BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Man United United Berminat Pemain Muda Joao Neves

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
FB_IMG_1697787858088.jpg


Joao Neves

United dikatakan serius untuk membawa masuk pemain muda Joao Neves dari Benfica dan dilaporkan akan menjadikan pemain tengah itu sasaran utama mereka tahun depan.

Memasuki musim kedua di United, Erik Ten Hag meneruskan proses membersihkan pasukannya. Dia menyingkirkan beberapa pemain dan menggantikan mereka dengan pemain baru.

Ya proses merombak pasukan Ten Hag masih belum selesai. Tapi itulah perlu juga seiring dengan keputusan dengan pemain yang dibawa masuk sejak mengendalikan United

Masalah pemain tengah United ni seakan setiap musim belum menjumpai jalan penyelesaian sebenarnya. Kini Joao Neves dikatakan menjadi keutamaan perpindahan Ten Hag selepas ini.

Erik Ten Hag dikatakan memerhatikan aksi pemain ni sejak musim lalu dah pemain tengah baru berusia 19 tahun ini hebat di bahagian tengah Benfica.

Neves dipercayai akan berkembang menjadi salah satu pemain tengah terbaik dijangka menjadi pengganti jangka panjang Casemiro.

Seperti yang diketahui, prestasi Casemiro mula menurun walaupun masih boleh pakai lagi. Untuk jangka panjang memang sangat diperlukan seorang pemain muda yang akan bergandingan bersama Kobbie Mainoo dimasa depan

Namun, ianya masih memerlukan usaha dan pastinya dana yang besar bagi membawa salah satu prospek masa depan Benfica dan Portugal

#AMU12
 
FB_IMG_1700021993534.jpg


Masalah pemain tengah United semakin mengecil dengan siri kecederaan.

Beberapa pemain tengah dalam kelab sudah berusia dan kurang bertenaga untuk bermain di EPL

United sedang memenatau pemain tengah berbakat dari Portugal yang bermain untuk kelab Benfica.

Difahamkan bahawa pencari bakat United sudah datang melihat pemain itu bermain dan meneliti perkembangan pemain tengah berbakat tersebut.

#AMU12
 
FB_IMG_1700106154382.jpg


| BMU - Informasi Semasa |

Difahamkan skuad pemantau Manchester United telah hadir menyaksikan perlawanan Liga Portugal antara Benfica menentang Sporting untuk mengikuti perkembangan semasa pemain tengah Benfica, João Neves.

Beliau yang turut menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan berkenaan, lahir pada 2004 menjadi antara nama yang disebut bakal menyertai United pada jendela perpindahan akan datang.

Neves, mendapat panggilan pertamanya untuk Portugal untuk kelayakan Euro 2024 bulan lalu dan sekali lagi membarisi skuad untuk dua aksi antarabangsa pada November 2023.

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
 
FB_IMG_1700449057439.jpg


[ G.E.M.U.K - Fernandes mahu Neves di Old Trafford ]

"Dia sudah bermain bersama saya dalam pasukan kebangsaan, di mana hanya yang terbaik diterima. Dia mempunyai banyak kualiti, banyak ruang untuk penambahbaikan dan dia seorang budak yang sangat merendah diri, bekerja keras, penuh perhatian. Dia suka belajar melebihi apa yang dia ada. sudah tahu, yang banyak. Dia membaca permainan dengan sangat baik untuk usianya."

"Terpulang kepada pengurus untuk membuat keputusan. Ia bergantung kepada pengurus dan ideanya, tetapi dia seorang pemain yang hebat dan seorang lelaki yang hebat, sangat profesional, yang akan mempunyai masa depan yang hebat di mana sahaja dia berada. di sisi saya kerana dia berbakat dan dia akan mempunyai masa depan yang cerah. Terpulang kepada dia. Apa yang paling saya mahukan adalah yang terbaik untuknya."

“Perasaan tak perlu malu untuk nok mari ke Manchester United. Jika ada perasaan malu, just face it.” ujar Bruno Fernandes kepada Joao Neves 📏📏

#GM08
 
FB_IMG_1700458114642.jpg


Bruno Fernandes: "Terpulang kepada pengurus untuk memutuskan siapa yang dia mahu bawa. Ia bergantung kepada pengurus dan ideanya, tetapi Neves jelas merupakan pemain yang luar biasa dan seorang yang hebat. Dia sangat profesional. Dia akan mempunyai masa depan yang cerah ke mana sahaja dia berakhir."

"Saya ingin mempunyai pemain seperti (Neves) sebagai rakan sepasukan kerana dia berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah. Apa yang saya mahukan adalah yang terbaik untuknya. Saya pernah bermain bersamanya dalam pasukan kebangsaan, di mana hanya terbaik diterima."

"Dia (Neves) mempunyai banyak kualiti dan ruang untuk diperbaiki. Dia sangat merendah diri dan penuh perhatian. Dia seorang pekerja keras yang suka belajar melebihi apa yang dia sudah tahu, dan itu banyak. Dia membaca permainan dengan sangat bagus."

#AMU12
 
FB_IMG_1700569412615.jpg


[ BMU - Prospek ]

Fabrizio Romano dalam satu kenyataannya di media sosial menyebut bahawa Benfica tidak berhasrat untuk membuka rundingan bagi penjualan João Neves pada jendela perpindahan Januari 2024 walaupun Manchester United telah menghantar pasukan peninjau mereka berkali-kali untuk memantau perkembangan pemain tengah berbakat itu.

Sama seperti Enzo Fernández, terdapat klausa pelepasan telah diletakkan sejak setahun lalu dalam kontrak Neves iaitu sebanyak €120 juta.

Terdahulu rakan senegara, Bruno Fernandes telah menyatakan pendapatnya mengenai tinjauan United terhadap João Neves: “Saya ingin melihat dia berada di United, dia mempunyai kualiti yang terbaik! Tetapi apa pun ia adalah keputusan João…”.

“Dia pemain yang hebat tetapi bergantung kepada idea yang digunakan oleh jurulatih! Dia akan mempunyai masa depan yang cerah sama ada di United mahupun di tempat lain." kata Bruno kepada Sport TV Portugal.

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
Back
Top
Log in Register