demimasa
Active+ Member
- Messages
- 2,824
- Joined
- Jan 20, 2010
- Messages
- 2,824
- Reaction score
- 409
- Points
- 41
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menempelak AMANAH kerana 'berbohong' dengan mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk negeri itu masih belum lagi dibentuk.
Beliau berkata jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak empat kali.
"AMANAH berbohong...AMANAH tidak mengatakan yang benar, AMANAH tidak amanah.
"Bolehkah AMANAH paling kurang memberitahu orang ramai duduk perkara yang sebenarnya? Kita telah bertemu sebanyak empat kali?" Kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan sebuah masjid baru di Taman Tun Teja, Rawang tengahari ini.
Azmin membuat bidasan ini selepas ditanya sama ada jawatankuasa khas rundingan kerusi HARAPAN yang diumumkan Dr Mahathir Mohamad itu telah bertemu atau tidak.
Bagaimanapun, Azmin berkata tidak akan ada suatu jawatankuasa khas.
"Biar saya jelaskan...Kami telah bertemu sebanyak empat kali untuk berbincang bukan sahaja pembahagian kerusi tetapi isu-isu lain berkaitan dengan PRU14. Sudah tentu rundingan kerusi merupakan antara isu utama yang dibincangkan dalam jawatankuasa tersebut.
"Malangnya kami masih belum mencapai persetujuan di kalangan empat parti ini.
"Tetapi sekarang terdapat permintaan, daripada menamakan jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor, mereka mahukan ia untuk memfokuskan kepada rundingan kerusi.
Rundingan kerusi 80 peratus
"(Jadi) mereka menamakannya sebagai 'jawatankuasa rundingan kerusi'. Anggota yang sama, anggota parti yang sama, parti yang sama," jelas beliau.
Menurut Azmin 'lebih 80 peratus' kerusi telahpun diputuskan setakat ini.
"Anda tidak boleh mengharapkan kami memutuskan 100 peratus rundingan kerusi empat bulan sebelum pilihan raya," katanya.
Mahathir membuat pengumuman berkenaan jawatankuasa khas itu selepas rundingan kerusi HARAPAN di Selangor dilaporkan menemui jalan buntu kerana perbezaan pandangan di antara PKR dan tiga lagi parti HARAPAN.
AMANAH, DAP dan BERSATU enggan merundingkan kerusi dalam jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor dan menggesa suatu jawatankuasa lain dibentuk.
Tiga parti itu berkata jawatankuasa pilihanraya negeri yang dipengerusikan ADUN Sri Andalas daripada PKR, Dr Xavier Jayakumar tidak mempunyai mandat bagi merundingkan kerusi.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/410877?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook#c8f6DxT35fxFgo3x.99

Azmin tak layak jadi pengerusi PH Selangor, kata Ronnie Liew
![]()
PETALING JAYA: Seorang pemimpin DAP menempelak Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Datuk Seri Azmin Ali selepas beliau secara terbuka mendakwa Amanah negeri berbohong dalam isu pengagihan kerusi DUN di negeri itu.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Ronnie Liew merujuk kepada laporan media di mana Azmin dirakamkan berkata Amanah negeri tidak amanah apabila mendakwa jawatankuasa rundingan pengagihan kerusi DUN di Selangor belum dibentuk.
Azmin mendakwa parti komponen PH sudah bermesyuarat 4 kali untuk membincangkan pengagihan kerusi dan 80% kerusi sudah diputuskan.
“Jangan fikir kami semua (termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad) ***** dan hanya kamu seorang yang bijak dan baik dalam politik,” kata Ronnie di Facebook semalam.
“Sekarang semua orang dalam PH tahu siapa kamu.”
Selain Amanah negeri, DAP Selangor berkata mereka juga tidak tahu 80% kerusi sudah diputuskan.
“Bagi saya, kamu sudah gagal teruk. Kamu tidak layak jadi pengerusi negeri kami,” kata Ronnie.
