BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Upah tembak gagak RM12,000

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntukan RM12,000 untuk Kempen Tembak Gagak sepanjang tahun lalu.

Jumlah peruntukan yang meningkat hampir RM3,000 berbanding dua tahun lepas kerana pertambahan jumlah wang saguhati menembak gagak daripada RM2.50 kepada RM3 bagi seekor gagak yang ditembak.

Pengerusi Jawatan Kuasa Kempen Tembak Gagak MBPJ 2009, Halimey Abu Bakar, berkata kempen itu mendapat sambutan yang menggalakkan sejak ia diperkenalkan kepada orang awam.

"Pertambahan wang saguhati itu juga bertujuan menggalakkan penyertaan mereka.

"Bagaimanapun, hanya mereka yang mempunyai lesen menembak yang sah dibenarkan menyertai kempen ini," katanya ketika ditemui di Majlis Penutupan Kempen Tembak Gagak 2009 di Bilik Gerakan, ibu pejabat MBPJ di sini, semalam.

Sebanyak 3,041 ekor gagak ditembak di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan unggas itu bersarang
 
kadang tu tgk kecian lak kena tembak ...
 
lesen senjata dpt kelulusan dari negeri lain boleh join ke ?
:D jenis senjata apa yang boleh join ?
 
huhu... sian kat gagak... nanti kalau pupus baru la sibuk nak buat pelindungan.... :D
 
Peluru kasi tak.. bukan murah tuh.. mentenen senapang tinggi gak..
 
dulu peluru 50sen, skang sengget. tak baloi utk tembak burung
 
Back
Top
Log in Register