BTC USD 84,787.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ummat Islam dipersimpangan Iman!

  • Thread starter Thread starter GT
  • Start date Start date

GT

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,561
Paid Membership
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,561
Reaction score
250
Points
131
UMMAT ISLAM DIPERSIMPANGAN - IMAN ATAU KUFUR!

Banyaknya golongan dan banyaknya fahaman!
Keserupaan dan kekeliruan!
Jika semua mereka dalam haq, mengapa perselisihan dasar dan pegangan?
Dimana cahaya kebenaran Ilahi????

Kebanyakan Ummat Islam berada dipersimpangan ini............kekeliruan , kekacauan serta pertelingkahan - ketika dunia menuju kehancurannya!

Keadaan ini membawa kita kepada cabaran Iblis La'natullah dihadapan Rabbul Jalil :

Al-Hijr [15:39] iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,


Allah Ta'ala membalas kata2 ini dengan suatu kepastian:

Al-Isra [17:65] Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka)

Sudah ternyata berdasarkan sejarah kegemilangan Ummat Islam, bahwa Ashlus-Sunnah Wal Jamaah adalah satu-satunya golongan benar yang mendapat pemeliharaan Allah Ta'ala.

Ahlus-Sunnah telah menghadapi puak Khwarij dan membenamkannya!.
Ahlus-Sunnah menghadapi fahaman sesat Jabariah lalu memenanginya!
Ahlus-Sunnah menghadapi Mu'tazilah dan berjaya mematahkannya!
Ahlus-Sunnah menghadapi Qadiyani, Nabi palsu, Mahdi palsu dan berjaya membersihkannya!
Alhamdulillah semuanya dengan pertolongan Allah Ta'ala>

Sehingga pada saat ini, kelompok2 tersebut boleh dikatakan telah berkubur! Kalau pun ada hanyalah sebagai debu yang tiada banyak pengaruh!

Diabad ini, selain dari puak wahabiyyah yang terang2 menyimpang dari pegangan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah, ada satu golongan lagi yang menyamar sebagai Ahlu-Sunnah Wal Jamaah - Iaitu mereka mengaku berpegang kepada prinsip 'Aqidah Ash'ariyyah, mengikuti Imam Fiqh yang masyur dan Tasawwuf yang Haq, tetapi mempertikaikan kemuliaan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam, Ahlul Bayyit yang suci, sahabat Nabi, serta sekalian Aulia' Allah yang mulia.

Tujuan utama gerakan jahat ini ialah untuk menghilangkan cinta kasih kepada Rasulullah, Ahlul Baiyyit Nabi, Sahabat Nabi serta sekalian Aulia' Allah yang mewarisi perjuangan Nabi!

1. Menimbulkan keraguan tentang sifat kemuliaan dan sifat kesempurnaan Rasul sebagai manusia pilihan Allah.
2. Berhujjah bahawa Rasul, Sahabat Nabi serta Aulia' adalah manusia biasa saja, tidak berkuasa. Hanya Allah yang berkuasa! Maka tidak perlu hormat serta memuliakan mereka.
3. Menimbulkan keraguan bahawa Nabi, Aulia' Allah, Sahabat serta Aulia Allah tiada keberkatan.
4. Membid'ahkan amalan hadiahkan fatihah, doa kebaikan kepada Nabi.
5. Membid'ahkan amalan2 Tahli, bacaan Yasin.
6. Mengharamkan tawassul kepada Nabi, Sahabat serta Aulia' Allah.


Dan semua ini dilakukan oleh orang2 yang mengaku 'Ahlus-Sunnah Wal Jamaah' !!!

Berdasarkan maklumat yang kirim oleh beberapa orang sahabat, gerakan jahat Ini dipelopori oleh Orientalis Barat khususnya Missionary Kristian untuk memecahbelahkan Ummat Islam, khususnya 'aqidah mereka. Kerana Yahudi dan Kristian yang ditunggang oleh Iblis La'natullah, telah begitu gerun dengan kekuatan 'Ahlus-Sunnah Wal Jamaah' sehingga mereka terpaksa menyusup kedalam untuk menyalakan api perpecahan dari dalam jantung Ummat ini!

