BTC USD 81,439.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Op Selamat 18

Op Selamat 17: Polis Kelantan keluarkan 222 saman

349c7a72368523b187e7560aab0fda6c5e2da29ba2db3.png

01/02/2022 01:52 PM

KOTA BHARU, 1 Feb -- Polis Kelantan mengeluarkan 222 saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Khas (Op Selamat 17) sempena Tahun Baharu Cina yang dijalankan serentak di beberapa lokasi di negeri ini, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan Supt Shuhaimi Jusoh berkata kesalahan paling banyak dikesan adalah berkaitan nombor plat (77 saman), selain tiada lesen memandu (51) dan lesen kenderaan motor dan insuran tamat tempoh (57).

Beliau berkata operasi yang bermula pukul 9 malam hingga 4 pagi tadi melibatkan 15 pegawai dan 84 anggota, yang mengadakan lima sekatan jalan raya, dan operasi turut melibatkan rondaan bermotosikal oleh 13 pasukan, selain pasukan Op Mabuk dan Op Samseng Jalanan.

Katanya polis memeriksa 327 kenderaan dalam Op Khas itu, dan turut melibatkan pemeriksaan ke atas 357 individu yang terdiri daripada 267 lelaki dan 90 orang wanita.

Untuk ujian saringan mabuk, 35 individu telah diperiksa membabitkan pemandu kereta (18), pemandu MPV (13) dan empat orang pemandu van. Namun kesemua ujian didapati negatif," katanya selepas meninjau Op Khas di sini, malam tadi.

-- BERNAMA


 
Op Selamat 17 : 1,420 kemalangan pada empat hari pertama di Selangor

3d740b9ad731211070fe80be667d3e6a61f947352e691.jpg

Gambar fail


01/02/2022 10:44 PM
SHAH ALAM, 1 Feb -- Op Selamat 17 Polis Kontinjen Selangor sempena sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina 2022 catatkan 1,420 kes kemalangan dalam tempoh empat hari pertama, kata Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.

Bagaimanapun beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata jumlah itu merupakan penurunan sebanyak 30.87 peratus atau 634 kes berbanding empat hari pertama Op Selamat 16 pada Tahun Baharu Cina 2020 yang mencatatkan 2,054 kes.

“Sejak dilancarkan pada 28 Jan lepas, daripada jumlah kes kemalangan jalan raya direkodkan, 219 kemalangan berlaku di lebuh raya, 96 kemalangan di jalan persekutuan, 182 kemalangan di jalan negeri, 825 kemalangan di jalan bandaran dan 98 kemalangan di lain-lain jalan,” katanya.

Bagi kes kemalangan maut pula, sebanyak lapan kes telah direkodkan yang kesemuanya melibatkan penunggang motosikal.

“Jumlah ini juga menunjukkan penurunan sebanyak enam kes, di mana dalam Op Selamat 16 tahun 2020, sebanyak 14 kes kematian direkodkan yang melibatkan 11 penunggang motorsikal dan tiga kes pejalan kaki,” katanya.

Beliau berkata sejumlah 11,464 saman pelbagai kesalahan turut dikeluarkan pihaknya yang melibatkan kesalahan melebihi had laju (10,879); tidak mematuhi lampu isyarat (318); menggunakan alat komunikasi semasa memandu (236); memotong barisan (27); memotong garisan berkembar (tiga) dan pandu di lorong kecemasan (satu).

Op Selamat 17 sedang dilaksanakan selama 10 hari sehingga 6 Feb, 2022.

-- BERNAMA


 
HAD LAJU | Polis Keluar 119 Saman Dalam 1 Jam

Hanya dalam tempoh satu jam, 119 saman dikeluarkan polis dalam operasi mengesan kenderaan yang melanggar had laju, malam tadi.

​
 
OP SELAMAT | Hampir RM1.3 Juta Kompaun Dikeluarkan, 16 Kenderaan Disita

Hampir RM1.3 juta kompaun dikeluarkan polis Melaka atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Op Selamat ke-17 yang dilaksanakan di seluruh negeri itu sejak 28 Januari lalu.

Sepanjang operasi itu, 16 kenderaan turut disita dipercayai terlibat dalam kegiatan samseng jalanan serta kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

​
 
OPS TAHUN BARU CINA | 320 Saman Dikeluarkan Di LPT2

Polis Terengganu mengeluarkan 1,700 saman bagi tempoh enam hari sejak Jumaat lalu, dalam Ops Selamat ke-17 sempena Tahun Baharu Cina di Lebuhraya Pantai Timur Dua, (LPT 2).

Daripada jumlah itu, 320 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik di lebuhraya berkenaan membabitkan daerah Hulu Terengganu.

​
 
OP TAHUN BAHARU CINA | Pandu Bas Di Lorong Kanan Paling Banyak Dikesan

Memandu bas dilorong kanan secara berterusan melebihi had laju antara kesalahan paling banyak dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, sepanjang Op Tahun Baharu Cina 2022 yang tamat tengah malam tadi.

​
 
OP SELAMAT 18 | Tindakan Mahkamah Terhadap Pelaku 6 Kesalahan Trafik Utama

Tiada lagi kompromi kepada pengguna jalan raya yang melakukan enam kesalahan utama sepanjang Op Selamat 18 yang bermula 29 April ini.

Mereka tidak akan lagi dikenakan kompaun sebaliknya ia perlu diselesaikan di mahkamah.

​
 
MENJELANG AIDILFITRI | Polis Terus Didik Pengguna Jalan Raya Untuk Berhemah

Polis akan terus mempertingkatkan usaha bagi mendidik pengguna jalan raya agar berhemah dan sabar sepanjang musim perayaan ini.

Ia usaha berterusan bagi mengurangkan risiko kemalangan sehingga boleh mengundang kecelakaan maut.

​
 
KAWASAN KEMALANGAN | 2 Laluan Maut Musim Perayaan Di Melaka Dikenal Pasti

Dua laluan di Melaka dikenal pasti sebagai kawasan 'hotspot' yang sering berlaku kemalangan setiap kali musim perayaan selain menunjukkan trend peningkatan dalam tempoh 3 bulan pertama tahun ini.

Ia membabitkan Lebuh Alor Gajah-MelakaTengah-Jasin (AMJ) dan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA).

​
 
IMG_20220428_061944_941.jpg

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, maklumat tersebut boleh dikongsi dalam bentuk video atau gambar kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

"Laksanakan peranan sebagai pengguna jalan raya yang berhemah dan patuhi segala peraturan lalu lintas dengan tidak memotong barisan, menyalah lorong kecemasan atau parkir kenderaan hingga menghalang laluan," ujarnya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
 
Back
Top
Log in Register