BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Untuk Perhatian Pas

aaaa? mido=rambo ?
adoiii awat la guna teknik murahan ni.
seb baek la aku bkan pakar it
 
ala sama je la semua.. 2 ayat je aku nak bagi kat semua parti kat malaysia ni PERGI MAMPUSS!!!
 
mat sekadar nk uji..
tp mat ni hati baekk:)paid
lenkali jgn nk umngokkan org2 umno tu..
mat takleh tgk walupun mat bkn ahli umno..
tau pun ramai yg pro pas sakit ati..

maafkan mat penunggu cg:">

:eek::eek::eek::eek: ramai org umno tak ngaku ahli umno,pelik haku:eek::eek::eek:
 
Dalam surah Al-Maidah…ayat 90, Allah berfirman…

“Wahai orang-orang yang BERIMAN! Bahawa sesungguhnya ARAK dan JUDI dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”…

Apa bezanya PAS memberikan lesen arak di Kelantan dengan UMNO memberi lesen Judi di peringkat Persekutuan kepada orang bukan Islam?….

UMNO tidak pernah menghalalkan hukum judi kepada orang2 Islam, bahkan tidak membenarkan sama sekali serta mengenakan hukuman yang berat kepada orang islam yang terlibat dengan judi

isu judi ini telah di’politikkan’ oleh PAS untuk meraih sokongan dalam perjuangan kepartian mereka demi untuk memburuk-burukkan UMNO dan BN…
Begini jijiknya permainan PAS dalam politik samalah jijiknya seperti arak dan judi itu pada pandangan islam…
ginilah mat rambo @ mido, biarlah saya menjawab isu ini secara ilmiyyah untuk tatapan generasi akan datang :)

PERTAMA : Secara DEFAULTNYA, hukum Islam hanya untuk orang Islam, bukan untuk orang kafir.

Ini bermakna, segala hukum Islam samada WAJIB, SUNAT, HARAM, HALAL, HARUS, MAKRUH, SYUBHAH adalah untuk orang Islam sahaja. Ini juga bermakna, apa yang diharamkan oleh Islam, secara ASASnya tidak diharamkan untuk orang kafir.

1) Dalam Islam, hukum SYIRIK (menduakan Allah) adalah HARAM. Namun, Islam tidak melarang kebebasan penganut agama lain yang menyembah Tuhan selain Allah.

2) Dalam Islam, hukum buka aurat ialah HARAM. namun, Islam tidak melarang jika orang kafir hendak membuka aurat mereka.

3) Dalam Islam, sembelihan binatang yang bukan atas nama Allah adalah HARAM. namun Islam tidak melarang jika orang kafir nak sembelih atau makan binatang yang disembelih bukan atas nama Allah.

Kesilapan orang Islam ialah, beranggapan bahawa konteks hukum Islam juga untuk orang kafir. Jika begitu, maka Islam ialah sebuah agama yang zalim, tidak bertoleransi kerana memaksa penganut agama lain mengikut hukum Islam.

KEDUA : Memahami konteks pengharaman JUDI dan kebenaran ARAK

Pemerintah Islam WAJIB memahami kaedah usul fiqh tentang HAK dan BUKAN HAK orang kafir.

1) kenapa Islam tidak melarang orang kafir menyembah berhala walaupun hukumhya HARAM dalam Islam?
- sebab penyembahan berhala adalah HAK dalam agama mereka.

2) kenapa Islam tidak melarang orang kafir membuka aurat walaupun hukumnya HARAM dalam Islam?
- sebab agama mereka tidak melarang mereka buka aurat.

3) kenapa Islam tidak melarang orang kafir makan sembelihan bukan atas nama Allah?
- sebab agama mereka pun tak larang. kalau tak, semua orang kafir harus makan kedai orang Islam je.

Namun begitu, terdapat beberapa persepakatan hukum Islam dengan hukum agama lain seperti :

1) MENCURI - dalam Islam mencuri hukumnya HARAM, begitu juga agama lain.

2) RASUAH - dalam Islam rasuah hukumnya HARAM. begitu juga agama lain.

3) ZINA/ROGOL - Islam jelas mengharamkan ZINA. begitu juga dengan agama lain.

oleh itu, sesebuah kerajaan Islam bersepakat dalam hal ini. lainlah kalau agama lain membenarkan rasuah, maka kerajaan Islam haruslah membenarkan rasuah di kalangan mereka - ini contoh sahaja.

Persoalan Judi dan Arak.

Sekali dikatakan, bahawa Arak adalah HAK agama lain manakala JUDI bukan HAK kerana agama lain bersepakat bahawa JUDI adalah perbuatan yang tidak bermoral.

Arak dibenarkan kepada orang kafir atas sebab ia adalah HAK seperti menyembah berhala, buka aurat dan sebagainya.

manakala JUDI pula diharamkan secara sepakat oleh agama lain kerana agama lain juga tidak suka kepada JUDI.

Sirah Rasulullah dan Sahabat sebagai rujukan

Lihatlah sejarah bagaimana Rasulullah mentadbir negara. Rakyat Rasulullah terdiri daripada pelbagai bangsa, pelbagai agama. Walaupun Rasulullah dan Islam adalah kuasa pemerintahan di Madinah, namun Rasulullah tidak pernah melarang penganut agama lain mengamalkan agama mereka.

Sayyidina Umar sendiri mengutip cukai arak semasa pemerintahan beliau, namun tidak pernah sesekali beliau membenarkan JUDI semasa pemerintahan beliau.

KETIGA : Jika begitu, maka betullah tindakan UMNO memberi lesen arak dan bina kilang arak, kan? untuk orang kafir je semua tu..

Masalah UMNO dalam kes arak, kerana UMNO tidak ikut kaedah Fiqh dalam menguruskan arak.

1) Dalam kaedah Fiqh, "kebenaran arak" bererti "mengawal kegiatan arak dengan ketat". Tapi, UMNO gagal mengawal kegiatan arak, sehingga menyebabkan orang Islam begitu mudah terjebak dalam kes minum arak.

2) UMNO pula tidak pakai cara Allah untuk mengawal orang Islam. UMNO reka sendiri undang-undang dan declare undang-undang rekaan tersebut ialah undang-undang Syariah. contohnya :

Undang-Undang Syariah Allah : minum arak disebat 40 kali.
Undang-Undang Syariah UMNO : minum arak disebat 6 kali je @ jumpa Sultan Pahang boleh ditukar kepada hukuman cuci tandas.

3) Arak tidak sepatutnya dijadikan industri/pendapatan utama negara. Oleh itu, pembinaan kilang arak di Malaysia adalah bercanggah dengan kaedah Fiqh kebenaran arak.

4) UMNO tidak mengambil tindakan terhadap orang Islam yang berniaga arak. - lihatlah anak Mahathir yang jadi tokey arak Filipina, orang-orang Melayu dalam BOD Syarikat Arak. kalau mereka ini semua tidak diambil tindakan, maka bersepahlah kita boleh tengok rakyat Malaysia yang beragama Islam jadi tukang bancuh arak, jual arak kat 7-11 dan sebagainya.

Kesimpulannya,

ARAK memang HARAM. JUDI memang HARAM. namun kedua-duanya dibezakan kerana HAK dan BUKAN HAK. itu sahaja.





p/s : UMNO memang laknatullah.
 
ala sama je la semua.. 2 ayat je aku nak bagi kat semua parti kat malaysia ni PERGI MAMPUSS!!!

:):):)ye ke tu,sok2 PRU g pangkah dacing
ayat ni dah biasa dgr
ayat org umno bila dah tak reti nak jwb
 
Beginilah lebih kurang :

A : HUKUM HARAM YANG TIDAK DISEPAKATI OLEH AGAMA LAIN

1) Syirik - sembah Tuhan selain Allah
2) Menyembah berhala
3) Buka aurat
4) Riba
5) Sembelih binatang bukan atas nama Allah
6) ARAK
7) BABl dan makanan HARAM yang lain


B : HUKUM HARAM YANG DISEPAKATI OLEH AGAMA LAIN

1) Mencuri
2) Merompak
3) Zina
4) Rogol
5) Rasuah
6) Pecah Amanah/Perjanjian
7) Khianat
8) JUDI

kesemua perkara di atas adalah HARAM di sisi Islam, tapi tak semuanya HARAM bagi orang kafir. oleh itu, pemerintah Islam kena faham kaedah Fiqh dalam melaksanakan Undang-Undang ke atas rakyatnya yang pelbagai agama.
 
Dalam surah Al-Maidah…ayat 90, Allah berfirman…

“Wahai orang-orang yang BERIMAN! Bahawa sesungguhnya ARAK dan JUDI dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”…

Apa bezanya PAS memberikan lesen arak di Kelantan dengan UMNO memberi lesen Judi di peringkat Persekutuan kepada orang bukan Islam?….

UMNO tidak pernah menghalalkan hukum judi kepada orang2 Islam, bahkan tidak membenarkan sama sekali serta mengenakan hukuman yang berat kepada orang islam yang terlibat dengan judi

isu judi ini telah di’politikkan’ oleh PAS untuk meraih sokongan dalam perjuangan kepartian mereka demi untuk memburuk-burukkan UMNO dan BN…
Begini jijiknya permainan PAS dalam politik samalah jijiknya seperti arak dan judi itu pada pandangan islam…

saya ada satu soalan cepu emas untuk mat rambo @ mido. kalau kamu takleh jawab, harap juak-juak UMNO yang lain boleh jawab :

"jika UMNO bersungguh-sungguh nak laksanakan JUDI kerana mendakwa ia adalah HAK orang kafir. kenapa UMNO taknak bersungguh-sungguh laksanakan HUDUD sedangkan ia adalah HAK orang Islam?

sila jawab :)
 
saya ada satu soalan cepu emas untuk mat rambo @ mido. kalau kamu takleh jawab, harap juak-juak UMNO yang lain boleh jawab :

"jika UMNO bersungguh-sungguh nak laksanakan JUDI kerana mendakwa ia adalah HAK orang kafir. kenapa UMNO taknak bersungguh-sungguh laksanakan HUDUD sedangkan ia adalah HAK orang Islam?

sila jawab :)

ah sudah...aku sendiri pun terdiam nak jawab soalan macam ni,
sedangkan aku bukan ahli UMNO,sama macam mat rambo..

org UMNO sendiri pun x reti nak jawab soalan ni..kompem
kene bukak balik kitab hadhari...
 
nak tanya..kelantan lulus lesen premis ke lesen arak?:)
 
Back
Top
Log in Register