Untuk menambah pengetahuan bersama....
Bukan Pas sahaja yang berjuang untuk agama - UMNO, HAMIM, Berjasa, PKPIM, ABIM,
GPMS, BBM, BBRM, GAPENA, PEKIDA.. adalah juga pejuang agama. Cuma bezanya,
pertubuhan-pertubuhan tersebut tidak memperalatkan agama untuk kepentingan
politik apatah lagi cita-cita politik peribadi.
Hudud boleh dilaksanakan di Malaysia kalau semua pihak bersetuju dan
Perlembagaan Persekutuan dipinda. Untuk meminda Perlembagaan, kita perlukan 2/3 majoriti.
Tetapi tidak ada satu pun parti politik termasuk Pas yang berupaya menguasai
2/3 kerusi di Parlimen, jadi secara perlembagaan, hudud tidak boleh
dilaksanakan di Malaysia. Kalau mahu juga, pas kena melakukan revolusi.?
Perundangan dibahagikan kepada dua;
1- perundangan yang disyariatkan oleh Allah SWT dalam al-Quran dan al-Sunnah.
2- Perundangan yang diciptakan oleh manusia.
Perundangan yang diciptakan oleh manusia,(1)tidak menyentuh hal-hal keagamaan.(2) menyentuh hal-hal keagamaan melalui ijtihad sahabat serta ahli Fikah yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Di dalam Islam hak asasi manusia dianggap perkara yang 'sacrosanct' yang mana sebarang pencabulan ke atas hak hak tersebut merupakan satu kesalahan.
Oleh yang demikian Islam telah menetapkan beberapa hukuman (penalties) dengan tujuan untuk melindungi hak-hak tersebut daripada sebarang pencabulan atau pelanggaran.
kanun jenayah Islam memperuntukkan tiga jenis hukuman iaitu;
1- HUKUM HUDUD (jamak kepada hadd)
2- QISAS DAN DIYAT
3- HUKUMAN TA'ZIR (Discreationary penalties). iaitu hukuman yang ditentukan oleh pihak berkuasa termasuk para hakim bagi kesalahan-kesalahan yang mana tiada hukuman spesifik telah ditetapkan sama ada di dalam al-Quran ataupun al-Sunna Rasulullah SAW.