Perkelahian antara parti komponen PH tercetus selepas Amanah dan DAP negeri berkata mereka tidak tahu tentang mesyuarat pengagihan kerusi DUN di Selangor seperti yang didakwa oleh Azmin.
Pengerusi Amanah Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata mereka hanya menghadiri 4 mesyuarat jawatankuasa pilihan raya sahaja, yang membincangkan strategi untuk PRU14. Reaksi Amanah dan DAP itu menyaksikan serangan bertalu-talu daripada beberapa pemimpin PKR negeri.
Rundingan pengagihan kerusi DUN Selangor sepatutnya dimuktamadkan 31 Januari lalu terpaksa dilanjutkan untuk seminggu lagi berikutan pertikaian antara parti komponen.
Kemelut di Selangor mendapat teguran daripada Dr Mahathir yang berkata pertelingkahan terbuka antara parti komponen gabungan itu di Selangor mengundang publisiti buruk dan meminta semua pihak bertelingkah berhenti menyerang sesama sendiri.
Semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata masalah agihan kerusi DUN Selangor tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia akan diselesaikan sesegera mungkin.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor Dr Xavier Jayakumar ketika dihubungi enggan mengulas kenyataan Ronnie itu.
“Nanti saya hubungi dia,” katanya ringkas.
Naib Ketua Pemuda PKR Razlan Jalaudin pula menegur tindakan pemimpin DAP itu kerana mengeruhkan keadaan.
“Kami tidak melayan batu api. Sepatutnya sebagai pemimpin pakatan Harapan kita perlu menjadi orang tengah sebagai pendamai.”
http://www.freemalaysiatoday.com/ca...-jadi-pengerusi-ph-selangor-kata-ronnie-liew/
Tu diaaaaaa.. Tuan Besar sudah marah.. Tu la jemin joker, yang ko panggil khadam dia penipu tu kenaapppee??)
TT leh la hapdate campur tangan DAP ni kat 1st post.. Drama makin menarik.. Popcorn mana popcorn..)
Lain kali jgn diusik 'anak kesayangan' kan 'daddy' dah bersuara ..
https://www.facebook.com/photo.php?...40859604.61454.100000815127266&type=3&theater
![]()
pergh...pertahankan budak manja...kena sikit nangis tolong org back up....![]()
AMANAH cetus perbalahan sia-sia
Pengerusi jawatankuasa pilihan raya Selangor Dr Xavier Jeyakumar yang dipersoalkan mandatnya itu membidas kenyataan pimpinan AMANAH kerana 'menunda' urusan rundingan kerusi HARAPAN.
Xavier dalam kenyataan media hari ini berkata jawatankuasa itu telah bertemu empat kali dan semasa mesyuarat terakhir mereka, AMANAH meminta diadakan mesyuarat berasingan bagi merundingkan kerusi.
"Telah dipersetujui kesemua parti-parti (HARAPAN) akan menghantar wakil mereka untuk perbincangan lanjut.
"Saya menekankan hal ini, sebenarnya tidak perlu untuk dibentuk satu lagi jawatankuasa baru dan hanya setelah permintaan AMANAH dibuat, maka rundingan menjadi tertunda," kata Xavier merangkap Naib Presiden PKR itu.
Beliau berkata jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor itu telah diarahkan Majlis Presiden HARAPAN untuk mempercepatkan perundingan dan berharap suatu mesyuarat dapat dipanggil dalam masa terdekat.
Xavier juga mengulang gesaan beberapa pimpinan PKR negeri untuk merapatkan saf dan tidak membincangkan isu-isu sebegini di mata orang ramai.
"Tidak patut AMANAH membawa hal ini secara terbuka dan mencipta perbalahan sedangkan tidak ada hal yang sebegitu.
"Tolonglah bekerjasama dan siapkan tugas kita. Matlamat utama kita adalah untuk mempertahankan Selangor," katanya lagi.
Semakan dengan kesemua empat parti komponen HARAPAN Selangor mendapati mereka memiliki kefahaman berbeza berhubung fungsi jawatankuasa tersebut.
