BTC USD 63,766.0 Gold USD 4,461.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UMNO: Ulang tahun

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 11 Mei — Sambutan ulang tahun UMNO tahun ini membawa pengertian lebih mendalam daripada biasa kerana ia menegaskan bahawa parti itu masih relevan untuk seluruh rakyat Malaysia, kata Timbalan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata parti itu akan terus membela untung nasib dan masa depan orang Melayu di samping memperjuangkan kesejahteraan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.

“Jangan kita lupa bahawa segala-gala yang kita kecapi hari ini adalah hasil daripada jasa UMNO.

“Kita percaya bahawa UMNO akan dapat meneruskan kecemerlangan perjuangannya sebagai satu wadah yang amat penting kepada masa depan orang Melayu, kaum-kaum lain serta negara pada keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-62 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Ditanya mengenai mesyuarat Jawatankuasa Menangani Inflasi esok, Najib berkata langkah akan diambil oleh kerajaan untuk melindungi kesan inflasi tetapi ia tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan.

“Walau bagaimanapun, kita mempunyai hasrat dan niat untuk segala-galanya yang termampu, untuk memberi perlindungan kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata persepsi dan imej UMNO bergantung bukan sahaja kepada sayap-sayap parti tetapi pertubuhan itu secara keseluruhannya.

Beliau mengulas amanat Abdullah yang mengingatkan pemimpin-pemimpin muda parti mengenai kepentingan menyesuaikan perjuangan parti mengikut kehendak dan cita rasa anak-anak muda yang akhirnya akan menentukan sama ada UMNO masih relevan pada mereka.

“Bagi saya selaku Ketua Pemuda, ia memang sesuatu yang berada di atas bahu dan kepala saya, tetapi pada masa yang sama memerlukan penelitian daripada segi struktur UMNO itu sendiri.

“Ia tidak boleh diletakkan di atas bahu dan kepala sayap sahaja,” katanya.

Beliau berkata bagi memastikan Umno kekal relavan bagi generasi muda, perjuangan Pemuda tidak perlu berubah tetapi mestilah berupaya memenuhi apa yang generasi itu anggap “kehendak” mereka.

“Saya fikir perjuangan asas tidak perlu diubah tetapi pendekatan pergerakan hendaklah berupaya memenuhi kehendak golongan Melayu pertengahan yang berpendidikan di bandar dan pada masa sama dapat disesuaikan dengan keperluan Melayu orthodoks dan anggota di Sabah,” katanya.

Ketua Penerangan Umn Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menegaskan bahawa UMNO bukan parti chauvinis yang hanya memperjuangkan kepentingan orang Melayu sebaliknya bersikap adil kepada semua kaum.

“UMNO memberi tempat kepada semua, ia bukannya satu parti chauvinis yang hanya memperjuangkan nasib satu kaum, jadi mesti dilihat sebagai satu parti yang relevan pada semua masa dan semua kaum,” katanya.

Katanya UMNO berjaya menukarkan lanskap pembangunan negara di samping menyumbang kepada kemajuan bandar dan luar bandar serta pendidikan di samping bekerjasama dengan semua kaum menerusi parti-parti komponen Barisan Nasional.

Anggota Majlis Tertinggi Senator Datuk Dr Norraesah Mohamad berkata ucapan Perdana Menteri hari ini mengingatkan anggota UMNO supaya mengimbau kembali perjuangan UMNO yang menjayakan segala pembangunan untuk negara ini.

“Walaupun ia merupakan parti Melayu tetapi tidak penah lupa parti komponen lain dalam Barisan Nasional,” katanya.

Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon berkata ucapan Abdullah mengingatkan anggota UMNO dan BN bahawa perjuangan menghadapi krisis kenaikan harga minyak dan kekurangan bekalan makanan dunia adalah perjuangan bersama parti komponen BN.

“BN akan terus berjuang bersama dan menangani segala krisis dan cabaran yang dihadapi rakyat,” katanya.

Koh berkata Perdana Menteri mengingatkan semua pihak dan parti komponen BN supaya berkerja keras untuk memulihkan keyakinan rakyat terutama generasi muda dan memperjuangkan nasib semua kaum di negara ini.

— BERNAMA

PUAK NIE TAK RETI MALU KER...UMNO TERUS HIDUP SEBAB SABAH SARAWAK ORG SEMENANJUNG DAH MUAK DAH...
 
sudah2 la umno wei..aku dah nyampah ni..jangan bagi rakyat makin nyampah sudah la:p
 
sudah2 la umno wei..aku dah nyampah ni..jangan bagi rakyat makin nyampah sudah la:p

2,000 hadiri sambutan ulang tahun ke-62 UMNO
11/05/2008 12:41pm


KUALA LUMPUR 11 Mei - Kira-kira 2,000 ahli UMNO menghadiri sambutan ulang tahun ke-62 parti serta mendengar amanat Presiden dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

- Utusan

2000 saja yang hadir...agak2nya 1950 orang dari SABAH SARAWAK... yg lain orang yg tak tau apa-apa tiba-tiba ketua bahagian ajak pi PWTC ronda-ronda...tapi kantoi pi tengok pak lah merucap pasai UMNO

:eek: :eek: :eek:
 
Back
Top
Log in Register