BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Cacar Monyet (Monkey Pox) Luar Negara

malaysia takyah lah risau cacar monyet ni sebab sekarang ni lembu kat malaysia ni banyak dosa.. HFMD da belambak.. cek dekat statistik mysejahtera pasti akan ada satu dua dia dalam kawasan bandar...
 
IMG_20220524_134210_591.jpg

Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat sedang dalam proses mengeluarkan beberapa dos vaksin Jynneos untuk digunakan bagi mengekang kes cacar monyet.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), terdapat lebih daripada 1,000 dos vaksin yang diluluskan di Amerika Syarikat pada 2019 kini dalam simpanan pusat.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com


#AWANInews
 

Sakinah Sulong

1j ·

Siapa yang dakwa ni????

Setahu saya, tiada lagi kes monkeypox dikesan di Malaysia.

Ada satu kes import di Singapura dan pesakit sedang dirawat, dilaporkan dalam keadaan stabil. Dan memang ada kes monkeypox dilaporkan di beberapa negara. Ia memang penyakit zoonosis, yang berjangkit daripada haiwan.

Setakat ini, memang pengamal perubatan diingatkan agar berjaga-jaga dan memang satu kewajiban untuk melaporkan kes yang disyaki.
Jangan simply dakwa sebab ditakuti boleh buat orang panik.

Boleh pulak cakap KKM sengaja tak ambik endah macam nak sembunyi kes.

Kalau ada yang tahu kes yang didakwa ni berada kat mana, sila alertkan KKM untuk disahkan kes ni. Jangan cetuskan panik yang keterlaluan. Dakwaan sebegini sangat dipandang serius.

1653372482131.png
 
CACAR MONYET | Sepanyol Sahkan 31 Kes Baharu

Sekurang-kurangnya 31 kes cacar monyet disahkan di Sepanyol dengan jumlah itu dijangka akan terus meningkat.

Negara itu kekal mencatatkan kluster jangkitan terbesar setakat ini dengan Madrid menjadi pusat penularan.

Menurut Menteri Kesihatan Sepanyol, Enrique Ruiz Escudero, 40 lagi kes masih dalam siasatan setakat kelmarin

 
IMG_20220525_112334_900.jpg

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menerima sebarang notifikasi berhubung kes seorang kanak-kanak didakwa dijangkiti virus monkeypox atau cacar monyet seperti yang tular di media sosial.

Bagaimanapun, KKM dalam satu kenyataan menasihatkan waris kanak-kanak berkenaan membawanya ke fasiliti kesihatan kerajaan dengan segera jika gambar yang ditularkan adalah benar.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews
 
IMG_20220526_001836_352.jpg

Scotland pada Isnin mengesahkan kes pertama virus cacar monyet, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di United Kingdom (UK) setakat ini 71 kes, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) pada Selasa, lapor Xinhua.

Di England, agensi itu telah mengesan 14 lagi kes dan buat masa ini tiada kes dikesan di Wales atau Ireland Utara.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews
 

Noor Hisham Abdullah

2m ·

Dimaklumkan bahawa susulan kenyataan KKM mengenai penyakit monkeypox, seorang kanak-kanak berumur 3 tahun telah dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 14, Selangor untuk membuat pemeriksaan kerana mengalami gejala demam (13 Mei) dan ruam (16 Mei). Ruam ini menjadi ‘blister’ (19 Mei) dan mula pecah (21 Mei).


Diagnosa awal kanak-kanak ini adalah HFMD. Kanak-kanak ini kemudiannya dipantau di Hospital Kuala Lumpur oleh pakar pediatrik. Dua sampel telah diambil di mana Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah membuat pengujian beberapa jenis virus termasuk untuk HFMD dan Monkeypox.

Keputusan ujian mengesahkan kes kanak-kanak ini adalah HFMD kerana keputusan adalah positif Virus Coxsackie A6, dan NEGATIF Monkeypox serta lain-lain virus yang diuji.

1653538904813.png

1653538911679.png

1653538918518.png

1653538926477.png

1653538938229.png
 
IMG_20220530_152331_263.jpg

Kemunculan serentak cacar monyet di beberapa negara yang sebelum ini tiada penyakit itu menunjukkan penularan tidak dapat dikesan untuk beberapa tempoh dan kes semakin bertambah.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sehingga 26 Mei, sebanyak 257 kes yang disahkan dan 120 kes yang disyaki telah dilaporkan di 23 negara anggota yang bukan endemik virus itu.

Layari grid.astroawani.com untuk berita lanjut


#AWANInews
#MalaysiaSihat
 
Back
Top
Log in Register