kita cahaya kebenaran di bumi yang tercinta ini, semoga segala kejahatan dan keburukan yang di ciptakan oleh mereka dapat di tumpaskan. dan kita sebagai rakyat malaysia yang sedar akan perkara ini juga mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan kebenaran ini kepada semua saudaramara kita agar semua orang sedar akan segala kejahatan yang di ciptakan oleh parti pemerintah ini. marilah kita berjuang untuk menegakkan kebenaran, takbir.
 
Back
Top
Log in Register