BTC USD 82,964.4 Gold USD 4,119.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Untung la korang yang ade anak..

pajamada

Active+ Member
gem
Messages
2,978
Joined
Apr 19, 2011
Messages
2,978
Reaction score
1,318
Points
106
1- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takut Allah. Orang yang menangis kerana takut Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

2- Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 tahun.

3- Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

4- Barangsiapa keluar Ke pekan Muslimin dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

5- Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya, Allah akan memuliakannya di dalam syurga.

6- Barangsiapa direzekikan dengan anak, wajiblah baginya mengajar anak itu adab dan akhlak semoga dia mendapat kemewahan rezeki dan syafaat (pertolongan) anak-anaknya. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu dengan ilmu dan adab, pahala anak itu turut diperolehinya.

7- Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8- Suruhlah anak-anakmu sembahyang ketika umurnya tujuh tahun dan pukullah dia kerana meninggalkan sembahyang jika telah berumur 10 tahun. Pisahkan anak-anak lelaki dari anak-anak perempuan dalam tempat tidur mereka.

beserta sumber.

thnx pada yang aware
sy budak baru belajar
 
Last edited:
tq tt...nice sharing..
ALLAH Maha Adil..
 
Sumber dari mana tt, nada macam hadits, siapa periwayat hadits? untuk pengetahuan tt, seksaan untuk penyebar hadits palsu teramatlah keras..hadits palsu (berdusta atas nama Rasululah).

p/s: jika haditsnya sohih, wajarlah kita sama2 sebarkan dan amalkannya, insya-Allah.
 
Last edited:
thansks.,,,sumber mana ni yer??
 
alangkah bagus kalo ada disertakan rujukan atau riwayat..
 
[STRIKE]ok sat, cari balek mane sumber
lupe pulak nak letak kredit[/STRIKE]

ok, sumber dah disertakan

:)cgrock
 
Last edited:
Berdasarkan sumber didapati martabat hadis bercampur2..
Hrp TT berhati2 dlm menukil sesuatu yg bersandarkn kpd hadis..
 
Sumber dari mana tt, nada macam hadits, siapa periwayat hadits? untuk pengetahuan tt, seksaan untuk penyebar hadits palsu teramatlah keras..hadits palsu (berdusta atas nama Rasululah).

p/s: jika haditsnya sohih, wajarlah kita sama2 sebarkan dan amalkannya, insya-Allah.

mmg berdosa bila kita sebarkan hadis tapi nabi tidak meriwayatkan nya pun tapi bila aku baca TT tak kata pun benda ni hadis. Para sahabat nabi kalo meriwayatkan pun kita masih bole menerima. mmg betul la apa yg TT sharing tu mmg terlalu besar ganjaran jika ada anak tetapi balasan pun sama ngan ganjaran jika kita tidak mendidik anak2 sehingga menjadi bohsia, berzina dan tidak menutup aurat. Dosa anak perempuan ibubapa akan sentiasa mendapat saham nya selagidia tidak berkahwin. so sapa2 ada anak perempuan dan ada isteri tidak menutup aurat nantikan lah balasan Allah ketika mereka di minta tanggungjawab
 
tgk sumber TT bg sudah dijelaskan...ni contoh:

1. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Teks Arab:
من أفرح أنثى فكأنما بكى من خشية الله ومن بكى من خشية الله حرم الله بدنه على النار
Ulasan:
- Tidak direkod dalam kitab-kitab hadis utama. Dibawakan oleh Abdul Rahman al-Sofuri dalam Nuzhatul Majalis, tanpa penjelasan sanad.

ni lagi..

Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

Teks Arab:

من حمل طرفة من السوق إلى عياله فكأنما حمل إليهم صدقة حتى يضعها فيهم وليبدأ بالإناث قبل الذكور
Ulasan:
- Direkod oleh Al-Kharaithi dalam Makarim al-Akhlaq, dan disebut oleh Al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin.
- Dinilai PALSU oleh Ibn Jauzi dalam kitab al-Maudhu’aat 2/276, dan Suyuti dalam ‘Al-Laali al-Mashnu’ah’ (himpunan hadis-hadis palsu) 2/150, dan dinukilkan penilaian Al-Hafiz al-Iraqi bahawa: Sanadnya Amat Dhaif.
 
Back
Top
Log in Register