BTC USD 60,054.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Cacar Monyet (Monkey Pox) Luar Negara

#BHdunia Lelaki berisiko tinggi ditawarkan vaksin
https://bit.ly/3A1o7GR


Tanda awal cacar monyet melanda seluruh UK​

Ogos 6, 2022 @ 8:24am

Orang ramai beratur untuk menerima vaksinasi cacar monyet di Hospital Guy di tengah London. - Foto REUTERS
Orang ramai beratur untuk menerima vaksinasi cacar monyet di Hospital Guy di tengah London. - Foto REUTERS


LONDON: Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA), semalam memaklumkan terdapat 'tanda-tanda awal' wabak cacar monyet sedang melanda seluruh negara dan penularannya sudah perlahan.

"Walaupun data terkini menunjukkan pertumbuhan wabak sudah perlahan, kita tidak boleh leka," kata pengarah klinikal dan jangkitan baharu UKHSA, Dr Meera Chand.

Pihak berkuasa kesihatan negara itu dalam satu kenyataan, berkata terdapat 2,859 kes cacar monyet yang disahkan dan berkemungkinan tinggi di UK setakat 4 Ogos, dengan hampir 99 peratus kes dalam kalangan lelaki.

Katanya, analisis UKHSA baru-baru ini, menunjukkan 'cacar monyet terus tersebar terutama dalam rangkaian seksual saling berhubungan gay, biseksual atau lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki'.



Pihak berkuasa Britain Jun lalu mengesyorkan lelaki gay dan biseksual yang berisiko tinggi terdedah kepada cacar monyet ditawarkan vaksin, berikutan wabak penyakit virus itu semakin meningkat, kebanyakannya di Eropah.






Dr Chand berkata, individu yang berisiko tinggi untuk terkena cacar monyet ditawarkan vaksin cacar.

Awal bulan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai 'kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa', iaitu tahap amaran tertinggi oleh badan itu.

Susulan langkah WHO, Amerika Syarikat (AS) turut mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam Khamis lalu. -
 
Osmond Chihazirim Nzerem turut dilarang memasuki semula negara itu selama tiga tahun.


Kemboja usir warga Nigeria selepas pulih cacar monyet​

07 Ogos 2022 08:07pm



1865244.jpg

Lelaki Nigeria itu merupakan kes cacar monyet yang pertama dan satu-satunya kes import di Kemboja. Gambar hiasan/AFP



PHNOM PENH - Kemboja akan menghantar pulang pesakit cacar monyet yang telah pulih, Osmond Chihazirim Nzerem ke negara asal Nigeria serta melarangnya memasuki semula negara itu selama tiga tahun, kata seorang pegawai jabatan imigresen pada Ahad.

Lelaki Nigeria berusia 27 tahun itu, sebelum ini melarikan diri dari negara jiran Thailand meskipun mengetahui hasil keputusan ujian cacar monyetnya positif, dan ditahan pihak berkuasa Kemboja di ibu negara Phnom Penh pada 23 Julai.



Dia kemudian dihantar ke Hospital Persahabatan Khmer-Soviet untuk menerima rawatan lanjut.

Lelaki itu telah pulih daripada wabak berkenaan dan dibenarkan keluar dari hospital pada Sabtu.

"Jabatan Am Imigresen telah memutuskan untuk menghantar pulang lelaki Nigeria itu dan melarangnya memasuki semula Kemboja selama tiga tahun," kata timbalan ketua pengarah dan jurucakap Jabatan Imigresen, Keo Vanthan kepada Xinhua.

Lelaki Nigeria itu merupakan kes cacar monyet yang pertama dan satu-satunya kes import di negara Asia Tenggara itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 23 Julai mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam dan kebimbangan antarabangsa (PHEIC). - Bernama

 
#BHdunia Analisis UKHSA menunjukkan, cacar monyet terus tersebar terutamanya dalam kumpulan komuniti seksual gay, biseksual atau lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis
https://bit.ly/3bzy0lR

Wabak cacar monyet UK mulai reda - UKHSA​

Ogos 8, 2022 @ 8:02am
cacar_1659916923.jpg


LONDON: Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) menyatakan terdapat 'tanda-tanda awal' wabak cacar monyet yang melanda seluruh negara kini sedang memperlahan.

Pengarah Jangkitan Klinikal UKHSA, Dr Meera Chand, berkata walaupun data menunjukkan penurunan kes baharu, orang ramai digesa tidak leka.

Terdapat 2,859 kes cacar monyet yang telah disahkan serta kemungkinan kes di UK setakat 4 Ogos dengan hampir 99 peratus adalah dalam kalangan lelaki.

Analisis UKHSA menunjukkan, cacar monyet terus tersebar terutamanya dalam kumpulan komuniti seksual gay, biseksual atau lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.



Pihak berkuasa British telah mengesyorkan komuniti terbabit ditawarkan vaksin memandangkan berlaku peningkatan kes itu terutamanya di Eropah.

Awal bulan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai "kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa" iaitu tahap amaran tertinggi.
Susulan langkah WHO, Amerika Syarikat juga mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam. - AGENSI
 
#BHdunia Analisis UKHSA menunjukkan, cacar monyet terus tersebar terutamanya dalam kumpulan komuniti seksual gay, biseksual atau lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis
https://bit.ly/3bzy0lR

Wabak cacar monyet UK mulai reda - UKHSA​

Ogos 8, 2022 @ 8:02am
cacar_1659916923.jpg


LONDON: Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) menyatakan terdapat 'tanda-tanda awal' wabak cacar monyet yang melanda seluruh negara kini sedang memperlahan.

