BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

untuk mereka yang lupa..

Irizal

Fun Poster
Messages
787
Joined
Feb 6, 2010
Messages
787
Reaction score
124
Points
23
Ketika mereka
Berbondong-bondong ke Kaabah-Mu
Mengejar takbir yang pertama dengan gembira:)
Aku masih di sini
Terkial-kial cuai dan leka
Untuk menyahut seruan di mana-mana
Kau pasti memilih mereka
Tinggallah aku dalam duka:(

Ketika mereka
Berlumba-lumba membelek-belek mushaf-Mu
Mengejar khatamnya sebelum Ramadhan berlalu
Aku masih di sini
Bersahaja & selalu terlupa
Membiarkan ianya pergi begitu sahaja
Kau pasti memilih mereka
Tinggallah aku dalam duka:(

Ketika mereka
Menunggu-nunggu Lailatul qadr-Mu
dengan penuh debar dan gembira:D
Aku masih di sini
Ditipu kesibukan yang direka
Seolah lupa malam itu bakal menjelma
Kau pasti memilih mereka
Tinggallah aku dalam duka:(

Ketika mereka
Saling bersengkak mata
Iktikaf di masjid-Mu mengharap pahala
Aku masih di sini
Dibuai mimpi ngeriI-)
Lupa pada Ilahi
Kau pasti memilih mereka
Tinggallah aku dalam duka:(

Ketika mereka
Berlumba infaq rezeki pemberian-Mu:)paid
Mengosongkan kocek tanpa mengira
Aku masih di sini
Memenuhi poket berisi
Tak tahu untuk di bawa ke mana
Kau pasti memilih mereka
Tinggallah aku dalam duka:(

Ketika mereka
Senyum dan gembira di pusara:p
Selamat di taman syurga sementara:D
Aku masih di sini
Mengejar isi dunia
Entah untuk apa, siapa dan kenapa~X(
Lupa pada Tuhan yang Esa
Tertipu dengan harta dunia:(scam
Membiarkan Ramadhan berlalu sahaja
Kau pasti memilih mereka
Tinggallah aku dalam duka:(

Berilah aku kesempatan sementara
Untuk menebus dosa:-S
Terima aku dan mereka
Walau amal kami tidak sama
Atas rahmat-Mu yang tidak bermata
Kasihanilah aku yang alpa
Kau pilihlah aku dan juga mereka
Ya Rabb - Tuhan semesta.

Abu Ayyash
9 Ramadhan 1432H
Masjid E-Zeena Ul-Islam
 
Back
Top
Log in Register