BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Cacar Monyet (Monkey Pox) Luar Negara

Mesir sahkan kes pertama cacar monyet​


08 September 2022 11:21am

1903020.jpg

Gambar hiasan - Foto: AFP


ISTANBUL - Mesir melaporkan kes pertama cacar monyet pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

Kementerian Kesihatan Mesir memaklumkan seorang rakyatnya berusia 42 tahun, yang bermastautin di Eropah, kini telah dikuarantin di hospital.

Meskipun pesakit dilaporkan stabil, pihak berkuasa telah mengambil langkah berjaga-jaga dan pemantauan kesihatan terhadap kontak rapat.

Cacar monyet ialah virus yang menyebabkan penyakit dengan simptom yang hampir serupa cacar, termasuk demam, ruam dan nodus limfa bengkak.- Bernama

SINAR HARIAN
 

China rekod kes pertama cacar monyet​



BEIJING: China merekodkan kes pertama cacar monyet semalam membabitkan seorang pelawat yang memasuki negara itu.

Pihak berkuasa kesihatan Chongqing berkata individu berkenaan menunjukkan simptom ketika menjalani kuarantin untuk COVID-19.

Di bawah dasar sifar-Covid China, pelawat yang memasuki negara itu lazimnya mesti melengkapkan pengasingan antara satu hingga dua minggu ketika ketibaan.

Pesakit cacar monyet itu didiagnosis selepas mengalami gejala termasuk ruam kulit, kata Suruhanjaya Kesihatan dalam satu laporan, mengkategorikan kes itu sebagai jangkitan import.

Pesakit sedang menjalani pengasingan berpusat di hospital yang ditetapkan dan berada dalam keadaan stabil, menurut laporan itu.

Berikutan pesakit diasingkan serta-merta apabila memasuki bandar, tiada kesan penularan sosial dan risiko penularan adalah rendah.

Minggu lalu, Hong Kong mencatatkan kes cacar monyet pertamanya membabitkan seorang lelaki berusia 30 tahun yang menunjukkan simptom ketika menjalani tempoh kuarantin Covid tiga hari di bandar itu.

Pesakit itu tidak mempunyai hubungan dengan masyarakat, menurut seorang pegawai kesihatan, yang mengatakan risiko warga Hong Kong untuk dijangkiti adalah "sangat rendah."
 

New Zealand sahkan dua kes cacar monyet​



WELLINGTON: New Zealand mengesahkan dua kes penularan pertama cacar monyet dalam komuniti harti ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 11.

Dua kes baharu itu dikenal pasti sebagai penularan komuniti, penyakit itu tular di New Zealand berbanding semua kes lain yang dijangkiti di luar negara, menurut kenyataan bersama Kementerian Kesihatan dan Kesihatan New Zealand.

Risiko penularan penyakit itu secara umumnya kekal sangat rendah dan dua kes baharu itu adalah kes terpencil yang berlaku di Auckland.

"Ini sudah dijangkakan namun jumlahnya berkemungkinan kekal rendah," menurut kenyataan itu.
 
Screenshot_2022_1018_015014.png

Lelaki itu yang bekerja sebagai tukang urut di Qatar menunjukkan simptom termasuk demam dan ruam pada 8 Oktober sebelum pulang ke Thailand. - Tares Krassanairawiwong

 
Data menunjukkan bahawa kes tertumpu di kawasan yang popular di kalangan pelancong.

 
Tujuh pesakit berusia antara 25 dan 35 tahun itu mengalami simtom ringan dan kini menjalani pengasingan di hospital.

 
Pesakit berkenaan dimasukkan ke Hospital of Tropical Diseases di Ho Chi Minh City pada 2 Okt dan meninggal dunia selepas menjalani rawatan selama 18 hari.

 
IMG_20231110_092636_445.jpg


Vietnam melaporkan 56 kes cacar monyet di tujuh wilayah dan bandar, termasuk satu kematian sehingga 31 Oktober, menurut maklumat terkini Kementerian Kesihatan, lapor Xinhua.

Kira-kira 63 peratus daripada kes jangkitan diuji positif HIV, menurut media tempatan pada Khamis. Dua kes di laporkan dari luar negara yang dikesan pada 2022.

Vietnam dijangka terus merekodkan kes baharu, bukan sahaja di selatan Ho Chi Minh City, malah di bandar besar lain, menurut kementerian itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
 
Back
Top
Log in Register