BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Untuk mu wanita...

apa2jer

Fun Poster
Messages
415
Joined
Sep 15, 2009
Messages
415
Reaction score
0
Points
15
Dengan mencarum untuk ikhlas wanita takaful, anda akan mendapat manfaat-manfaat seperti berikut:

Manfaat perlindungan kewangan keluarga akibat kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh
Penggantian pendapatan hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan
Dana penyakit kritikal tambahan untuk 40 jenis penyakit kritikal
Manfaat perlindungan khas wanita kanser-kanser wanita, sle, artritis reumatoid dgn komplikasi, pembedahan rekonstruktif muka akibat kemalangan, pembedahan kulit luka terbakar, pembedahan kulit akibat kanser kulit, karsinoma-in-situ, pembedahan rekonstruktif payudara akibat kemalangan
Manfaat komplikasi kehamilan
Manfaat penyakit kongenital bayi
Manfaat perkahwinan pertama
Manfaat kelahiran anak untuk 2 kelahiran
Manfaat kematian pasangan
Manfaat berhenti kerja paksa
Pampasan kemalangan keilatan separa kekal akibat kemalangan berdasarkan
Khairat kematian dana pengurusan jenazah
Manfaat harian hospital elaun mengikut jumlah hari
Tabungan / simpanan
Pengecualian sumbangan akibat lumpuh kekal / ditimpa 39 jenis penyakit kritikal
Pelepasan cukai maksimum sehingga rm6000
Beramal jariah takaful menggunakan konsep tabarru’ (derma)
 
Last edited:
Pengenalan
Dengan sekian banyak cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita di sepanjang kehidupan, maka adalah penting mereka dapat menanganinya dengan fikiran yang tenang. Kami di Takaful IKHLAS telah mereka IKHLAS Wanita Takaful sebagai penghargaan terhadap wanita hari ini yang moden dan dinamik.

Dalam kehidupan dunia hari ini yang sukar diduga, adalah penting untuk merancang masa depan agar ia lebih terjamin. IKHLAS Wanita Takaful telah dirangka buat wanita yang berumur di antara 16-50 tahun dengan 4 pelan berbeza agar dapat disesuaikan dengan keperluan hidup yang berbeza.

Jenis Plan A
Had sepanjang hayat ialah RM50,000.00
Dengan Faedah Kehamilan*

Jenis Plan B
Had sepanjang hayat ialah RM100,000.00
Dengan Faedah Kehamilan*

Jenis Plan C
Had sepanjang hayat ialah RM50,000.00
Tanpa Faedah Kehamilan*

Jenis Plan D
Had sepanjang hayat ialah RM100,000.00
Tanpa Faedah Kehamilan*

Apakah Manfaat Yang Ditawarkan Oleh IKHLAS Wanita Takaful?
Perlindungan terhadap Penyakit Kanser Khusus dan Penyakit Wanita yang lain
Memandangkan wanita lebih banyak menanggung komplikasi yang berbeza berbanding kaum lelaki, sebuah pakej yang menyeluruh diperlukan bagi disesuaikan dengan minat serta gaya hidup mereka. Pelan ini melindungi peserta daripada Kanser Khusus buah dada, serviks uterus, uterus, ovari, tiub fallopio, vagina dan vulva. Penyakit wanita yang lain merangkumi SLE (Systemic Lupus Erythematous) dengan Lupus Nefritis, Artritis Reumatoid (dengan komplikasi), Pembedahan Pembentukan Semula Muka (atas sebab-sebab kemalangan), Pengrafan Kulit (disebabkan lecuran & kanser kulit), Karsinoma-in-situ Wanita dan Surgeri Pembentukan Semula Buah Dada (atas sebab-sebab kemalangan).

Faedah Kematian & Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD)
Jika berlaku kematian atau TPD kepada peserta yang merangkumi terma yang terdapat dalam sijil, Jumlah Perlindungan (SC) campur amaun terkumpul dalam PIA (Akaun Pelaburan Peribadi) akan dibayar kepada peserta atau keluarga terdekat. * Jika TPD terjadi sebelum peserta mencapai umur 60 tahun, 100% daripada baki had sepanjang hayat pada waktu itu, campur amaun terkumpul dalam PIA akan dibayar kepada peserta.*Semua faedah lain akan terhenti

Mengapa IKHLAS Wanita Takaful?
Pengeluaran Tunai
Pengeluaran sebahagian daripada tunai daripada PIA adalah dibenarkan selepas sijil berkuatkuasa untuk tempoh minimum lima (5) tahun. Pengeluaran yang seterusnya mestilah mempunyai jarak tempoh minimum dua (2) tahun antara pengeluaran. Hanya tiga (3) pengeluaran sahaja dibenarkan di sepanjang hayat sijil, di mana yuran urusniaga sebanyak RM15.00 akan dicaj daripada PIA untuk setiap urusniaga.