Pimpinan AMANAH, BERSATU dan DAP memberitahu Malaysiakini mandat jawatankuasa itu untuk membincangkan strategi manakala pimpinan PKR berkata rundingan kerusi merupakan sebahagian daripada perbincangan.
Sebelumnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR menegaskan jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak empat kali untuk membincangkan rundingan kerusi dan 80 peratus kerusi telah dimuktamadkan.
Namun demikian, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyatakan tidak tahu-menahu berkenaan hal tersebut.
"Saya tidak sedar 80 peratus kerusi telah dirundingkan kerana kami tidak pernah ditanya," beliau memberitahu Malaysiakini.
Difahamkan akar permasalahan berpunca daripada pembahagian 20 kerusi yang sebelumnya ditandingi PAS di bawah Pakatan Rakyat.
Keadaan menjadi memanas hari ini apabila pemimpin PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa AMANAH 'berbohong' berkenaan status rundingan kerusi.
Hal ini mendorong pemimpin AMANAH Selangor Izham Hashim menggelar Azmin sebagai 'badut' dan menegaskan rundingan kerusi belum lagi dimulakan.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/410917?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook#GAlfWJjf5kWRrFpz.99
Zaid nasihat 'primadona' PKR tumpu menang PRU-14 dulu
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim hari ini menamakan "primadona" PKR di Selangor dan Negeri Sembilan sebagai punca utama konflik di kalangan komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) berhubung agihan kerusi.
Dalam catatan blog hari ini, Zaid berkata pemimpin PKR seumpama itu cuba untuk mengimlakkan pakatan itu.
"Mereka bertindak seolah-olah mereka adalah pemimpin de facto pakatan. Di Selangor dan di Negeri Sembilan, mereka mempamerkan warna sebenar mereka.
"Saya tidak mahu bercakap banyak mengenai pembangkang, sebelum ada di antara kamu menyerang dan menuduh saya tidak tahu bersyukur.
"Apa yang saya boleh katakan ialah jika tidak ada perubahan dalam pilihan raya yang akan datang ini, ia kerana parti pembangkang gagal mendisiplin dan menguruskan primadona PKR dengan baik," tulisnya.
Zaid berkata mereka yang menyerang sesama sekutu seolah-olah percaya bahawa kemenangan akan berpihak kepada HARAPAN. Justeru, mereka perlu berebutan sebanyak mungkin kerusi walaupun terpaksa bergaduh di khalayak ramai.
Pergaduhan itu, kata Zaid menyaksikan pengundi Malaysia, yang benar-benar mengharapkan perubahan, mula menjarakkan diri mereka.
"Saya bukan berkempen untuk sesiapa dan juga bukan melobi untuk mendapatkan kerusi. Saya hanya ingin tahu pandangan orang ramai tentang pilihan raya yang akan datang ini.
"Mereka (pengundi) tentunya bimbang apabila melihat pemimpin pembangkang bergaduh sesama mereka.Saya sedang cuba memahami mengapa pemimpin pembangkang bergaduh dan menuduh sesama mereka sebagai pembohong,” katanya.
Walaupun agihan kerusi parlimen HARAPAN di kalangan empat parti komponen di Semenanjung Malaysia dan Sarawak, berjaya diselesaikan, namun agihan kerusi negeri masihmasih dalam keadaan tidak menentu.
Rasa tidak puas hati jelas terserlah di Selangor, dengan pemimpin PKR dan AMANAH negeri masing-masing membidas satu sama lain. Walau bagaimanapun, pada hujung minggu lalu, kedua-dua parti seolah-olah mengadakan gencatan senjata dan tiada lagi “menyerang” satu sama lain.
Badan pembuat keputusan tertinggi - Majlis Presiden - terpaksa melangkah masuk dan menyelesaikan tuntutan kerusi yang bertindih di beberapa negeri.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411154#vW2D6pWwDertRiAp.99
Pemimpin PKR Selangor kesal Amanah kutuk Azmin
Susulan 'perang mulut' antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor Izham Hashim petang tadi, beberapa pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri tampil membela Timbalan Presiden PKR itu.
