n3scAf3 AIs
Active Member
- Messages
- 1,473
- Joined
- Sep 30, 2009
- Messages
- 1,473
- Reaction score
- 28
- Points
- 30
KUALA LUMPUR:Wakil Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad memulakan sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden, semalam dengan membuat perbandingan antara slogan Umno dan slogan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, Umno selaku parti komponen utama Barisan Nasional (BN) melaungkan ‘transformasi’ kerana pengertiannya yang lebih meluas yang menuntut perubahan dalam segenap segi tetapi tetap berpaksi kepada pendirian asal.
Sambil menyamakannya dengan robot ‘megazord’ yang boleh bertukar rupa bentuk apabila diserang, Md Alwi berkata, Umno saling tak tumpah seperti makhluk pengaman dalam siri televisyen popular Power Rangers itu.
“Transformasi mudah saja….apa yang tak fahamnya? Transform macam ‘megazord’ yang bila diserang bertukar jadi kapal terbang bagi ‘pom pom pom’ (bunyi peluru)…memuntahkan peluru.
“Transformasi kita macam itulah…buat apa yang sesuai, mengikut keadaan dan berubah tetapi akhirnya apabila selesai semua, kembali kepada asal.
“Berbanding reformasi dilaungkan PKR….tukar semuanya….nampak mudah, namun dia tak boleh kembali kepada asal. Jadi, apakah cara reformasi ini?,” katanya pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. - harian metro
Last edited:
