BTC USD 60,659.4 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umno diminta ikut resmi arnab

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
Ahli dan pemimpin Umno diminta jangan bersikap seperti serigala yang hanya mementingkan diri sendiri.

Sebaliknya, mereka perlu bersikap seperti arnab yang mencari yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dan membuat perubahan dalam diri sendiri.

Gesaan itu dibuat oleh wakil Pulau Pinang, Datuk Shahabudin Yahaya ketika berucap membahaskan ucapan dasar presiden Umno di PWTC hari ini.

Dalam ucapannya, beliau menceritakan kisah seorang guru yang menjawab soalan anak muridnya sewaktu mengajar pendidikan jasmani.

ADUN Pangkalan Berangan itu berkata, anak murid tersebut ternampak serigala mengejar seekor arnab di sebuah hutan berdekatan padang sekolah.

"Anak murid itu bertanya, kenapa serigala besar itu tidak dapat tangkap arnab itu?

"Selepas puas berfikir, guru itu menjawab: serigala itu mengejar kerana makanan dan arnab ini lari untuk hidup," katanya.

'Selamatkan diri'​

Shahabudin berkata, ada sebab tertentu arnab menyelamatkan diri kerana "kalau dia mati, apa akan jadi kepada isterinya dan anal-anaknya".

Sehubungan itu, beliau menggesa ahli Umno supaya melakukan tindakan segera untuk melakukan perubahan.

"Kita perlu berubah. Ia adalah hidup dan mati untuk bangsa kita," katanya.

"Serigala pula mengejar arnab untuk mencari makan, dan dia tidak kisah sekiranya tidak menangkap arnab kerana masih ada pilihan lain untuknya makan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menempelak ahli Umno yang bersikap "(kalau) Umno kalah, aku boleh makan juga. Umno kalah, aku boleh masuk parti lain.

"Semangat apakah yang ada dalam diri kita ini?" katanya.

Shahabudin juga menggesa perwakilan agar menumpukan usaha untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Fokus menang p'raya​

Katanya, pindaan perlembagaan Umno sahaja tidak cukup sekira tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk memenanginya.

"Mengeluh sudah, bersedih pun sudah, apa yang perlu dilakukan adalah tindakan kita, untuk terus berubah.

"Umno tidak akan perkasa sekiranya pindaan perlembagaaan sahaja. Perubahan itu perlu bermula dengan diri ahli Umno sendiri.

"Ahli Umno perlu fokus untuk menang dalam pilihanraya, rapatkan saf kita dan kukuhkah parti kita untuk menang dalam pilihnarya umum nanti.

"Tapi kita masih lagi hilang fokus. Habis wang ringgit untuk merebut jawatan dalam bahagian, berbincang panjang untuk berjawatan dalam Umno tapi usaha untuk pilihan raya ke-13 tidak nampak hebat dan kuat," katanya.

Selain itu Shahabudin juga menasihati perwakilan supaya jangan leka dengan kemenangan BN di Bagan Pinang.

"Kita perlu menyedari ada ancaman yang lebih besar dan membuat persiapan dengan lebih rapi.

Satu peringatan​

"Kita perlu rapatkan saf-saf, tingkatkan kerjasama dan kenal musuh, kawan dan lawan. Sesama Umno adalah kawan kita. Lawan kita di luar sana, kita perlu bersiap siaga.

"Pilihan raya satu peringatan kepada kita. Buanglah sifat bermuka-muka dan bersikap ikhlas dengan perjuangan parti tanpa meminta-minta," katanya.

Tambahnya, nilai kesukarelawananan dalam diri Umno perlu ditanam dalam jiwa ahli tanpa memikirkan apa-apa balasan.

"Selagi sikap kita fikir Umno parti cari makan, maka kita masih berada di takuk lama. Kita perlu membina diri dengan tawaduk, buang ego," katanya.

Sehubungan itu, Shahabudin yang juga yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) juga mencadangkan agar Umno membuat kursus motivasi dan kursus bina insan yang berterusan untuk memperkuatkan semangat ahli.

Beliau juga mencadangkan Umno menubuhkan yayasan untuk membantu ahli dan anak-anak ahli Umno untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka.

Yayasan itu juga, katanya, mampu membantu ketua-ketua cawangan dan ketua bahagian di seluruh negara, tambahnya.

http://www.malaysiakini.com/news/115195
 
umno perlu jdk ARNAB .... tlg le jgn jdk cam arnab. Rosak biz aku nanti
umno dah lama & selesa sgt jdk serigala takkan nak jdk arnab pulak .....
..
 
umno perlu jdk ARNAB .... tlg le jgn jdk cam arnab. Rosak biz aku nanti
umno dah lama & selesa sgt jdk serigala takkan nak jdk arnab pulak .....
..

ni cara dia nak baham arnab...:)):))
 
kenapa nak pilih arnab??? pandai ke arnab?? kucing lagi pandai...
alim alim kucing....
 
da serupa fairy tales yang budak pompuan dengan serigala la pulak..apa nama tah...:))
 
Back
Top
Log in Register