Ahli Majlis Pimpinan PKR Selangor, Azmizam Zamanhuri membela Azmin yang disifatkan sebagai seorang yang teliti dan berkata 'perang mulut' itu kelihatan tidak manis.
"Azmin seorang yang teliti dan terlalu banyak kaji selidik yang telah dilakukan jadi adalah lebih baik juga kita memberikan fokus kepada pilihan raya.
"Tak manislah penyokong lihat serang menyerang antara kepimpinan dan mana boleh cakap menteri besar badut, dia ketua kita.
"Jadi, semua kepimpinan parti dinasihatkan memberikan tumpuan kepada usaha kita mendapatkan tandatangan bantahan kepada syor persempadanan semula SPR," kata Azmiham dalam suatu kenyataan kepada Malaysiakini.
image: https://i.malaysiakini.com/571/952fe11fd6b18382a2df99d17d5e99fd.jpg
Beliau ((gambar, tiga dari kiri) juga berkata AMANAH tidak boleh menafikan mesyuarat jawatankuasa pilihan raya negeri Selangor yang bertujuan merundingkan kerusi telah diadakan sebanyak empat kali.
"Jangan menafikan mesyuarat yang telah diadakan iaitu sebanyak empat kali, sama ada rasmi atau tidak sedikit sebanyak ada membincangkan soal kerusi kerana kami di peringkat jawatankuasa sentiasa dimaklumkan mengenai perbincangan tersebut.
"Lagi pun perbincangan mengenai kerusi masih berjalan, banyak perkara yang harus dibincangkan dan perlu dilihat. Jadi, kita kena tunggulah, kenapa gopoh sangat," katanya.
Azmiham juga menggesa isu-isu sebegini patut dibincangkan dalam mesyuarat.
image: https://i.malaysiakini.com/1206/677ddd20fd618c1a99f39f1133c25f8e.jpeg
Manakala itu, Ketua Srikandi PKR Selangor Nurainie Haziqah Shafi'i menyifatkan kenyataan Izham (gambar) yang menggelar Azmin sebagai 'badut' adalah tidak sopan dan melanggar prinsip konsensus serta keharmonian di antara parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).
"Tindakan saudara Izham Hashim adalah amat dikesali terutamanya apabila beliau menyifatkan Datuk Seri Azmin Ali tidak layak memimpin dan menjadi Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Selangor," kata Nurainie dalam kenyataan medianya malam ini.
Beliau menggesa pimpinan HARAPAN memberikan sepenuh kerjasama kepada Azmin.
"Dalam proses perbincangan dan pembahagian kerusi pilihanraya di negeri Selangor yang merupakan proses rumit dan sukar, seharusnya sepenuh kerjasama dan kepercayaan diberikan kepada Datuk Seri Azmin Ali sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Selangor," katanya lagi.
image: https://i.malaysiakini.com/1201/15e9655a276ffa40db24a03f7c289053.jpeg
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Gombak Zainol Abidin Mohamed mendesak pimpinan AMANAH agar menarik balik kenyataannya itu.
"Tuduhan ini sangat serius dan kami mendesak Tuan Ir Izham segera menarik balik tuduhan nakal dan berniat jahat ini.
"Kami AMK Gombak juga ingin mendesak pimpinan AMANAH agar segera meminta Ir Izham menarik balik kenyataan beliau," katanya.
Zainol dalam kenyataan medianya juga berkata tindakan Izham itu hanya akan memberikan nafas baru buat Umno-BN dan merugikan HARAPAN.
Azmin selaku Pengerusi Pakatan Harapan Selangor menempelak AMANAH kerana 'berbohong' dengan mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk negeri itu masih belum lagi dibentuk.
Beliau berkata jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak empat kali.
Bagaimanapun, AMANAH, DAP dan BERSATU enggan merundingkan kerusi dalam jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor dan menggesa suatu jawatankuasa lain dibentuk.
