BTC USD 80,308.4 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Update Release MacOS Sonoma

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Seperti yang dijanjikan, Apple hari ini mula menawarkan naik taraf sistem macOS terbaru iaitu macOS Sonoma kepada semua pengguna komputer Apple Macintosh di seluruh dunia secara percuma. Antara ciri utama terbaru yang diperkenalkan dalam Sonoma adalah anda kini boleh memperibadikan widget pada desktop Mac dan screen saver baharu, ciri persidangan video dan Safari ditambah baik dan permainan yang dioptimumkan untuk Mac sekaligus memberikan pengalaman bermain yang lebih baik daripada sebelumnya.
macos-sonoma.jpeg

Tetapi sebelum anda menaik taraf sistem macOS anda itu, ada baiknya anda menyemak terlebih dahulu sama ada komputer Mac anda menyokong atau tidak macOS Sonoma. Dan ada baiknya juga anda membuat salinan (backup) terlebih dulu sebelum menaik taraf macOS tersebut tersebut.​
 
Back
Top
Log in Register