BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Universal McCann menang besar

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Universal McCann menang besar


KUALA LUMPUR: Universal McCann sekali lagi dipilih sebagai pemenang Anugerah Grand Prix bagi Anugerah Media Malaysia (MMA) 2012 menerusi iklan F&N Fun Flavours bertajuk Malaysia Dances with Largest AR Dance Mob.

Selain anugerah utama itu, Universal McCann mengungguli lima daripada 14 kategori dipertandingkan manakala Pengiklan Terbaik Tahunan dimenangi Dutch Lady.


Pengerusi Penganjur MMA 2012, Andy Miller berkata, penganjuran anugerah itu bagi mewujudkan satu tanda aras, sekali gus meningkatkan penyertaan pakar media yang inovatif di negara ini.

“Anugerah ini bagi pengiktirafan pencapaian terbaik dalam industri media dan ia satu-satunya majlis penyampaian anugerah di Malaysia bagi mengiktiraf hasil usaha inovasi dan strategik pakar media,” katanya ketika menghadiri Malam Anugerah Media Malaysia 2012, di sini, malam kelmarin.


Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin.


Miller berkata, 342 penyertaan diterima tahun ini bagi merebut Anugerah Emas, Perak dan Gangsa.





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/UniversalMcCannmenangbesar/Article/artikelMA
 
Back
Top
Log in Register