Tiga parti itu berkata jawatankuasa pilihanraya negeri yang dipengerusikan ADUN Sri Andalas daripada PKR, Dr Xavier Jayakumar tidak mempunyai mandat bagi merundingkan kerusi.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/410915?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook#qPF7VmRHPSVIpOKU.99
Kerjasama PAS: PKR nafi dakwaan PAN
Oleh Khairul Azran Hussin
SHAH ALAM: PKR menafikan dakwaan parti itu masih cuba memujuk PAS untuk mewujudkan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata tuduhan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Jamzuri Ardani terhadap parti itu, bahawa terdapat rundingan antara PKR dan PAS dibuat tanpa fakta kukuh.
"Tidak mengapa, itu pandangan (beliau). Saya harap kenyataan yang hendak dibuat itu biarlah berasas, tidak boleh keluar kenyataan tanpa asas.
"Adalah tidak sepatutnya berlaku apabila mana-mana individu cuba memperlekehkan parti lain," katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.
Sebelum ini, Jamzuri dilaporkan berkata, Pakatan Harapan (PH) Selangor masih gagal mengadakan rundingan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada PRU-14.
Beliau turut mendakwa keadaan itu akan berterusan kerana PKR masih berusaha mendapatkan sokongan PAS, termasuk mempercayai PH akan gagal tanpa bantuan PAS.
Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, perbincangan berhubung pengagihan kerusi DUN antara PKR, DAP, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih berjalan.
"Kenapa perlu tumpu pembahagian kerusi DUN Selangor saja. Seluruh negara belum selesai bincang. Walaupun peringkat kerusi Parlimen sudah selesai, tetapi ia masih ada perbincangan untuk memastikan kemenangan PH.
"Faktor kemenangan kerusi adalah lebih penting daripada menetapkan tempoh tertentu untuk selesaikan pembahagian kerusi," katanya.
Ditanya sama ada beliau kekal bertanding kerusi Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin berkata, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat kepemimpinan PH.
sumber berita harian.. :">
Si Xavier pulak sound PAN.. Kah kah kah.. Gaduh ajelah kejenya puak2 ni..
'AMANAH cetus perbalahan sia-sia'
Pengerusi jawatankuasa pilihan raya Selangor Dr Xavier Jeyakumar yang dipersoalkan mandatnya itu membidas kenyataan pimpinan AMANAH kerana 'menunda' urusan rundingan kerusi HARAPAN.
Xavier dalam kenyataan media hari ini berkata jawatankuasa itu telah bertemu empat kali dan semasa mesyuarat terakhir mereka, AMANAH meminta diadakan mesyuarat berasingan bagi merundingkan kerusi.
"Telah dipersetujui kesemua parti-parti (HARAPAN) akan menghantar wakil mereka untuk perbincangan lanjut.
"Saya menekankan hal ini, sebenarnya tidak perlu untuk dibentuk satu lagi jawatankuasa baru dan hanya setelah permintaan AMANAH dibuat, maka rundingan menjadi tertunda," kata Xavier merangkap Naib Presiden PKR itu.
Beliau berkata jawatankuasa pilihanraya negeri Selangor itu telah diarahkan Majlis Presiden HARAPAN untuk mempercepatkan perundingan dan berharap suatu mesyuarat dapat dipanggil dalam masa terdekat.
Xavier juga mengulang gesaan beberapa pimpinan PKR negeri untuk merapatkan saf dan tidak membincangkan isu-isu sebegini di mata orang ramai.
"Tidak patut AMANAH membawa hal ini secara terbuka dan mencipta perbalahan sedangkan tidak ada hal yang sebegitu.
"Tolonglah bekerjasama dan siapkan tugas kita. Matlamat utama kita adalah untuk mempertahankan Selangor," katanya lagi.
Semakan dengan kesemua empat parti komponen HARAPAN Selangor mendapati mereka memiliki kefahaman berbeza berhubung fungsi jawatankuasa tersebut.
