Unuseful Posts, Quality Posts & Tips

Recommended Brokers


Dann

Administrator
Staff member
Joined
Nov 19, 2005
Messages
3,043
Reaction score
1,613
Points
101
Forum adalah tempat perbincangan, melontar pendapat dan berkongsi maklumat & pengalaman. Ianya tidak sama dengan konsep 'chatting room' seperti di MIRC, ym conference dan berbagai bentuk 'chatting room' lagi.

Namun kita tidak terlepas dari kumpulan/kelompok ahli (minoriti) seperti dia atas dimana mereka lebih gemar 'offtopic', bergurau senda yang keterlaluan, dan bersembang kosong antara sesama mereka pastinya mengganggu perjalanan sesuatu topik perbincangan. Kelompok ini biasanya terdiri dari :-

1) Ahli yang mengejar jumlah 'posting'.
1) Individu yang ingin menarik perhatian orang ramai (obsessed).
2) Individu yang ingin mencari pasangan.
3) Individu yang tidak tahu menahu/kurang pengetahuan tentang etika berforum yang sebenar. Kurang kematangan secara peribadi (tidak boleh mengawal perasaan) dan gemar meng'ondemn'.
4) Kelompok yang biasa berjumpa antara sesama mereka di luar forum.
5) Individu yang terikut-ikut dengan gaya rakan-rakan mereka berforum.
6) Individu yang sememangnya tidak menghormati orang lain. Pendek kata bertujuan untuk mengkucar-kacirkan forum perbincangan.

Tips bagaimana mewujudkan topik/thread yang berkualiti
1) Sebagai pembuka topik, Thread Starter (TS) atau Tuan Thread (TT), anda boleh menegur mana-mana ahli yang menggangu topik anda.

2) Sekiranya Ahli A 'offtopic' dengan memulakan soalan atau gurau senda dengan Ahli B secara spesifik, Ahli B tidak perlu melayan atau menjawab. Teruskan perbincangan tanpa mengendahkan Ahli A. Sekiranya ingin berkomunikasi sesama sendiri, gunakan PM atau medium lain.

3) Sekiranya inginkan debat dan perbincangan serius, buka tajuk perbincangan yang rasional/sesuai. Namakan tajuk topik anda dengan tajuk yang sesuai. Elakkan tajuk topik yang kurang serius.

4) Bina identiti anda sebagai ahli yang berkualiti. Apabila anda dikenali sebagai ahli dengan post berkualiti, secara automatik ahli lain menghormati topik perbincangan anda tanpa mengganggu topik perbincangan anda.

Bersamalah kita berubah ke suatu komuniti yang lebih matang dan dapt mewujudkan perbincangan yang lebih berkualiti.
 
Last edited by a moderator:
Sponsored Post

viper207

Permanently Banned
Joined
Nov 12, 2008
Messages
5,591
Reaction score
54
Points
70
Lebih baik letakkan balik function Groan Button untuk serious discussion section. eg:- News,Debate,Trading,etc

So forumer xperlu nak report, just groan unuseful topic/post :)cgrock
 

man24

Fun Poster
Joined
Aug 4, 2011
Messages
393
Reaction score
0
Points
10
Setuju. Perlu ada satu penyelesaian supaya newbie2 yang baru mengenali forum dapat memahami tujuan sebenar berforum. Ataupun keluarkan artikel penerangan tentang penggunaan dan tujuan berforum. Berikan artikel tu kepada ahli-ahli yang baru mendaftar di forum supaya mereka lebih memahami tujuan berforum. Saya sekadar memberi cadangan. :)
 

abdullah abd wahab

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2010
Messages
2,814
Reaction score
429
Points
46
Setuju. Perlu ada satu penyelesaian supaya newbie2 yang baru mengenali forum dapat memahami tujuan sebenar berforum. Ataupun keluarkan artikel penerangan tentang penggunaan dan tujuan berforum. Berikan artikel tu kepada ahli-ahli yang baru mendaftar di forum supaya mereka lebih memahami tujuan berforum. Saya sekadar memberi cadangan. :)
saya pun setuju... saya first masuk forum pun xtau sgt cara nk berforum :-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register