awiena
Active+ Member
- Messages
- 4,864
- Joined
- Aug 3, 2012
- Messages
- 4,864
- Reaction score
- 155
- Points
- 33
kalau aku jd jokermin..baik aku blah masuk umno..nak karam dah PH tu haha
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.





KOTA BARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia members of the Kota Baru division allege that their party has given way to the DAP over seat negotiations for the coming general election.
Kota Baru Pribumi vice-chief Mohd Nor Hashim Che Min blamed the party’s top leaders for not being firm with Pakatan Harapan parties, in particular DAP.
“DAP has been domineering, and we are bowing to them. We can’t accept that,” he told a press conference here yesterday.
Present were Kota Baru Pribumi Youth chief Nik Mohd Adhwan Nik Haris and division Srikandi (women’s wing) chief Normala Abdul Kadir.
image: https://content.thestar.com.my/smg/s...e=lotame/tags=
“Amanah wants to contest in most of the state seats and it has shown disregard for the other parties,” he said.
Mohd Nor said Amanah wanted to take all the three state seats in Kota Baru.
“We see no resolution despite months of negotiations,” he said, adding that the feeling of being sidelined had caused friction among Pribumi grassroots members.
Mohd Nor hit out at Pribumi chairman Tun Dr Mahathir Mohamad for allegedly putting his own interests above the party and the rakyat.
He also expressed his frustration against the party for holding an invalid annual general meeting last year.
It was reported last week that two Pribumi leaders from Klang had lodged a complaint with the Registrar of Societies, claiming that their party breached its constitution when it held its AGM.
Read more at https://www.thestar.com.my/news/nati...VzLDW3RGZFk.99



BN persoal Azmin serah tanah RM1.8 bilion pada 2 syarikat
CYBERJAYA: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mempersoalkan keputusan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menyerahkan semula tanah bernilai tinggi di Ijok, Selangor kepada 2 syarikat.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) pada satu sidang akhbar hari ini berkata keputusan Azmin itu menghairankan kerana mahkamah memihak kepada tindakan kerajaan negeri merampas tanah-tanah tersebut.
“Kenapa Azmin tidak menunggu kes ini dibicarakan di Mahkamah Persekutuan memandangkan kerajaan Selangor menang di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sebelum itu?
“Kenapa Azmin tergesa-gesa membuat keputusan yang nyata merugikan kerajaan dan rakyat Selangor,” kata Rahman.
Dalam edaran kepada media, Rahman menjelaskan tanah-tanah tersebut dirampas oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2008 kerana pelanggaran syarikat dan terma perjanjian, seperti tidak membayar premium tanah, tidak menukar syarat tanah pertanian kepada tanah perumahan dan tidak membayar premium tukar syarat tanah.
“Selain daripada tidak mematuhi syarat di bawah Kanun Tanah Negara, syarikat-syarikat tersebut juga mencagarkan tanah tersebut kepada institusi kewangan untuk mendapat pinjaman tetapi projek tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya,” kata Rahman.
Dua syarikat terlibat kemudian menyaman kerajaan negeri dan menteri besar untuk mendapatkan balik tanah-tanah tersebut namun keputusan Mahkamah Tinggi pada Oktober 2013 dan Mahkamah Rayuan pada Februari 2014 tidak menyebelahi mereka.
Menurut Rahman, 2 syarikat terbabit kemudian merayu ke Mahkamah Persekutuan.
Kemudian, semasa Azmin menjadi besar dan sebelum mahkamah mendengar kes mereka, 2 syarikat itu dan beberapa syarikat berkaitan membuat perjanjian dengan sebuah syarikat awam pada September 2015, untuk menjual 2.1 ekar tanah pada harga RM1.18 bilion.
“Dengan syarat syarikat-syarikat tersebut mendapat kelulusan kerajaan Selangor,” kata Rahman.
“Selang beberapa bulan selepas itu, Azmin pada 17 Mei 2016 memfailkan 1 perjanjian penyelesaian kepada Mahkamah Persekutuan bahawa kerajaan Selangor dan 2 syarikat itu bersetuju untuk membatalkan kes ini.
“Azmin seterusnya membuat keputusan untuk menyerahkan semula tanah-tanah tersebut kepada 2 syarikat itu.”
Menurut Rahman, satu syarat “penting dan wajib” dalam perjanjian penyelesaian tersebut ialah penjualan tanah mesti dibuat kepada syarikat awam tersebut.
“Azmin membuat keputusan drastik ini sebelum kes rayuan ini sempat didengar oleh Mahkamah Persekutuan.”
Rahman mempersoalkan adakah penyerahan semula tanah itu ada kaitan dengan pembayaran pampasan tunai RM180,000 dan sebuah rumah bernilai RM250,000 kepada 980 peneroka baru-baru ini.
Media melaporkan kerajaan negeri membayar pampasan kepada 980 peneroka yang menjadi mangsa projek perumahan terbengkalai di satu majlis di Kuala Selangor 11 Februari lalu. Pampasan itu bagi menggantikan tanah dan rumah kediaman yang diserahkan kepada pemaju pada 1998.
“Kalau niat Azmin ingin menyelesaikan tuntutan dan isu pampasan kepada peneroka, mengapa beliau tidak menjual tanah tersebut secara langsung kepada syarikat awam dan menggunakan hasil jualan RM1.18 bilion untuk membayar pampasan tersebut?” kata Rahman.
Beliau seterusnya berkata jumlah pampasan yang diumumkan bernilai RM421.4 juta.
“Di mana baki RM758.6 juta?” kata Rahman.
Beliau menambah beberapa laporan sudah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung perkara ini, bagi memastikan jika ada penyalahan kuasa atau pun rasuah.
“Saya ingin mengingatkan Azmin bahawa isu ini telah dibangkitkan beberapa kali oleh NGO dan rakyat termasuk ditanya di Dewan Negeri Selangor oleh beberapa wakil rakyat.
“Namun, Azmin tidak menjawab persoalan ini secara jelas.”
http://www.freemalaysiatoday.com/ca...min-serah-tanah-rm1-8-bilion-pada-2-syarikat/