Pimpinan AMANAH, BERSATU dan DAP memberitahu Malaysiakini mandat jawatankuasa itu untuk membincangkan strategi manakala pimpinan PKR berkata rundingan kerusi merupakan sebahagian daripada perbincangan.
Sebelumnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR menegaskan jawatankuasa itu telah bertemu sebanyak empat kali untuk membincangkan rundingan kerusi dan 80 peratus kerusi telah dimuktamadkan.
Namun demikian, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyatakan tidak tahu-menahu berkenaan hal tersebut.
"Saya tidak sedar 80 peratus kerusi telah dirundingkan kerana kami tidak pernah ditanya," beliau memberitahu Malaysiakini.
Difahamkan akar permasalahan berpunca daripada pembahagian 20 kerusi yang sebelumnya ditandingi PAS di bawah Pakatan Rakyat.
Keadaan menjadi memanas hari ini apabila pemimpin PKR Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa AMANAH 'berbohong' berkenaan status rundingan kerusi.
Hal ini mendorong pemimpin AMANAH Selangor Izham Hashim menggelar Azmin sebagai 'badut' dan menegaskan rundingan kerusi belum lagi dimulakan.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/410917#eQJXjaMRMDIzuk1j.9
AMANAH: Azmin macam 'badut', tak layak jadi MB
Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor Izham Hashim menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa mereka berbohong dalam soal rundingan kerusi di negeri itu.
Beliau malah menyifatkan Azmin sebagai 'badut' dan tidak layak untuk menjadi menteri besar dan pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor.
"Tak ada (rundingan kerusi). Dia ni badut (joker). Bila kita bincang kerusi? Hanya PKR yang bincang tentang soal itu, tidak ada yang bincang dengan mereka," katanya kepada Malaysiakini.
Beliau mendakwa AMANAH sudah menghantar surat rasmi kepada Azmin selaku pengerusi HARAPAN Selangor agar mengadakan mesyuarat khas bagi perkara itu, tetapi sehingga kini ia tidak diadakan.
"Nak jadi pengerusi HARAPAN Selangor kena bijak. Sejujurnya beliau tak berkebolehan (fit) untuk jadi menteri besar dan pengerusi negeri. Beliau tak boleh uruskan perkara mudah sebegini.
"Mesyuarat tak panggil kemudian tuduh kita pula yang berbohong," katanya.
Terdahulu, Azmin mendakwa AMANAH berbohong kerana mengatakan jawatankuasa rundingan kerusi untuk Selangor belum dibentuk, sedangkan ia sudah bermesyuarat sebanyak empat kali.
"AMANAH berbohong...AMANAH tidak mengatakan yang benar, AMANAH tidak amanah. Bolehkah AMANAH paling kurang memberitahu orang ramai kita telah bertemu sebanyak empat kali?" Kata Azmin.
Mesyuarat bukan runding kerusi
Izham berkata memang ada mesyuarat sebelum ini tetapi ia lebih kepada persiapan pilihan raya seperti soal daftar pemilih dan pengiraan undi, bukannya soal pembahagian kerusi antara empat parti komponen HARAPAN.
Katanya, mesyuarat tentang pembahagian kerusi pula dibuat secara berasingan antara partinya dengan PKR dan BERSATU.
"Mesyuarat empat parti untuk bincang kerusi memang tak ada, boleh semak dengan DAP dan BERSATU. Yang ada hanya mesyuarat pilihan raya," katanya lagi.
Katanya lagi, ada perbezaan jelas antara pembahagian kerusi dengan mesyuarat persiapan pilihan raya, dan wakil parti dalam mesyuarat itu tidak mempunyai mandat untuk membincangkan soal kerusi.
Beliau juga berkata, HARAPAN Selangor hanya pernah bermesyuarat sebanyak dua kali, dengan kali terakhir yang dipengerusikan Azmin adalah pada Oktober lalu.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR juga berkata sejumlah 80 peratus kerusi di Selangor sudahpun diputuskan.
