BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Untuk Ibu Bapa dan Para Pendidik

chaphoo

Active+ Member
gem
Messages
4,362
Joined
Dec 13, 2007
Messages
4,362
Reaction score
1,019
Points
101
update:30/4/13


Dari notes FB seseorang


Apa anda buat bilakanak2 beremosi?...sedih…marah..gembira…dsbgnya???

Ibu bapa patut mengamalkan empati, menunjukkan kepada kanak2 bagaimana mereka boleh mempraktikkanempati..


Mengikut statistik,kanak2 yang dimana ibu bapanya selalu menunjukkan/mengamalkan EMPATI semasakanak2 tersebut dilanda perasaan yang ketara, mendapat manfaat seperti berikut;

1. Lebih stabil dari segi emosi.

2. Mempunyai tabiat persahabatan yang baik.

3. Kurang mendapat jangkitan penyakit.

4. Lebih cemerlang di dalam akademik.



Bagaimana untuk kita mempraktiskan EMPATI??...ini langkahnya:

1. Lihat keadaan orang yang dilanda perasaan, dan cubabayangkan jika kita merasakan perasaan tersebut (adakah kita akan rasa yangsama, jika kita dilanda keadaan seperti orang tersebut)

2. Nyatakan perasaannya kepada orang itu sendiri. Contoh, si kecil kematianikan kesayangannya, kita sebut ‘kenapa sayang nampak macam sedih ni?’(menyatakan perasaannya)

3. Kemudian teka sebab apa berlaku perasaan orang itu, dannyatakan. Contoh, bagi kes di atas ‘tentu sayang rasa sedih sebab ikan tu mati,kita xkan jumpa lagi ikan tu lagi’

4. Pada waktu ini, orang tersebut akan faham akan perasaanyang dirasakannya itu, jika sedih dan menangis, kita akan memeluk orangtersebut, sehingga tangisannya reda…secara automatic, tekanan perasaannya akanredha..kerana kefahamannya tentang perasaannya itu…



Akibat tidakmengamalkan EMPATI:

1. kanak2 akan merasakan dirinya mempunyai suatu masalah,kerana perasaannya itu tidak difahami, dan diperkecilkan..

2. Akan merasakan perasaannya itu sesuatu kecacatan dankekurangan, lalu mempunyai masalah emosi, dan hubungan dengan orang lain.

3. emosi tidak stabil

4. mudah mendapat jangkitan penyakit

5. lebih lembap dalam pelajaran…



sumber rujukan: brain rules for baby...



Dari notes FB seseorang


1. Banyaknya pendedahan kanak2 kepada social media dan gadjet , berkadar langsung dengan meningkatnya masalah nonverbal recognition skills (masalah yang dihadapi kanak2 autisme), iaitu kebolehan meneka perasaan orang lain.

2. Kajian menunjukkan bagi kanak2 yang berumur dibawah 4 tahun, bagi setiap sejam pendedahan kepada televisyen, meningkat 9% risiko mereka untuk menjadi pembuli..

3. Kajian menunjukkan bagi kanak2 yang berumur bawah 2 tahun, bagi setiap sejam pendedahan kepada televisyen, meningkat 10% dalam masalah menumpukan perhatian semasa mereka berumur 7 tahun..

4. pendedahan kanak2 kepada cahaya televisyen(atau lampu), sebelum tidur, dan semasa tidur, meningkatkan risiko kanak2 untuk mengidap penyakit kanser leukimia..

5. Stress melampau pada ibu yang mengandung, boleh menyebabkan anak yang dilahirkan, mempunyai masalah di dalam akademik, otak mengecil, dan kanak2 tersebut mempunyai masalah mengawal stress..dan sekiranya kanak2 itu perempuan, dan semasa dia berkahwin dan mengandung, lebih mudah baginya stress, dan penyakit ini boleh berterusan mengikut keturunan..

6. Stress melampau yang dialami kanak2 boleh menyebabkan kerosakan dibahagian otak, memutuskan hubungan diantara neuron2 (mengurangkan kebijaksanaan) dan merosakkan bahagian BDNF (Brain-derived neurotrophic factor), iaitu bahagian otak yang menuai benih neuron yang baru,,penyakit ini, dalam bahasa kita disebut sebagai ' *****, bengap., kurang pandai, bendul, lembap dsbnya'.....

