BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Cacar Monyet (Monkey Pox) Luar Negara

Tiga kes pertama dikesan di selatan Kerala, pada 14 Julai, 18 Julai dan 22 Julai.

New Delhi lapor kes pertama cacar monyet​





July 25, 2022 7:11 AM


monkeypox-AP-210522-1.jpg


Menurut sumber hospital, pesakit mengalami demam dan kulit melecet dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. (Gambar AP)


NEW DELHI: India pada Ahad melaporkan kes keempat membabitkan jangkitan cacar monyet, dan kes pertama direkodkan di New Delhi.
Tiga kes pertama dikesan di selatan Kerala, pada 14 Julai, 18 Julai dan 22 Julai.

Pesakit yang menghidap wabak itu telah dimasukkan ke hospital kerajaan dan dilaporkan tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, lapor Xinhua.




Menurut sumber hospital, pesakit mengalami demam dan kulit melecet dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.




Tiga kes cacar monyet sebelum ini mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara berisiko sebelum disahkan positif sejurus pulang dari luar negara.

Pada Sabtu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.
Lebih 16,000 kes cacar monyet telah dilaporkan dari 75 negara dan wilayah, dengan lima kematian setakat ini.


 
Elok je nak buat world cup qatar. Tak spread sangat kot. Kalau teruk monkey pox ni tentu world cup terus cancel macam euro 2020 dulu
 
siakap-keli-article-cover-1659164081-740x385.jpeg
Gambar: News Medical

Cacar Monyet Didapati Sebabkan Zakar Bengkak & Dubur Berdarah​

66b16f61b349fa476fd17f190e758ce2.png
Syed,
3 jam lalu
2 min read
Cacar monyet dilapor menyebabkan beberapa pesakit mengalami masalah zakar bengkak dan kesakitan pada dubur seperti berdarah, lapor portal New Scientist dan Daily Star.

Kedua-dua simptom berkenaan adalah simptom yang jarang dikaitkan dengan jangkitan virus.

Berdasarkan data yang dikumpul oleh petugas perubatan di Guy’s and St Thomas’ NHS Foundation Trust, London, daripada 197 pesakit yang semuanya adalah lelaki, 71 daripada mengadu mengalami masalah kesakitan pada dubur dan 31 daripadanya mempunyai masalah zakar membengkak.

Secara keseluruhan, seramai 20 orang terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan pengurusan simptom, dimana 8 daripadanya akibat masalah kesakitan pada dubur dan 5 akibat zakar membengkak.

Antara simptom lain yang turut ditunjukkan adalah seperti tonsil bengkak, membabitkan 9 pesakit.
Sesetengah lelaki yang dijangkiti cacar monyet telah melaporkan kesakitan pada rektum mereka serta bengkak pada bahagian zakar, satu kajian baru mendedahkan apabila penyakit itu menjangkiti mangsa pertamanya di Eropah.

Pada 29 Julai, Kementerian Kesihatan Sepanyol melaporkan seorang pesakit telah meninggal dunia, difahamkan sebagai kematian pertama yang berlaku di Eropah dan kedua di luar Afrika dalam keadaan wabak ini.
Lima kematian yang dilaporkan sebelum ini semuanya berlaku di negara Afrika dan penyakit itu adalah endemik di benua barat itu.

Brazil juga turut mencatatkan kematian pertama akibat cacar monyet.
Senarai NHS, CDC dan WHO bagi simptom cacar monyet telah berubah pada masa lalu. Terbaru NHS memasukkan lesi tunggal atau lesi pada alat kelamin, dubur dan kawasan sekitarnya.

