BTC USD 81,129.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Op Selamat 18

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,648
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,648
Reaction score
38,262
Points
2,836
KUALA LUMPUR, 18 Ogos -- 'Op Selamat' yang menumpu kepada keselamatan jalan raya dan harta benda yang ditinggal pemilik rumah sempena musim perayaan, menunjukkan hasil positif sejak dilancarkan 12 Ogos lepas.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid berkata ini berdasarkan statistik pada tahun lepas, yang menunjukkan penurunan bagi tempoh sama tahun ini.

"Apa yang saya boleh katakan, matlamat kita ke arah mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan jenayah membabitkan harta benda pada musim perayaan ini, adalah postif setakat ini.

"Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya akan keluarkan kedua-dua statistik (kemalangan jalan raya dan harta benda) setelah operasi ini selesai," katanya kepada pemberita selepas majlis gotong-royong memasak lemang, ketupat, rendang dan dodol di Markas Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini.

Beliau berkata pada akhir operasi yang ditambah baik daripada 'Ops Sikap' ini, PDRM akan turut mengeluarkan analisis terperinci berhubung operasi itu, antaranya faktor penyumbang kemalangan jalan raya dan jenayah pecah rumah.

"Orang ramai diharap mendapat gambaran dan situasi sebenar apabila statistik serta analisis ini dikeluarkan kelak. Dari situ, mereka boleh menilai keberkesanan operasi ini," katanya.

Operasi yang bertema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi' itu akan berlangsung selama 15 hari.

Mengenai majlis gotong rotong, Salleh berkata juadah yang disediakan akan diagih kepada Batalion 4,5,6 dan 19 PGA serta batalion khas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Ia juga akan diagih kepada pegawai dan anggota yang bertugas di kawasan Op Nyah Pantai Selangor dan Johor sebagai menghargai tugas serta tanggungjawab mereka yang bertugas pada 1 Syawal," katanya.
 
Tak dengar lg kemalngn meragut nyawa stakt ni
 
harap2 xde kemalangan la utk Ops Selamat kali ni
tp smlm masa otw blk kg lalu LPT
ada sebuah keta terbabas dan berpusing sblm berhenti
driver pompuan
remuk gak bhgn dpn keta
org kt dlm cam xde pape
 
OP SELAMAT 17 | PDRM Guna In Car Radar, iCOPS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) julung kalinya akan melaksanakan penguatkuasaan secara digitalisasi menerusi Op Selamat 17 yang akan bermula 28 Januari ini sehingga 6 Februari depan sempena Tahun Baharu Cina.

Penguatkuasaan itu membabitkan penggunaan alat Kamera Pengesanan Laju (In Car Radar) serta Intelligent Compound Online System (iCOPS) yang memberi nilai tambah berbanding penguatkuasaan biasa.

​
 
OP SELAMAT | Polis Sarawak Guna 'In-Car Radar' Kesan Pesalah Trafik

Polis Sarawak akan menggunakan alat pengesanan had laju ‘In-Car-Radar’ dan sistem kompaun dalam talian pintar, i-Cops untuk mengesan pesalah trafik sepanjang Op Selamat ke-17 sempena Tahun Baharu Cina.

Setakat ini Sarawak cuma mempunyai lima unit kenderaan peronda yang dilengkapi dengan kemudahan terbabit dan ia akan ditempatkan di lima bandar utama.

​
 
OP SELAMAT | 12 Kawasan Maut Dikenal Pasti Di Melaka

Polis Melaka mengenal pasti 12 kawasan yang sering berlaku kemalangan maut setiap kali musim perayaan di negeri berkenaan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, 220 pegawai dan anggota digerakkan bagi memantau lokasi terbabit bagi memastikan matlamat sifar kemalangan maut dicapai pada Op Selamat sempena Tahun Baru Cina kali ini.

​
 
OP SELAMAT 17 | Kes Kemalangan Di Selangor Menurun 29.5%

Jumlah kes kemalangan jalan raya di Selangor menurun 29.5 peratus sepanjang Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina kali ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, berdasarkan tempoh empat hari pelaksanaan, 1,163 kemalangan jalan raya direkodkan berbanding 1,649 kes dalam Op Selamat 16 bagi tempoh yang sama.

​
 
IMG_20220201_133355_892.jpg

Polis Terengganu mengeluarkan 6,094 saman dalam tempoh tiga hari pelaksanaan Op Selamat ke-17 sempena Tahun Baru Cina di Terengganu.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, SAC Wan Rukman Wan Hassan berkata, daripada jumlah itu sebanyak 5,042 adalah kesalahan pandu laju manakala selebihnya melibatkan pelbagai kesalahan lain.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews
 
Back
Top
Log in Register