BTC USD 81,089.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Unit Swiss HSBC diserbu

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,872
Points
1,831
image.jpg

OLIVIER JORNOT dilihat meninggalkan bangunan HSBC selepas pejabat pendakwa raya melakukan srbuan terhadap unit Swiss HSBC di Geneva, semalam. –AGENSI

GENEVA 19 Feb. – Pejabat Pendakwa Raya Geneva hari ini menyerbu pejabat unit Swiss HSBC Holdings PLC. sebagai sebahagian daripada proses siasatan atas dakwaan menjalankan aktiviti pengubahan wang haram.

Pemberi pinjaman terbesar Eropah itu menjadi perhatian selepas butiran mengenai bagaimana bank swasta Switzerland yang didakwa membantu pelanggan untuk mengelak cukai telah dibocorkan dan disiarkan oleh media minggu lepas.

Peguam Negara Geneva, Olivier Jornot memberitahu, pejabat pendakwa di Geneva memaklumkan media mengenai serbuan itu dan mereka memeriksa dua pejabat HSBC. Siasatan turut mensasarkan individu, yang akan dikenakan denda dan sehingga lima tahun penjara jika didapati bersalah atas dakwaan pengubahan wang haram.

“Setakat ini, kami menumpukan usaha untuk mendapatkan semua maklumat yang berkaitan dengan akaun dan dana pelanggan yang ditahan akibat jenayah ber*kenaan,” kata Jornot di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan dilakukan bagi mengenal pasti segala maklumat dan dokumen untuk membo*lehkan pihaknya membuat analisis.

Hujung minggu lalu, bank terbesar Eropah itu meminta maaf kepada para pelanggan dan pelabur berikutan bank persendirian Swiss milik HSBC didakwa menjalankan amalan menyalahi undang-undang.

Badan pemantau kewangan Britain pada Isnin memberitahu akan menyiasat HSBC dan memberi tumpuan kepada aktiviti semasa syarikat perbankan berkenaan. – REUTERS


- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/unit-swiss-hsbc-diserbu-1.61443#sthash.llehHRuN.dpuf
 
ni ke bank yg ramai pendeposit dari malaysia?
 
Klo kat malaysia yg bocorkan tuh kene dakwa...hahaha
 
Back
Top
Log in Register