Penambahan Kadar Sumbangan
Sumbangan tambahan boleh dibuat pada hari yang pertama sijil berkuatkuasa. Amaun penambahan adalah tertakluk kepada minimum RM50 untuk setiap penambahan. Amaun penambahan ini akan diperuntukkan sepenuhnya ke Akaun Pelaburan Peribadi.

Faedah Hayat
Suatu peratusan daripada had sepanjang hayat awal akan dibayar kepada peserta, jika berlakunya perkahwinan, kelahiran anak, dibuang kerja serta kematian suami, tertakluk kepada jumlah dua (2) peristiwa sepanjang hayat setiap sijil.

Faedah Kehamilan*
Dengan Faedah Kehamilan, suatu peratusan daripada had sepanjang hayat (tertakluk kepada satu (1) tahun tempoh menunggu) akan dibayar jika peserta mengalami apa-apa komplikasi kehamilan dan/atau anak peserta mengalami apa-apa penyakit kongental bayi.
* dengan pelan A dan B sahaja.

Had Umur dan Penyertaan
Umur Penyertaan : 16 tahun -50 tahun, umur pada hari jadi berikutnya, wanita.
Had penyertaan : Pelan A & C – RM50,000.00 Had Sepanjang Hayat, Pelan B & D – RM100,000.00 Had Sepanjang Hayat.
Umur Tamat Tempoh Penyertaan : Apabila peserta mencapai umur 65 tahun, pada hari jadi berikut.
Syarat Perlindungan : 15 – 49 tahun.
 
OWH.., ingatkan tempat utk menambah wanita simpanan hehehe, ape laa tt.
 
CONTOH QUOTATION BAGI IKHLAS WANITA TAKAFUL (IWT)
CONTOH 1 : PELAN E :

PELAN ASAS KANSER WANITA RM25,000 DENGAN MANFAAT KEHAMILAN TERMASUK PERLINDUNGAN TAMBAHAN YANG DISERTAKAN.

Peserta: Wanita 30 tahun, seorang guru (kelas pekerjaan: 1)

Polisi matang: Usia peserta 65 tahun

Nama Pelan: Ikhlas Wanita Takaful DENGAN Manfaat Kehamilan (Pelan E RM25,000)

Jumlah caruman bulanan: RM138.17/sebulan (jumlah caruman kekal sehingga polisi matang)

Manfaat-manfat asas:

1. Manfaat kematian (sebarang sebab): RM25,000

2. Manfaat hilang upaya kekal & menyeluruh: RM25,000

3. Kanser khusus wanita (manfaat RM25,000 dibayar 100% pada tahap pertama kanser)

Kanser payudara
Kanser servik uteri
Kanser tiup fallopio
Kanser ovari
Kanser uterus
Kanser vagina/vulva

4. Penyakit-penyakit lain wanita

Systemic lupus erythematosus (SLE)
Komplikasi Arthritis Reumatoid
Pembedahan bina semula muka
Pembedahan kulit akibat terbakar
Pembedahan kulit akibat kanser
Karsinoma-in-situ wanita
Pembedahan rekonstruktif payudara

5. Manfaat kehamilan (Manfaat 30% daripada nilai perlindungan atau RM7,500 akan dibayar)

A. Komplikasi kehamilan

Penyebaran penggumpalan intravaskular
Kehamilan ektopik
Tahi lalat hidatidiform
Kematian neonatal

B. Komplikasi kepada bayi

Kecacatan ventricular septum
Kecacatan atrial septum
Sindrom down
Spina bifida
Tertalogy fallot
Transposisi pembuluh darah

6. Manfaat kehidupan ( Manfaat RM750 akan dibayar bagi setiap peristiwa, tertakluk maksimum dua peristiwa sepanjang tempoh takaful dan polisi telah efektif 2 tahun):