Proctitis, iaitu sakit dubur atau pendarahan turut ditambah oleh NHS pada 25 Julai. Tetapi setakat ini, gejala terbaru yang diterangkan oleh Bilinska belum ditambah dalam senarai. Beliau berkata walaupun ia mengambil masa untuk simptom baharu ditambah ke senarai rasmi, orang ramai perlu berwaspada mengenainya.

sumber - https://cari.gold/2022/07/30/cacar-monyet-didapati-sebabkan-zakar-bengkak-dubur-berdarah/
 
IMG_20220801_094114_664.jpg

Pihak berkuasa di New York City pada Sabtu mengisytiharkan darurat ekoran peningkatan kes cacar monyet, lapor Agensi Anadolu (AA).

Datuk Bandar New York City Eric Adams dan Pesuruhjaya Kesihatan Ashwin Vasan dalam satu kenyataan bersama berkata seramai 150,000 penduduk bandar mungkin berisiko dijangkiti.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com


#AWANInews
 

Sudan sahkan kes pertama cacar monyet​


Menurut Kementerian Kesihatan Sudan, pesakit merupakan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Dafur Barat, wilayah di bahagian utara, lapor agensi berita Anadolu.

2a93a1e4edc537045219de5bd9d8aeb1.jpeg

Published
1 day ago
on
August 1, 2022


sudan-cacar-monyet.jpg

Foto: Vaksin cacar monyet. Sumber Reuters.
https://themerdekatimes.com/blog/20...sJhcXnTyhoqG_-mgf3F73sdwRlEeHloNs4GrbbUXkaAk#

  • Kementerian Kesihatan Sudan mengesahkan pada Ahad lalu bahawa pesakit merupakan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Dafur Barat.
  • Minggu lalu, WHO isytiharkan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global berikutan virusnya yang terus merebak.
  • Menurut statistik WHO, sejak dikesan pada Mei lepas, virus itu telah menjangkiti lebih 16,000 orang di 75 negara.
  • Virus cacar monyet menunjukkan simptom serupa tetapi kurang sedikit daripada cacar, termasuk demam, ruam dan bengkak pada nodus limfa.
KHARTOUM – Kes pertama cacar monyet disahkan berlaku di Sudan pada Ahad lepas.

Menurut Kementerian Kesihatan Sudan, pesakit merupakan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari Dafur Barat, wilayah di bahagian utara, lapor agensi berita Anadolu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu mengisytiharkan wabak cacar monyet atau monkeypox sebagai kecemasan kesihatan global berikutan virusnya yang terus merebak.

Menurut statistik WHO, sejak dikesan pada Mei lepas, virus itu telah menjangkiti lebih 16,000 orang di 75 negara.

Virus cacar monyet menunjukkan simptom yang serupa tetapi kurang sedikit daripada cacar, termasuk demam, ruam dan bengkak pada nodus limfa.



Jangkitannya ke atas indidvidu adalah terhad, namun boleh disebarkan melalui sentuhan dengan cecair badan, luka pada kulit atau permukaan mukosa dalaman seperti dalam mulut atau tekak, titisan pernafasan dan objek tercemar.
SUMBER : Bernama
 
IMG_20220804_114216_874.jpg

Thailand melaporkan kes ketiga cacar monyet, membabitkan seorang pelancong warga Jerman berusia 25 tahun, kata ketua pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Dr. Opas Karnkawinpong.

Beliau berkata lelaki itu tiba di Phuket pada 18 Julai dan mengalami simptom termasuk demam, bengkak dan ruam pada 23 Julai.


Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com


#AWANInews
 
cacar monyet ni berjangkit melalui sentuhan shj kan....?

Ni info dan maklumat KKM pasal Cacar Monyet


Virus Monkeypox ditularkan kepada manusia melalui gigitan haiwan atau sentuhan langsung dengan darah, cecair badan atau luka pada kulit / mukosa haiwan yang dijangkiti.

Ia juga boleh menular melalui kontak langsung dengan cecair badan atau ruam makulopapular / vesikular pada orang yang dijangkiti atau melalui titisan pernafasan.

Post in thread 'UPDATE Cacar Monyet Di Malaysia'

 
Back
Top
Log in Register