Target utama perjuangan batil ini adalah golongan cerdik pandai agama di universiti2 atau pusat2 pengajian agama. ! Kesan daripada gerakan ini sudah mula kelihatan di negara2 yang majoritinya penduduk Islam seperti di Pakistan, India, Morocco, Indonesia dan Malaysia!

Adakah Iblis La'natullah dan kuncu2nya akan berjaya?

Jika tuan2 semua teliti semua hujjah diatas, sebahagian besarnya adalah didasari da'yah wahabiyyah. Jadi dimana perbezaannya 'golongan penyamar' ini dengan wahabiyyah?
 
Moga Allah Ta'ala memberikan taufiq dan hidayah kepada kita serta menetapkan hati kita didalam golongan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah yang dijamin oleh Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam sebagai satu-satunya golongan yang selamat!

Daripada Ibnu Umar Radhiallahu 'Anh ; telah bersabda Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam :

"Dan bahwasanya kaum Bani Israel telah berpecah-belah kepada tujuh puluh dua cabang, dan Ummatku akan terpecah-belah kepada tujuh puluh tiga cabang, semua mereka berada di dalam neraka, kecuali satu cabang saja!

Para sahabat bertanya:

"Siapa dia cabang yang terselamat itu, wahai Rasulullah? "

Jawab Baginda:

"Cabang yang aku berdiri di atasnya bersama para Sahabatku!"–



Adakah kita berada diatas cabang ini?
Adakah saudara mara kita berada didalam cabang kebenaran ini?
Apa tanda2nya?

Kerana disana ramai yang mengaku mereka Ahlus-Sunnah Wal Jamaah!
Sedangkan pengakuan tanpa bukti berdasarkan keterangan yang sahih adalah batil dan tertolak!!

Apakah tanda2 Ahlus-Sunnah Wal Jamaah ini?

Dalam hadis tersebut Nabi kita telah memberikan kunci......

pertama: Cabang yang aku berdiri
kedua : bersama sahabatku


Siapakah yang disebut oleh Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam sebagai "Sahabatku"?
 
Daripada 'Irbad bin Sariyah katanya, bahawa pada suatu hari selepas sembahyang pagi (iaitu lepas subuh) Nabi Salla Allahu 'Alaihi WaSallam menyampaikan pengajaran yang cukup maksudnya, maka dari itu keluarlah air mata orang ramai, dan hati mereka pun menjadi takut, maka (dalam hal itu) berkatalah seorang lelaki "Sesungguhnya nasihat itu adalah seperti nasihat mengucap selamat tinggal, apakah yang tuan hamba ingin mewasiatkan kepada kami wahai Rasulullah?" Lalu Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam bersabda: "Aku berwasiat kepada kamu sekelian supaya bertaqwa kepada Allah, supaya mendengar dan taat, walaupun ia seorang hamba abdi bangsa Habsyi (yang diangkat menjadi ketua kamu sekelian); maka sesungguhnya sesiapa dari kalangan kamu yang hidup (bila sampai masanya) ia akan melihat berlaku perselisihan yang banyak, dan bendaklah kamu berjaga-jaga daripada (mengadakan) perkara-perkara baru (dalam urusan agama), maka sesungguhnya itu adalah kesesatan; maka sesiapa di kalangan kamu yang mendapat perkara demikian itu hendaklah ia mengikuti Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' ar-Rasyidin yang mendapat hidayat daripada Allah, dan hendaklah kamu berpegang kepada Sunnah itu dengan gigi geraham kamu". (Riwayat Tirmizi - Hadith hasan sahih)


Bibit-bibit kesesatan telah mula kelihatan dizaman Sayyidina Abu Bakr Radhiallahu 'Anhu, dengan timbulnya Musailamah AlKadzab, nabi palsu serta Umat Islam yang murtad akibat mengengkari kewajipan zakat!

Penyimpangan dari Sunnah Nabi makin ketara di zaman Sayyidina Uthman Radhiallahu 'Anh dengan munculnya golongan2 sesat Fahaman Qadar dan Jabariyyah.