Perkahwinan pertama
Kelahiran bayi
Kematian suami
Pemberhentian kerja

Manfaat-manfaat tambahan yang disertakan:

1. Manfaat penyakit kritikal tambahan : RM25,000

2. Manfaat kemalangan : RM50,000

3. Manfaat khairat kematian : RM2,500

4. Manfaat harian elaun wad : RM125

5. Manfaat pengecualian sumbangan (jika menghidap penyakit kritikal atau TPD)


Ringkasan jumlah manfaat keseluruhan(manfaat asas + manfaat tambahan):

1. Manfaat kematian/TPD (biasa) : RM25,000

2. Manfaat kematian/TPD akibat kemalangan : RM75,000

3. Manfaat penyakit kritikal : RM25,000

4. Manfaat khairat kematian : RM2,500

5. Manfaat pengecualian sumbangan : RM44,184 (pengiraan jika berlaku dalam tahun pertama)

6. Manfaat harian elaun wad : RM125

Jumlah anggaran simpanan matang: RM65,584.86 @ anggaran pulangan 4.14%

Peserta boleh mengeluarkan sebahagian simpanan selepas 5 tahun polisi efektif, tertakluk 3 kali maksimum sepanjang tempoh polisi. Caj pengeluaran RM12.00.



-
 
CONTOH 2 : PELAN C :

PELAN ASAS KANSER WANITA RM50,000 TANPA MANFAAT KEHAMILAN TERMASUK PERLINDUNGAN TAMBAHAN YANG DISERTAKAN.

Peserta: Wanita 30 tahun, seorang guru (kelas pekerjaan: 1)

Polisi matang: Usia peserta 65 tahun

Nama Pelan: Ikhlas Wanita Takaful TANPA Manfaat Kehamilan (Pelan C RM50,000)

Jumlah caruman bulanan: RM186.04/sebulan (jumlah caruman kekal sehingga polisi matang)

Manfaat-manfat asas:

1. Manfaat kematian (sebarang sebab): RM50,000

2. Manfaat hilang upaya kekal & menyeluruh: RM50,000

3. Kanser khusus wanita (manfaat RM50,000 dibayar 100% pada tahap pertama kanser)

Kanser payudara
Kanser servik uteri
Kanser tiup fallopio
Kanser ovari
Kanser uterus
Kanser vagina/vulva

4. Penyakit-penyakit lain wanita

Systemic lupus erythematosus (SLE)
Komplikasi Arthritis Reumatoid
Pembedahan bina semula muka
Pembedahan kulit akibat terbakar
Pembedahan kulit akibat kanser
Karsinoma-in-situ wanita
Pembedahan rekonstruktif payudara

5. Manfaat kehidupan ( Manfaat RM1,500 akan dibayar bagi setiap peristiwa, tertakluk maksimum dua peristiwa sepanjang tempoh takaful dan polisi telah efektif 2 tahun):

Perkahwinan pertama
Kelahiran bayi
Kematian suami
Pemberhentian kerja

Manfaat-manfaat tambahan yang disertakan:

1. Manfaat penyakit kritikal tambahan : RM30,000

2. Manfaat kemalangan : RM50,000

3. Manfaat khairat kematian : RM2,500

4. Manfaat harian elaun wad : RM100

5. Manfaat pengecualian sumbangan (jika menghidap penyakit kritikal atau TPD)


Ringkasan jumlah manfaat keseluruhan(manfaat asas + manfaat tambahan):

1. Manfaat kematian/TPD (biasa) : RM50,000

2. Manfaat kematian/TPD akibat kemalangan : RM100,000

3. Manfaat penyakit kritikal : RM30,000

4. Manfaat khairat kematian : RM2,500

5. Manfaat pengecualian sumbangan : RM60,506.95 (pengiraan jika berlaku dalam tahun pertama)

6. Manfaat harian elaun wad : RM100

Jumlah anggaran simpanan matang: RM78,717.14 @ anggaran pulangan 4.14%
 
Di bawah ini saya ingin berkongsi idea bagaimana dengan simpanan biasa serendah RM4.16 sehari atau RM125.00 sebulan anda berupaya menjana pendapatan, melindungi diri, dan menjamin pendapatan.


