23. Nabi Yahya ‘Alaihis Salam
Umur : Tidak ada kitab yang menjelaskan masa
hidupnya.
Lahir : pada tahun yang sama dengan tahun
kelahiran Nabi ’Isa al-Masih ‘Alaihis Salam.
Wafat : ketika beliau sedang di Mihrab,
disembelih oleh sesorang yang disuruh oleh
seorang wanita jahat dari pihak raja yang
zhalim.
Makam : kepalanya dimakamkan di Masjid al-
Jami’ al-Amawi (Damasykus-Syria)
Dikisahkan bahawa Hirodus
Penguasa Palestin pada waktu itu
mencintai anak saudaranya
sendiri bernama Hirodia, seorang
gadis yang cantik, ayu, bertubuh
lampai dan ramping dan
berhasrat ingin mengahwininya.
Sang gadis berserta ibunya dan
seluruh anggota keluarga
menyetujui rencana perkahwinan
itu, namun Nabi Yahya
menentangnya dan mengeluarkan
fatwa bahawa perkahwinan itu
tidak boleh dilaksanakan kerana
bertentangan dengan syariat Musa
yang mengharamkan seorang
mengahwini anak saudaranya
sendiri.
Berita rencana perkahwinan
Hirodus dan Hirodia serta fatwa
Nabi Yahya yang melarangnya
tersiar di seluruh pelusuk kota
dan menjadi pembicaraan orang
di segala tempat di mana orang
berkumpul. Herodia si gadis
cantik calon isteri itu merasa
sedih bercampur marah terhadap
Nabi Yahya yang telah
mengeluarkan fatwa
mengharamkan perkahwinannya
dengan bapa saudaranya sendiri,
yang telah membawa reaksi dan
pendapat di kalangan masyarakat
yang luas. Dia khuatir bahawa
bapa saudaranya, calon suaminya,
Herodus, dapat terpengaruh oleh
fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa
membatalkan perkahwinan yang
sudah dinanti-nanti dan diidam-
idamkan, bahkan sudah
menyiapkan segala sesuatu
berupa pakaian mahupun
peralatan yang perlu untuk pesta
perkahwinan yang telah
disepakati itu.
Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan
reaksi masyarakat itu, Herodia
tidak tinggal diam. Ia berusaha
dengan bersenjatakan kecantikan
dan parasnya yang ayu itu
mempengaruhi bapa saudaranya
calon suaminya agar rencana
perkahwinan dilaksanakan.
Dengan merias diri dan
berpakaian yang merangsang, ia
pergi mengunjungi bapa
saudaranya Herodus yang sedang
dilanda mabuk asmara. Bertanya
Herodus kepada anak saudaranya
calon isterinya yang nampak lebih
cantik daripada biasa : "Hai
manisku, apakah yang dapat aku
berbuat untukmu?. Katakanlah.
Aku akan patuhi segala
permintaanmu. Kedatanganmu
kemari pada saat ini tentu
didorong oleh sesuatu hajat yang
mendesak yang ingin engkau
sampaikan kepadaku.
Sampaikanlah kepadaku tanpa
ragu-ragu, hai sayangku, aku
sedia melayani segala keperluan
dan keinginanmu."
Herodia menjawab: "Jika Tuanku
berkenan, maka aku hanya
mempunyai satu permintaan yang
mendorongku datang
mengunjungi Tuanku pada saat
ini. Permintaanku yang tunggal
itu ialah kepala Yahya bin Zakaria
orang yang telah mengacau
rencana kita dan mencemarkan
nama baik Tuanku dan namaku
sekeluarga di segala tempat dan
penjuru. Supaya dia dipenggal
kepalanya. Alangkah puasnya
hatiku dan besarnya terima
kasihku, bila Tuanku
memperkenankan permintaanku
ini". Herodus yang sudah tergila-
gila dan tertawan hatinya oleh
kecantikan dan keelokan Herodia
tidak berkutik menghadapi
permintaan calon isterinya itu
dan tidak dapat berbuat selain
tunduk kepada kehendaknya
dengan mengabaikan suara hati
nuraninya dan panggilan akal
sihatnya. Demikianlah maka tiada
berapa lama dibawalah kepala
Yahya bin Zakaria berlumuran
darah dan diletakkannya di depan
kesayangannya Herodia yang
tersenyum tanda gembira dan
puas hati bahawa hasratnya
membalas dendam terhadap
Yahya telah terpenuhi dan
rintangan utama yang akan
menghalangi rencana
perkahwinannya