BTC USD 63,489.3 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE : Harga semasa beras import

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
ringitberas.jpg.transformed.jpg

KUALA LUMPUR: Harga semua beras import dijangka naik antara lima hingga tujuh peratus berkuat kuasa bulan depan.

Menurut sumber industri, kenaikan itu disebabkan ketidaktentuan ekonomi ketika ini yang memaksa pengusaha menaikkan harga beras import bagi mengimbangi kos operasi mereka.

Selain itu, katanya, faktor kelemahan ringgit dan harga minyak memberi kesan terhadap peningkatan harga beras import.

"Peningkatan antara 35 sen hingga 50 sen boleh dikatakan tinggi. Kalau naik 20 sen masih boleh dianggap wajar untuk pengguna.

"Setakat ini, kami (pengusaha) hanya dimaklumkan melalui panggilan telefon bukan menerusi notis rasmi dari pihak Padiberas Nasional Bhd (BERNAS)," katanya kepada BH, hari ini.
 
Harga beras import mungkin naik

SITIAWAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) tidak menolak kemungkinan harga beras import akan meningkat pada masa akan datang kerana komoditi itu bukanlah barangan kawalan dan harganya bergantung pasaran beras dunia.


Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, antara faktor yang boleh menyumbang kepada kenaikan harga beras import ialah nilai ringgit yang rendah.

Katanya kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga beras import di pasaran tempatan.

“Bagaimanapun itu (kenaikan) hanya ramalan. Sebenarnya beras import tidak dikawal harga silingnya tetapi dari segi peraturan ia tidak boleh dijual lebih murah daripada beras tempatan bagi melindungi industri beras negara.

Mungkin apa yang disebutkan Persatuan Pemborong Beras betul kerana ada tanda-tanda bahawa beras dunia sudah mula meningkat kerana satu peringkat dulunya harga beras import pasaran dunia satu tan metrik adalah lebih kurang AS$340 (RM1,461) hingga AS$350 (RM1,504), sekarang ini sudah ada tanda-tanda berkemungkinan meningkat AS$400 (RM1,719) per tan metrik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Kolej Perikanan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Kompleks Perikanan Kampung Acheh di sini yang dirasmikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Pemborong Beras Wu Zi Lian meramal harga beras import akan naik sebanyak 10 peratus selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Ahmad Shabery berkata, harga minyak dunia yang mungkin meningkat turut boleh mempengaruhi harga semasa pasaran beras import selain berlakunya bencana alam seperti di Bangladesh baru-baru ini selain permintaan beras dunia yang turut meningkat.

“Kita tahu bahawa dalam pasaran beras dunia sekarang ini, hanya 10 peratus daripada pengeluaran beras yang didagangkan di peringkat antarabangsa, jadi naik turun harga beras boleh berlaku bila-bila masa,” katanya.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/07/04/harga-beras-import-mungkin-naik/

Harga beras putih import naik 1 Mac

KUALA LUMPUR: Harga beras putih yang diimport daripada tiga negara bakal dinaikkan RM50 bagi setiap tan bermula 1 Mac ini.


Kenaikan membabitkan beras putih lima peratus hancur dari Thailand, Vietnam dan Pakistan yang akan dijual pada harga RM2,200 setiap tan, berbanding RM2,150 setiap tan ketika ini.

Mengesahkan perkara itu, seorang wakil pemborong beras import yang enggan namanya didedahkan berkata, arahan itu dimaklumkan oleh Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) melalui surat yang diedarkan sejak 20 Februari lalu.

Beliau yang turut menerima surat berkenaan berkata, semua pemborong beras import sudah dimaklumkan dengan arahan itu.

"Harga sebelum ini adalah RM2,150 bagi setiap tan dan mengikut surat terbaru daripada BERNAS, ia akan dinaikkan RM50 bermula 1 Mac ini.

"Ini bermakna harga jualan kepada pengguna juga terpaksa dinaikkan. Sebagai contoh, beras import berharga RM30 akan dinaikkan sekurang-kurangnya RM5," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Surat berkenaan ditandatangani Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran BERNAS, Richard SC Tan.

Cubaan BH menghubungi pihak BERNAS bagi mendapatkan pengesahan gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, pemborong tidak berdepan masalah dengan kenaikan itu kerana harga jualan akan dinaikkan seiring harga belian.


http://www.bharian.com.my/node/252182

makan roti atau pizza lah lepas ni jawabnye..beras dh mahal...
 
Makan ubi je la gamaknya...eh jap, nak tanam mana ubi kat bandar nih...
 
mingu lps ke tesco..rasa mcm harga beras dh naik...bkn sikit..pi tgk sndiri la klu nk tau byk mana :D
 
ini gejala matawang ringgit yg lemah, sebab apa2 saja brg import akan kena tempias kenaikan harga sebaliknya jika RM kita kukuh balik.
 
beras era bayam lg sedap... import nasi byk keras.. kabohidrat tinggi punca gemuk
 
Back
Top
Log in Register