Namun Pengerusi DAP Selangor Tony Pua nampaknya tidak tahu-menahu tentang perkara itu.
"Saya tak tahu yang 80 peratus kerusi sudah dirunding kerana kami tidak pernah ditanya tentangnya," katanya kepada Malaysiakini.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/410889#tA5RUIuPpieC5CGh.99
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/410889#tA5RUIuPpieC5CGh.99
nak bergaduh sakan dah ni.
saya membekalkan kerusi dan meja dgn harga murah...)
![]()
PKR S'gor bertegas mahu bertanding paling banyak kerusi
2018-02-05 11:33:31
Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar berkata, PKR Selangor tetap dengan pendirian mereka untuk bertanding kerusi terbanyak adalah adalah berdasarkan keyakinan tinggi bahawa parti itu mampu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Menurut Xavier, oleh kerana Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali merupakan orang yang bertanggungjawab dalam hal ehwal negeri itu, maka PKR berhak mendapat kerusi paling banyak.
“Ada parti yang juga mahukan lima kerusi (yang menjadi perebutan) tapi PKR tetap dengan pendirian keranakerajaan di sini dan menteri besar juga daripada PKR jadi kita mengharapkan PKR akan memimpin Selangor.
“Kerusi yang ditandingi adalah 21 kerusi (semasa PRU lepas) dan kita melihat dari sudut boleh memang.
"Majoriti kerusi akan dipegang PKR," kata Xavier ketika ditanya wartawan di sambutan Perayaan Ponggal, Klang semalam.
Read more at https://www.kinitv.com/video/56846O74#0Ft0WmW8VFqvgVXW.99
Buktikan boleh menang, PKR rela serah kerusi
PKR Selangor sanggup melepaskan sejumlah kerusi yang ingin ditandinginya pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, dengan syarat parti Pakatan Harapan (HARAPAN) lain dapat membuktikan mereka mampu menang di kerusi tersebut.
"Parti yang inginkan kerusi tersebut kena tunjuk (mereka) boleh menang, kemampuan dari segi jentera, calon dan pengundi (di situ) kenal parti tersebut," kata Ketua Wanita PKR Selangor Haniza Talha pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi tadi.
Sebelum ini, PKR dilaporkan mensasarkan untuk bertanding di kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang ditandingi mereka pada PRU lalu.
Pada PRU lalu, parti itu menang di 14 daripada 21 kerusi tersebut.
Haniza yang mewakili PKR dalam rundingan kerusi HARAPAN Selangor berkata, pendirian mereka bukan berdasarkan sentimen tetapi maklum balas di lapangan.
"Kita jalankan tinjauan, jika kerusi ini ditandingi PKR, kebarangkalian untuk menang lebih tinggi," katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan.
Katanya lagi, PKR lebih dikenali di kalangan pengundi di Selangor berbanding parti komponen HARAPAN lain, terutama Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang lebih baru.
"Kawan-kawan baru seperti AMANAH dan BERSATU berhadapan cabaran yang agak getir, perlu memperkenalkan parti di tempat yang ditandingi mereka," katanya lagi.
Katanya, strategi yang digunakan adalah berdasarkan parti yang mempunyai peluang terbaik untuk menang.
"Bukan kita menghalang permintaan rakan-rakan dalam HARAPAN...Faktor calon juga diambil kira. Ramai di Selangor yang belum membuat keputusan kerana mereka mahu melihat calon dahulu," katanya.
Jumaat lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berselisih dengan Pengerusi AMANAH Selangor Mohd Izham Hashim tentang mesyuarat rundingan kerusi bagi negeri itu.
Azmin juga sebelum ini bertegas sejumlah empat mesyuarat diadakan untuk membincangkan peruntukan kerusi dan 80 peratus kerusi sudah diputuskan.
