BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Unta simpan lemak dalam bonggol

REMEDY KARUNG GUNI

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,484
Paid Membership
Joined
Feb 11, 2008
Messages
33,484
Reaction score
414
Points
136
Unta terbahagi kepada dua jenis iaitu Camelus Dromedarius (yang mempunyai bonggol tunggal) dan Camelus Bactrianus (bonggol berkembar).

Kedua-duanya berasal dari kawasan gurun dengan iklim kering di sekitar Asia serta Afrika Utara,

Ramai beranggapan bonggol yang terdapat pada bahagian belakang badan unta berfungsi untuk menyimpan air.

Tetapi, sebenarnya digunakan untuk menyimpan lemak bagi tujuan memberi tenaga kepada haiwan itu jika tiada makanan.

Selepas unta menggunakan lemak yang telah dikumpul, bahagian bonggol itu akan mengecil dan mengalami penyusutan.

Jika lemak tersebut digunakan sepenuhnya pula, bonggol akan menjadi kosong dan menyebabkannya ia mengendur.

Bagi mengembalikan bonggol kepada keadaan asal, unta perlu berehat dan memperoleh makanan secukupnya.

Jangka hayat purata bagi seekor unta adalah antara 30 hingga 50 tahun.

Sumber: estidotmy
 
iyo ko,,dulu ingt simpan air,,adeh,,salah fakta aq selama ni..huhu
 
unta juga pemes dgn kebolehan meludah sejauh 20 meter hehe
 
ooo.,,simpan lemak upeeenyeeeeeee...mitos btol unta simpan air..ahahhaa
 
kalau tak silap aku unta memang ada simpan air.. tapi kat mana erk.. >:) >:) >:)
 
Back
Top
Log in Register