BTC USD 81,081.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Op Selamat 18

MENJELANG AIDILFITRI | 16 Lokasi Kemalangan Dikenal Pasti Di Kelantan

16 lokasi tumpuan kerap berlakunya kemalangan di kesan di Kelantan sepanjang Op Selamat sempena Aidilfitri tahun ini yang akan dilaksanakan bermula Jumaat ini.

Lokasi terbabit turut membabitkan kawasan berlakunya kemalangan maut.

Antara laluan berkenaan adalah jalan Gua Musang - Kuala Krai, Jalan Gua Musang - Lojing, Jalan Kota Bharu- Pasir Puteh, Jalan Kota Bharu - Pengkalan Chepa dan Jalan Salor Baru - Pasir Mas Serta Jalan Binjai-Bachok.

​
 
MENJELANG AIDILFITRI | 3,000 Polis Negeri Sembilan Bertugas Op Selamat

Di Negeri Sembilan, lebih 3,000 anggota polis sudah bersiap sedia melakukan pemantauan termasuk rondaan cegah jenayah sepanjang Op Selamat.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ruslan Khalid, berkata jumlah itu termasuk kira-kira 300 anggota trafik yang akan bertugas secara bergilir selama 24 jam dalam memastikan kelancaran aliran trafik.

​
 
OP SELAMAT 18 | Polis Johor Fokus 30 Laluan Dijangka Sesak

30 laluan di Johor dikenal pasti bakal mengalami kesesakan lalu lintas susulan arus balik kampung dan rentas sempadan negara.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, jangkaan berdasarkan pergerakan lebih sejuta kenderaan di negeri itu ketika sambutan Aidilfitri.

#vivoChupRayaDulu #vivoRayaSales #vivoMalaysia

​
 
279298307_4928491213873009_9017649207634490221_n.jpg


Jgn bawak laju dan langgar lampu merah. Banyak Speedtrap
 
MENJELANG AIDILFITRI | Polis Terengganu Dikenal Pasti 20 Kawasan Kemalangan Maut

130,000 kenderaan dijangka memasuki Terengganu setiap hari melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) dan Jalan Persekutuan bermula hari ini.

Sebagai langkah keselamatan, Polis Terengganu mengenalpasti 20 kawasan yang sering menjadi berlaku kemalangan maut terutama ketika musim perayaan.

​
 
OP SELAMAT | Hanya 10% Warga Polis Kuala Lumpur Dibenar Cuti

Hanya 10 peratus daripada lebih 9,000 anggota dan pegawai polis bagi kontinjen Kuala Lumpur yang dibenarkan bercuti bagi meraikan sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini.

​
 
IMG_20220428_061944_941.jpg

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, maklumat tersebut boleh dikongsi dalam bentuk video atau gambar kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

"Laksanakan peranan sebagai pengguna jalan raya yang berhemah dan patuhi segala peraturan lalu lintas dengan tidak memotong barisan, menyalah lorong kecemasan atau parkir kenderaan hingga menghalang laluan," ujarnya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Maksudnya suh jd mata2 la ni
 
kita jaga kita jugok
 
OP SELAMAT | Pusat Khidmat Pelanggan Bergerak Di Tol Ajil

Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Hulu Terengganu menyediakan pusat khidmat pelanggan bergerak menggunakan barangan terpakai untuk dijadikan Pos Operasi Bergerak Serbaguna atau dikenali sebagai ‘Mobile Operational Subtac’.

Ia ditempatkan di Tol Ajil sepanjang Op Selamat Aidilfitri tahun ini.

​
 
Back
Top
Log in Register