Pengarah Jangkitan Klinikal UKHSA, Dr Meera Chand, berkata walaupun data menunjukkan penurunan kes baharu, orang ramai digesa tidak leka.

Terdapat 2,859 kes cacar monyet yang telah disahkan serta kemungkinan kes di UK setakat 4 Ogos dengan hampir 99 peratus adalah dalam kalangan lelaki.

Analisis UKHSA menunjukkan, cacar monyet terus tersebar terutamanya dalam kumpulan komuniti seksual gay, biseksual atau lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.



Pihak berkuasa British telah mengesyorkan komuniti terbabit ditawarkan vaksin memandangkan berlaku peningkatan kes itu terutamanya di Eropah.

Awal bulan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai "kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa" iaitu tahap amaran tertinggi.
Susulan langkah WHO, Amerika Syarikat juga mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam. - AGENSI

Dah reda pula eh
Atau sekadar nak adakan sesuatu yang baru pula lepas ni
 

Varian cacar monyet dinamakan sebagai Clade I, Clade II​

280722-ptj-cacarmonyet-LGBT.jpg



GAMBAR diedarkan Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom menunjukkan jangkitan cacar monyet pada tangan dan bahagian-bahagian tubuh badan lain. - AFP

  • 15 Ogos 2022, 1:23 pm









GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan nama baharu varian virus cacar monyet bagi mengelak ia mencetuskan masalah berkaitan budaya atau sosial.

Bagi ‘clade’ atau kumpulan varian bekas Lembangan Congo di Afrika Tengah, pakar selepas ini akan merujuknya sebagai ‘Clade I’ manakala kumpulan varian bekas Afrika Tengah dikenali ‘Clade II’.

Kedua-dua kumpulan varian itu merangkumi dua sub kumpulan varian iaitu ‘Clade IIa’ dan Clade IIb’, yang mana Clade IIb adalah kumpulan utama kepada varian yang merebak sepanjang tahun ini.

Nama baharu itu diputuskan WHO hasil persidangan sekumpulan pakar global dan mengumumkan ia akan digunakan serta-merta.
Katanya, sebarang virus baharu, penyakit berkaitan dan varian virus perlu diberikan nama bagi mengelakkannya menyentuh isu budaya, sosial, negara, wilayah, profesional atau kumpulan etnik sekali gus meminimumkan kesan negatif terhadap perdagangan, pelancongan atau kebajikan haiwan.

Virus cacar monyet dikesan buat pertama kali pada 1958, dengan varian utama virus itu dikenal pasti berdasarkan kawasan ia merebak.

WHO pada bulan lalu mengisytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.

Berdasarkan laporan WHO yang disiarkan pada Rabu lalu, sebanyak 27,814 kes positif dikesan dengan 11 kematian di 89 negara.
Benua Eropah dan Amerika adalah antara kawasan yang paling teruk terkesan.


 
Nanti geng antivak kata ni semua konpirasi WHO..keje dia nak suntik racun je...
 

Kanada sahkan 1,206 kes cacar monyet​

25 Ogos 2022 04:03pm

1887019.jpg

Gambar hiasan


OTTAWA - Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) mengesahkan 1,206 kes cacar monyet termasuk 32 kes yang dimasukkan ke hospital di negara itu setakat Rabu.

Peningkatan kes baharu nasional menunjukkan ia merebak dengan perlahan dalam beberapa minggu terakhir, namun ia merebak ke lebih banyak wilayah.

Agensi kesihatan itu berkata, daripada kes yang disahkan, 583 kes adalah dari Ontario, 471 dari Quebec, 125 dari British Columbia, 19 dari Alberta, tiga dari Saskatchewan, dua dari Yukon selain masing-masing satu dari New Brunswick dan Manitoba, lapor Xinhua.

Agensi itu telah mengagihkan lebih 105,000 dos vaksin Imvamune ke negeri dan daerah. Lebih 59,000 orang telah diberi vaksin dengan sekurang-kurangnya satu dos pada 14 Ogos.

Pakar mengatakan cacar monyet merupakan penyakit virus yang boleh menjangkiti manusia menerusi sentuhan dengan orang yang dijangkiti, termasuk melalui pelukan, ciuman, urutan atau hubungan seksual. - Bernama


 

Kes cacar monyet susut satu per lima minggu lalu - WHO​

Astro Awani
Ogos 26, 2022 07:45 MYT

Kes cacar monyet susut satu per lima minggu lalu - WHO

WHO dedahkan cacar monyet kini menular pada kadar yang tinggi di benua Amerika. - Foto fail/REUTERS


GENEVA: Kes cacar monyet susut satu per lima minggu lalu ketika jangkitan di Eropah catat penurunan.

Namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dedahkan cacar monyet kini menular pada kadar yang tinggi di benua Amerika.

Menurut WHO, kebimbangan utama kini adalah penularan di Amerika Latin.

Ia dikaitkan dengan kekurangan pendekatan kesihatan awam dan kesedaran untuk mengawal penularan virus itu.

Sejak Mei, penularan cacar monyet dilaporkan di luar negara-negara Afrika yang dahulunya hanya endemik.

WHO umum cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan awam pada 23 Julai lalu.

Sehingga kini 45,355 kes jangkitan direkodkan dengan 15 kematian di 96 negara.

Selepas catat peningkatan empat minggu berturut-turut, kes cacar monyet menurun 21 peratus minggu lalu, berbanding tujuh hari sebelumnya.

Di Eropah, jangkitan semakin perlahan kerana wujud pendekatan kesihatan awam seperti vaksinasi dan perubahan sikap, yang membantu mengekang penularan.


 
Back
Top
Log in Register