Namun, Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata beliau tidak tahu-menahu tentang perkara tersebut.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411184#fMCgqaZWLid26EVK.99
BERSATU Selangor: Lebih 12 boleh, kurang tidak
Pertemuan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor semalam menampakkan sedikit perkembangan apabila dikhabarkan ada persetujuan dicapai sesama parti.
Misalnya dikhabarkan empat daripada 25 kerusi yang melibatkan tuntutan bertindih berjaya diselesaikan. Justeru perbincanga kini melibatkan baki 21 kerusi bertindih.
Hari ini salah sebuah parti komponen HARAPAN menegaskan mereka enggan mengiktiraf keputusan yang dicapai dalam pertemuan semalam.
Kata pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor mereka enggan berganjak daripada tuntutan mahu 12 kerusi untuk ditandingi dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Ditemui media selepas bermesyuarat kira-kira sejam Ketua Penerangan BERSATU Sallehudin Amiruddin mereka enggan mengambil kira ketetapan semalam.
"Keputusan semalam kita tidak ambil kira. Apabila kita bermesyuarat hari ini, kita tak ambil kira apa keputusan semalam.
"Kita overwrite, kita kekal (mahu) 12 kerusi," katanya.
Sebelum ini BERSATU Selangor menyatakan kemahuan mereka bertanding di 12 kerusi yang kini dikuasai BN. Untuk rekod dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu pembangkang yang mewakili BN adalah hanya wakil Umno.
Tak mungkin kurang
Semua calon dari parti komponan BN yang lain kalah kepada PKR, DAP, PAS atau Parti Amanah Negara (AMANAH).
DUN Selangor mempunyai 56 kerusi dan 12 daripadanya adalah BN dan dua bebas.
Semasa menjawab soalan wartawan Sallehudin berkata BERSATU tidak berpuas hati apabila PKR Selangor juga menyatakan keinginan untuk bertanding di 12 kerusi.
Daripada kenyataan dibuat Sallehuddin BERSATU membayangkan mereka boleh juga mengubah jumlah kerusi yang diingini. Namun ia hanya berlaku jika ada mana-mana parti mahu menyerahkan kerusi tambahan kepada BERSATU.
"Kami dah buat keputusan, kalau ada mana-mana parti nak bagi kerusi kepada kita, OK-lah, tapi kalau kurang drp 12, tidak mungkin," katanya.
Sallehudin juga menyatakan partinya tidak mengambil bahagian dalam mesyuarat petang tadi selepas menyerahkan kertas cadangan kepada HARAPAN Selangor.
"Kami tak mahu membincangkannya tadi," katanya sambil menambah suasana mesyuarat berlangsung dengan baik.
Setakat hari ini katanya BERSATU belum memperoleh satu pun kerusi daripada kawasan yang DUN yang turut dituntut parti lain dalam HARAPAN.
Sementara itu Setiausaha HARAPAN Selangor Zuraida Kamaruddin, memberikan versi lain kepada media.
Katanya satu daripada kerusi terbabit dalam tuntutan bertindih sudah diselesaikan menjadikan tinggal 20 kerusi yang perlu dirundingkan.
Namun apabila ditanya kerusi mana yang dimaksudkannya itu anggota parlimen Ampang berkenaan tidak dapat menyatakannya.
"Yang itu saya tak ingat, (jumlah) nombor saja penting, 36 kerusi," katanya.
Zuraida juga berkata perbincangan dalaman HARAPAN itu menunjukkan perkembangan yang pantas.
"Kadang-kadang di peringkat nasional pun tak boleh buat sebarang perkembangan (seperti Selangor)," katanya.
Untuk rekod pertemuan hari ini tidak disertai wakil DAP.
Semalam HARAPAN Selangor menyatakan pembahagian kerusi secara status quo dikekalkan dengan DAP mendapat 14 kerusi, PKR 12 dan AMANAH 2.
Mereka juga menyelesaikan isu kerusi yang ditandingi atau dimenangi PAS dan Umno pada PRU ke-13 lalu.
Read more at https://www.malaysiakini.com/news/411621?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook#7lWw6C0KSdKWQowJ.99
Last edited: