BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Undilah Parti Pujaan Anda: Barisan Nasional

[/COLOR][/B][/B][/B]

Salah tu bro, walaupun kita pangkah atau tanda bulat atau apa-apa tanda pun masih dikira sebagai undi sah !

Sila rujuk tatacara penandaan kertas undi, ada dinyatakan semuanya disitu

hehe..
aku pi kursus poling n counting kalau titik , koma, rait pun undi masih dikira selagi tak meragukan...


pembangkang boleh kata apa saja,
tapi nak melaksanakan hamPAS...
 
Lain-lain komponen BA aku x ralat sangat, DAP dah terang-terangan membantah penubuhan kerajaan ISLAM..tapi PAS dok pi sorong pipi buat apa lagi..??? :-?

p/s : Teringat iklan kopi power root..dia kata " Tunggu apa lagi! "

ape nak kecoh-kecoh nihh...masalah teknikal jeee.....Kalau DAP tak sokong islam tu standard laaa, orang KAFIR!! tapi kalau orang ISLAM sendiri dok caci dan ragu-ragu pasal ISLAM tu yang lebih pelik....hehehe
 
Walau apa pun sebagai orang ISLAM ingat janji kita dengan ALLAH......Hidupku, Matiku Hanya Untuk ALLAH...TIDAK AKU JADIKAN MANUSIA DAN JIN, MELAINAKN UNTUK BERIBADAT KEPADAKU..
Setiap perkara baik kita buat di dunia, tetap akan dipersoal ALLLAH di akhirat nanti....Begitulah kita memilih pemimpin.....Kalau pemimpin kita pilih membawa kebaikan dan ke jalan Syurga, kita pun akan mendapat saham dari ALLAH di akhirat nanti......Begitulah sebaliknya kalau pemimpin kita pilih adalah seorang kaki rasuah, menggalakan mungkar dasbnya, InsyaAllah kita tunggulah saham kita sama di akhirat besok...
 
jom pangkah PAS, Hadi Awang janji nak laksanakan HUDUD sebelum ayam berkokok
 
BN menang...minyak naik lagi laaaa...
gerenti...tak cayer tengok nanti !!!
 
nasib baik la kewangan aku stabil...Alhamdulillah
 
BN yakin dapat dua pertiga -- Tidak sukar peroleh sekurang-kurangnya 148 kerusi Parlimen – Radzi

Oleh JOHARI SHAWAL

ARAU 10 Feb. – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yakin BN akan memperoleh majoriti dua pertiga bagi membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-12 dan tidak menghadapi sebarang masalah untuk memenangi sekurang-kurangnya 148 kerusi Parlimen.

Menurutnya, jumlah 148 kerusi itu adalah majoriti dua pertiga daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan pada pilihan raya umum akan datang.

Radzi berkata, BN tidak sukar memperoleh jumlah kerusi minimum untuk pemerintahan majoriti dua pertiga memandangkan keupayaan dan persediaan jentera parti-parti BN berjalan lancar.

‘‘Saya yakin BN mampu meraih lebih daripada dua pertiga kerusi Parlimen sekali gus memberi mandat kepada BN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti besar.

‘‘Sasaran 148 kerusi Parlimen tidak sukar bagi BN kerana jentera parti sudah lama digerakkan secara agresif iaitu sejak menghadapi pilihan raya kecil Pengkalan Pasir di Kelantan dua tahun lalu,’’ kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu.

Radzi yang juga Setiausaha Agung UMNO dan Ahli Parlimen Kangar bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Pingpong Terbuka Perlis merebut Piala Radzi Sheikh Ahmad di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di Pauh dekat sini malam tadi.

Menurut Radzi, sejak kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, semua jentera parti komponen termasuk UMNO, MCA, MIC dan Gerakan sudah mula bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-12 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Dalam pilihan raya umum 2004, di peringkat Parlimen, BN memenangi 198 daripada 219 kerusi Dewan Rakyat dengan memperoleh undi popular kira-kira 64 peratus.

Radzi berkata, pada pilihan raya umum kali ini, sejumlah 222 kerusi Parlimen dipertandingkan berbanding 219 kerusi pada pilihan raya 2004.

Tiga kerusi Parlimen baru itu terletak di Sarawak yang merupakan kubu kuat BN.

‘‘Saya percaya BN sudah bersedia untuk menangkis apa sahaja isu dan dakyah yang dibangkitkan oleh pembangkang, apatah lagi rakyat telah mula sedar dan faham akan isu-isu yang sengaja ditimbulkan pembangkang setiap lima tahun sekali,’’ katanya.

Menurut Radzi, peningkatan jumlah kerusi Parlimen kepada 222 pada pilihan raya umum ke-12 adalah berikutan pertambahan Parlimen di Sarawak selepas proses persempadanan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Radzi berkata, jika pilihan raya umum ke-12 diadakan sebelum akhir Mac, SPR dijangka menggunakan senarai daftar pemilih yang berakhir pada 31 Disember 2007, walaupun daftar pemilih di 17 bahagian pilihan raya masih belum diwartakan disebabkan terdapat proses bantahan.

Katanya, sebanyak 10 bahagian pilihan raya yang membantah daftar itu adalah di Kelantan, manakala selebihnya di beberapa negeri termasuk Pahang dan Perlis.

Baru-baru ini, Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin membantah daftar pemilih SPR kerana kira-kira 800 pengundi di kawasan Beseri didapati telah dipindahkan ke kawasan Titi Tinggi tanpa disedari.

Zahidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Beseri berkata, beliau adalah antara nama pemilih yang telah dipindahkan oleh SPR ke kawasan Titi Tinggi meskipun jarak rumahnya di Taman Melati Indah, Beseri dengan Titi Tinggi begitu jauh.
 
PRU kali ini kemungkinan BN menang lagi tetapi majoriti kurang..
 
Back
Top
Log in Register