Perpecahan dan kekufuran makin ketara dizaman Sayyidina 'Ali Karramallahu Wajhah dengan penyimpangan golongan Khwarij dan Syi'ah yang melampau.

Dizaman Tabiin dan Tabi-It-Tabiin timbul lagi Fahaman sesat lain, Mu'tazilah, Hululiyya dan lainnya. Setengahnya dari golongan2 dizaman tersebut berpegang kepada syaria'at zahir dan menolak ilmu Tariqat dan Tasawwuf, sebahagian lagi tenggelam dalam ilmu kebatinan yang sesat disangka Ilmu kerohanian dan meninggalkan syari'at zahir.

Jika ditanya, kesemua mereka akan mendabik dada menda'wa mereka dijalan benar! Padahal semuanya didalam kesesatan. (sila rujuk Sirrul Asrar)

Apa puncanya?

Apakah mereka menafikan Allah Ta'ala? Apakah mereka menafikan Rasulullah Salla Allahu 'Alaihi WaSallam?
Tidak!
Bahkan semua mereka mengaku menyembah Allah yang Esa dan mengikut Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam.

Sila perhatikan baik2 petunjuk Rasulullah Salla 'Alaihi Sallam :

Sunnahku dan Sunnah Sahabatku

Disinilah kekeliruan dan perpecahan!!!

Jika begitu siapa "Sahabat" ini dan siapa pula yang disebut oleh Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam sebagai

"mereka yang Mengikut Sunnah sahabatku"


Renunglah dan tafakkurlah.....mudah-mudahan ditunjukki Allah.
 
Ya Rabb : "Anta Waliyyi Fiddunya wal akhirah, Tawaffani Muslimanw- Wa Alhiqni BisSalihin"



Marilah mengambil ingatan : Hanya satu cabang yang selamat. 72 didalam neraka. Wal 'Iyazubillah.

Kuncinya :
1. Millah yang aku (Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam) berdiri diatasnya
2. Millah Sahabatku (sahabat Nabi)
3. Mereka yang mengikuti Sunnah ku dan Sunnah sahabatku.


Inilah kebijaksanaan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam, iaitu menyambungkan perkataan "Millah sahabatku" serta mereka yang mengikuti sahabat Nabi ini kerana Sahabat Nabi adalah manusia terbaik selepas Nabi yang mendapat pujian serta keredhaan Allah Ta'ala.

Siapakah yang 'mengikuti' sahabat Nabi ini?

Generasi pertama yang menerima Ilmu daripada "mulut Sahabat" sendiri serta mengikuti sahabat Nabi ialah Tabiin yang mendapat Rahmat Allah Ta'ala.

Generasi berikutnya mengambil Ilmu daripada "mulut Tabiin" sendiri dan begitulah berkembang Ilmu Islam yang murni ini melalui saluran sambung menyambung tanpa dicemari unsur2 falsafah kufur atau ilmu kebatinan yang sesat. Kerana pengambilan 'Ilmu' ini adalah terus daripada sumber perpindahan Ilmu ini iaitu daripada 'mulut sahabat' yang benar dan dipercayai. (Bukan sekadar merujuk kitab)

Dari Sirrul Arar, Ghawthul A'zham Shaikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh menyebut.

Allah memerintahkan Nabi-Nya supaya:
“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”. (Surah Yusuf, ayat 108).

Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, guru kerohanian yang sebenar yang akan datang selepas Nabi Muhamamd Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah.

Manusia yang demikian digambarkan sebagai

‘pelindung dan pembimbing sebenar’. (Surah al-Kahfi, ayat 17).


Jika demikian kebenarannya kita perlu melihat apa pegangan mereka dan apa amalan mereka yang mulia ini....

Semua 'pengikut sahabat2' ini yang mewarisi Ilmu Nabi berpegang kepada Salah satu Mazhab Fiqh - Shafi'ie, Maliki, Hambali atau Hanafi. Adakah pegangan kita demikian?

Kesemua mereka berpegang kepada Tariqat dan Tasawwuf sebagai nadi kesucian serta tunjang kekuatan Islam? Adakah pegangan kita demikian?


Dan persolannya.....