7. Guru atau ibu bapa yang bijak atau pandai tidak akan mengajar anak mereka dengan pendekatan yang kasar, atau bebelan panjang , atau hukuman menyakitkan fizikal yang ketara atau hukuman yang merosakkan emosi kanak2, atau pelajar mereka, kerana STRESS MELAMPAU, membuahkan ke ***** an,,,,

8. Penyakit ini, dapat diubati dengan Zikrullah,,,,dengan ingat Allah hati jadi tenang....bila hati jadi tenang....tiada stress melampau, insyaAllah otak akan kembali pulih dan sampai kepada kebijaksanaan yang terbaik...

9. Rasulullah tidak pernah mengajar dengan kekasaran, penuh dengan senyuman, dan terutamanya terhadap kanak2.....

p.s:salah silap dan terkasar bahasa harap diampunkan....



dari status FB Puan Ain Muhammad

Bismillah.
Kesan Gadget melalui Kajian dan Fakta yang diperolehi ke atas anak-anak. |

Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak;
Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.
2. Perkembangan bahasa mereka lemah
3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.
4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.
6. ......... .......
 
Last edited:
5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.

kesan die bukan setakat budak je..yg tua pun kena jgk

ak yg asik menaip, print out je..dah lama xmenulis sekali menulis isi borang adeh buruknye handwriting
 
kesan die bukan setakat budak je..yg tua pun kena jgk

ak yg asik menaip, print out je..dah lama xmenulis sekali menulis isi borang adeh buruknye handwriting

Yang ini ada betulnya.Sejak mesin taip diperkenalkan,isu plagiat makin menular,sehingga melibatkan mereka yang berjawatan tinggi semata2 kerana mahu mendapatkan gelaran DR.

Rasanya elok dipertimbangkan semula untuk memperkenalkan sesi penulisan TESIS dengan tulisan tangan,terutama bagi mereka yang sedang dalam pengajian.Jika tidak semua,maka syaratkan 40% dari hasil TESIS perlu dipamerkan dalam bentuk tulisan tangan,bukan cetakan komputer.

Dewasa ini,terlalu mencurigakan dengan mereka yang lahir dari institusi plagiat dan penipuan TESIS,dek kerana jumlahnya terlalu ramai,maka gelaran ini sudah menjadi satu lambakan sampah dalam bidang akademik dan pengurusan.
 
aku sedang menghadapinya dgn anak2 aku skrg.harap belum terlambat:((:((
 
teknologi seiring dengan pekembangan zaman skrg takder ipad org dok perli mengata kita kolot...
 
teknologi seiring dengan pekembangan zaman skrg takder ipad org dok perli mengata kita kolot...

biarkan saja apa orang kata kat kita, yang penting apa yang anak2 kita kata kat kita, bila diarang besar nanti..:)
 
satu peringatan yang bagus ... boleh share nih ...
 
Rasanya elok dipertimbangkan semula untuk memperkenalkan sesi penulisan TESIS dengan tulisan tangan,terutama bagi mereka yang sedang dalam pengajian.Jika tidak semua,maka syaratkan 40% dari hasil TESIS perlu dipamerkan dalam bentuk tulisan tangan,bukan cetakan komputer.

Bila kita ada satu benda mudah... jangan dicadangkan benda yang susah.... teknologi diperkenalkan bagi memudahkan manusia... jgn fikir mcm apa yang cikgu-cikgu lalui... ada teknologi tapi makin menyusahkan/membebankan... betul ka teknologi tu?

Dewasa ini,terlalu mencurigakan dengan mereka yang lahir dari institusi plagiat dan penipuan TESIS,dek kerana jumlahnya terlalu ramai,maka gelaran ini sudah menjadi satu lambakan sampah dalam bidang akademik dan pengurusan.

Bila buat tesis tapi tak digunakan... sebab tu jadi lambakan.... sepatutnya tiada tesis yang tak berguna... bila tesis dijadikan hanya sekadar syarat untuk lulus... senang cakap asal buat sahaja... itu yang membuatkan lambakan...
 
Back
Top
Log in Register