IKHLAS WANITA TAKAFUL

KETERANGAN MANFAAT (A)
i. Kematian (Biasa) RM25,000 sekali gus
ii. Hilang Upaya Kekal RM25,000 sekali gus
iii. Kematian (Kemalangan) RM55,000 sekali gus
RM55,000 maksimum
iv. Khairat Kematian RM2500

v. 39 Jenis Penyakit Kritikal RM25,000
Caruman dikecualikan sehingga sijil matang

vi. Pengecualian Sumbangan Didiagnos menghidap salah satu daripada 39 penyakit kritikal

KETERANGAN MANFAAT (B)
a. Kanser Khusus - RM25,000 sekali gus

� Payu dara, Serviks Uteri, Ovari, Tiup Fallopian, Vagina dan Vulva


b. Penyakit Lain Wanita - RM25,000 sekali gus

i. SLE, Rheumatoid Arthritis
(dengan komplikasi)
ii. Pembedahan Rekonstruktif muka
(akibat kemalangan)Pembayaran balik bil perubatan

iii. Kelecuran Kulit (terbakar & kanser kulit)
Pembayaran balik bil perubatan

iv. Karsinoma-in-situ payu dara/serviks uteri RM7500 sekali gus

v. Pembedahan Rekonstruktif
payu dara (akibat kemalangan) - Pembayaran balik bil perubatan

c. Komplikasi Kehamilan
i. Disseminated intravascular coagulation
(selepas kandungan 7 bulan) - RM7500 sekali gus

ii. Ectopic pregnancy - RM7500 sekali gus

iii. Hydatidiform mole - RM7500 sekali gus

iv. Still birth (selepas 195 hari dalam kandungan) -RM7500 sekali gus

v. Neonatal death (dalam tempoh 30
hari selepas dilahirkan) - RM7500 sekali gus

d. Penyakit Kongenital bayi
i. Ventricular septal defect - RM7500 sekali gus
ii. Atrial septal defect - RM7500 sekali gus
iii. Down's syndrome - RM7500 sekali gus
iv. Spina bifida - RM7500 sekali gus
v. Tetralogy of fallot - RM7500 sekali gus
vi.Transposition of the great vessels - RM7500 sekali gus

e. Manfaat Hayat (2 peristiwa dalam hidup)
i. Perkahwinan pertama - RM750 sekali gus
ii. Kelahiran bayi - RM750 sekali gus
iii. Kematian pasangan - RM750 sekali gus
iv. Diberhentikan kerja - RM750 sekali gus

f. Pengecualian Cukai Tertakluk pada Akta Cukai
Pendapatan - RM6000 (maksimum)


KETERANGAN MANFAAT (C)

i. Simpanan Tunai - RM44,854.73 (kadar 2.48%)
(Sijil Matang) - RM62,022.04 (kadar 4.10%)


Nota:
Ilustrasi di atas adalah berdasarkan Pelan E, iaitu peserta wanita berusia 25 tahun dengan manfaat bersalin dan tempoh penyertaan selama 35 tahun. Jumlah caruman yang dibayar adalah RM125.00 sebulan @ RM1500 setahun.

i. Pembahagian Keuntungan
Peserta - 90%
Takaful Ikhlas -10%

ii. Kadar pertumbuhan sebenar Tahun 2010
Tahun PIA PRIA
2010 6.60% 9.40%

iii. Pelan yang ditawarkan - terdapat enam pelan iaitu:
a. Pelan A (Perlindungan Asas RM50,000 beserta manfaat kehamilan).
b. Pelan B (Perlindungan Asas RM100,000 beserta manfaat kehamilan).
c. Pelan C (Perlindungan Asas RM50,000 tanpa manfaat kehamilan).
d. Pelan D (Perlindungan Asas RM100,000 tanpa manfaat kehamilan).
e. Pelan E (Perlindungan Asas RM25,000 beserta manfaat kehamilan).
f. Pelan F (Perlindungan Asas RM25, 000 tanpa manfaat kehamilan).

iv. Anda juga boleh mengamanahkan Takaful Ikhlas (melalui syarikat terpilih) mengerjakan Badal Haji bagi pihak anda bila dipanggil mengadap Ilahi tanpa berkesempatan mengerjakan ibadah haji sewaktu hayat dikandung badan.
 
nampak "wanita simpanan" tu yg terklik kat sini nie :p
 
OWH.., ingatkan tempat utk menambah wanita simpanan hehehe, ape laa tt.

Aku pun PK begitu...
Seeloknya di tukarkan ke IKHLAS simpanan wanita Takaful.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register