Adakah rujukan kita kepada permasalahan hidup individu, keluarga, masyarakat serta negara merujuk kepada mereka2 ini?

Jika kita tidak dapat menemui mereka, adakah kita mencari panduan didalam kitab2 karangan mereka2 yang mulia ini?

Apakah kita merujuk kepada Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh yang pakar dalam semua mazhab yang empat serta 'Alim dalam Tauhid serta Tasawwuf? Atau Imam Al-Ghazali lautan Ilmu, Imam As-Shafie, Imam Nawawi, Imam Ibnu Kathir, Imam Turmuzi, dan banyak lagi Ulama Billah, Ulama' Mu'tabar yang mendapat Rahmat Allah Ta'ala.

??????
 
Perkara-perkara yang membatalkan Iman dan Islam

1. Terlibat pada perkara syirik atau mengadakan sekutu dalam beribadah kepada Allah.

2. Menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai wasilah (perantara) dalam doa, syafa'at dan tawakkal.

3. Mengakafirkan sesama muslim.

4. Meyakini bahawa petunjuk selain petunjuk Nabi Muhammad s.a.w. adalah lebih sempurna dan lebih baik.

5. Membenci hal-hal yang berasal daripada ajaran Rasulullah s.a.w. walaupun mengamalkannya.

6. Mengolok-olok sebagian ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w. seperti pahala atau balasan yang akan diterima.

7. Melakukan sihir, karena pelakunya dihukumi kafir.

8. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.

9. Beranggapan bahawa manusia dengan mudah boleh terkeluar dari syariat atau ajaran Nabi Muhammad s.a.w.

10. Berpaling dari agama Allah SWT baik kerana tidak mahu mempelajarinya atau kerana tidak mahu mengamalkannya.

11. Mengganggap suatu hukum atau undang-undang selainnya lebih baik daripada syari'at Rasulullah s.a.w. dan lebih mengutamakan hukum thaghot daripada hukum Rasulullah s.a.w. Apabila ada seseorang meyakini bahwa undang-undang yang dibuat manusia lebih utama dan lebih baik daripada syari'at Islam, maka ia telah kafir.

12. Apabila seseorang Muslim itu menganggap bahawa syariat Islam sudah tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman, atau bahkan beranggapan bahawa agama Islam hanya menyangkut hubungan ritual antara hamba dengan Rabbnya dan tidak ada kaitannya sama sekali dengan masalah duniawi. Demikian pula apabila seseorang memandang bahawa pelaksanaan syari'at Islam, misalnya masalah rajam dan qishash, sudah tidak sesuai lagi dengan peradaban modern (atau Hak Asasi Manusia).

13. Begitu pula mereka yang beranggapan bahawa seseorang dibolehkan untuk tidak berhukum dengan hukum atau syari'at Allah SWT dalam hal kemasyarakatan dan hukum-hukum lainnya, maka ia telah kafir, meskipun belum sampai pada keyakinan bahawa hukum yang dianutnya lebih utama dari hukum Islam.

14. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah.

15. Ingkar nikmat Allah sama ada yang terang atau yang sembunyi, yang mudah difikirkan atau yang memerlukan kajian.

16. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah kerana Allah tidak menyukainya.

17. Menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia bukan mengikut ketentuan Allah.

18. Menumpukan segala ketaatan kepada selain Allah dengan cara yang tidak disukai-Nya.

19. Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam sesuatu perkara.

20. Benci atau menentang sesuatu perkara yang berhubung dengan Islam atau menbenci agama Islam seluruhnya.

21. Mencintai kehidupan dunia mengatasi kecintaan akhirat dan menjadikan dunia ini sebagai matlamat utama yang unggul dalam hidupnya.

22. Menghina sesuatu daripada kitab Allah atau sunnah Rasulullah s.a.w. atau orang-orang alim yang menegakkannya atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum Allah atau syiar-syiar Islam.

23. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan sebaliknya.

24. Tidak beriman dengan semua sumber-sumber (punca) hukum daripada kitab Allah dan As-Sunnah.

25. Melantik orang-orang kafir dan munafik menjadi pemimpin serta tidak mencintai orang-orang yang berakidah Islam dan mukmin.

26. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah s.a.w.

27. Rasa takut, lemah hati di dalam menegakkan Tauhidullah dan rasa lapang, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik.

28. Menyatakan bahawa al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat yang dan isi yang terkandung di dalam ayat itu.

29. Tidak mengetahui tentang marifat Allah dan pengenalan yang jelas serta ingkar dengan sifat-sifat ketuhanan-Nya dan ingkar nama-nama-Nya.

30. Tidak mengetahui atau mengenali Rasul dengan betul atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya atau menghina sifat-sifat kepujian atau mengitiqad bahawa baginda adalah contoh utama bagi manusia.

31. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah serta tidak mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

32. Membuat sesuatu pekerjaan (ibadah) bukan kerana Allah, sujud dan tawaf berkiblatkan kepada selain Baitullah dengan niat mendekati Allah.

33. Banyak jenis syirik yang menggugurkan syahadatain yang dinamakan syirik kecil seperti mengerjakan solat kerana hendak mendapatkan pujian, bersedekah kerana sungutan orang atau supaya orang datang kepadanya seolah-olah dia berjihad iaitu supaya orang mengenang jasa dan namanya.

34. Menyokong orang kafir serta memberikan bantuan dan pertolongan kepada orang musyrik untuk memerangi Muslimin.

Inilah yang paling dikesalkan. Perkara yang dilakukan oleh pemerintah Arab Saudi menjemput Amerika untuk memerangi Iraq. Masya Allah.... Moga Allah memberikan hidayahNya kepada pemerintah Kota Suci Makkah.

35. orang islam mengundi orang kafir atau orang fasik untuk dipillih dijadikan pemimpin apa status orang yang berbuat demikian cuba fikir-fikirkan...
 
Diantara kepincangan serta kebinasaan sebahagian Umat Islam zaman ini yang terpengaruh dengan fahaman serta da'yah wahabiyyah dan mu'tazilah ialah menafikan kemuliaan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam, Ahlul-Bayyit Baginda, Sahabat Nabi serta sekalian Aulia Allah.

Mereka berhujjah bahawa Nabi, Ahlul Bayyit, Sahabat Nabi dan Aulia' Allah itu manusia biasa tiada kemuliaan kerana Kemuliaan itu hanya bagi Allah. Sungguh besar kejahatan lisan mereka serta kekufuran mereka. Cuba perhatikan Firman Allah ini :

Al-Munafiqoon [63:8] Mereka berkata lagi: Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam). Padahal kemuliaan dan kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Jika Allah Ta'ala, Tuhan yang menciptakan sekalian manusia menyatakan kemuliaan Nabi serta orang Mu'min siapakah orang2 ini yang mempertikaikan kemuliaan bagi mereka itu. Padahal mereka mengucap kalimah serta mengaku Ahlus-Sunnah Wal Jamaah. Tidak syak lagi golongan yang mempertikaikan kemuliaan Nabi serta orang2 Mu'min ini termasuk Iblis yang enggan mengakui kemuliaan Nabi Adam Alaihis-Salam.

Jika anda bertanya mereka2 yang bertopeng Islam ini, mereka akan mengaku bahawa mereka sangat kasih kepada Nabi. Itu adalah pendustaan yang tersembunyi kerana menafikan kemuliaan Nabi, Ahlul Bayyit, Sahabat Nabi serta Aulia adalah termasuk menyakiti Nabi. Pendusta2 ini akan menerima akibat pengakuan palsu mereka.

Firman Allah Ta'ala :

At-Taubah [9:61] .... dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Ibnu Asakir meriwayatkan dari Imam Ali Karramallahu Wajhah bahwasanya Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam bersabda :

“Barang siapa yang menyakiti seujung rambut dariku maka ia telah menyakitiku dan barang siapa yang menyakitiku bererti ia telah menyakiti Allah Ta'ala”.



Awaslah terhadap tipudaya Iblis yang berupa manusia Muslim yang menyesatkan!



Sumber : BicaraMuslim
 
Menjaga keimanan kita kepada Allah SWT merupakan pekara yang paling penting untuk kita...
 
Back
Top
Log in Register