BTC USD 63,485.5 Gold USD 4,339.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Untung Westports S1, RM159.6j

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


KUALA LUMPUR 1 Mei – Westports Holdings Bhd. mencatatkan keuntungan sebelum cukai tinggi sebanyak RM159.60 juta dalam suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2015, daripada RM131.63 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Westports dalam kenyataannya berkata, keuntungan sebelum cukai tinggi itu adalah hasil daripada kecekapan operasi yang bertambah baik dan kos bahan api rendah.

Hasil bagi suku tersebut meningkat kepada RM398.72 juta daripada RM363.15 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, manakala pendapatan sesaham naik kepada 3.5 sen daripada 3.2 sen.

“Tahun ini bermula dengan sangat positif kerana kami mencapai pertumbuhan jumlah kendalian kontena 17 peratus dalam suku tersebut,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ruben Emir Gnanalingam.

Kuantiti kontena Westports meningkat 17 peratus kepada 2.26 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU), disokong pertumbuhan pesat kendalian pindah kapal.

Operasi kontena berjaya mencatatkan pengendalian tertinggi dalam sejarah sebanyak 794,600 TEU pada Mac 2015, disokong oleh peningkatan kapasiti susulan siapnya pembinaan Terminal Kontena 7, katanya. – BERNAMA
 
Back
Top
Log in Register