Salam hormat rakan2 CG,
Saya harap anda semua (yang telah membuat tempahan - sudah bayar atau belum) telah menerima makluman mengenai akaun CPanel anda.
Saya juga berharap anda berpuas hati dengan spesifikasi yang diberikan termasuk maksud UNLIMITED yang saya janjikan itu.
Bagi yang mempunyai masalah untuk login, atau belum dapat akaun CPanel atau yang masih lagi gagal untuk membuat tempahan, anda boleh hubungi saya melalui emel atau PM kat mana-mana tempat (CG, FB or even email or SMS). Sila jangan segan silu untuk bertanya. Insya' Allah, yang mana ada pada pengetahuan saya, sy akan bantu. Yang saya tak tahu sy akan bgtau tak tahu. Mungkin di luar ilmu saya.
Bagi sahabat yang belum membuat bayaran, sila buat bayaran sebelum atau pada
19/11/2012 (Isnin) jam 11.59pm. Sekiranya tiada sebarang pembayaran diterima,
tempahan anda akan terbatal pada 21/11/2012 (Rabu) dan
promo akan dimasukkan semula untuk memberi peluang kepada orang lain menempah.
Bagi yang telah membuat bayaran, tetapi belum memaklumkan/menyertakan bukti pembayaran, sila hantarkan makluman anda melalui emel atau SMS untuk saya sahkan penerimaan.
Sila maklumkan saya jika mengalami kesukaran untuk membuat bayaran. Insya' Allah, sy tolong permudahkan.
Harap mendapat kerjasama daripada tuan-tuan dan paling penting, gunalah peluang ini dengan sebaik mungkin kerana kita tidak pasti peluang ini akan datang kembali.
Terima kasih semua....