BTC USD 84,018.1 Gold USD 4,279.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umat Islam di Malaysia keliru?

AMICO66

Super Active Member
Messages
9,664
Joined
May 5, 2008
Messages
9,664
Reaction score
273
Points
91
Siaran terlewat Dari RUANGAN FORUM UTUSAN MALAYSIA HARI INI..

SEJAK kebelakangan ini saya mendapati ramai pihak dengan pelbagai cara telah membuatkan umat Islam di negara kita menjadi semakin keliru.

Penceramah agama, ahli politik, individu bukan Islam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan ajaran sesat dan kelemahan pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan segera telah membuatkan umat Islam semakin keliru.

Setiap Jumaat khatib membaca khutbah dengan mesej jelas daripada al-Quran dan hadis. Adakah mesej ini diterima dan diguna pakai oleh umat Islam yang menunaikan solat Jumaat? Nampaknya tidak.

Saya berpendapat khutbah terlalu panjang membuatkan ramai jemaah tertidur atau lalai. Ada yang mendengar hanya separuh khutbah atau langsung tidak mendengar. Yang mendengar pula hanya sekadar mendengar sahaja dan selepas solat lupa habis apa jua mesej yang disampaikan oleh khatib.

Saya minta pihak yang bertanggungjawab untuk mengkaji semula kandungan khutbah supaya mesej yang hendak disampaikan itu dapat sampai kepada sasaran.

Mesej yang hendak disampaikan itu mestilah ringkas dan yang dapat diamalkan. Apa guna cerita panjang-panjang melalui khutbah ataupun tazkirah tetapi umat Islam tidak dapat mengamalkannya.

Kebebasan umat Islam khususnya golongan remaja seperti memakai pakaian tidak senonoh, yang tidak menutup aurat, berpasangan di gedung beli-belah, di tepi jalan dan sebagainya juga menjadi penghalang. Tidak ada tindakan terhadap perbuatan ini.

Banyak lagi contoh yang terdapat di negara kita yang menjadi penghalang bagi kita melaksanakan apa yang dikehendaki oleh agama kita. Umat Islam di negara kita sudah bersimpang jauh daripada ajaran agama Islam yang sebenarnya.

Orang yang memberi ceramah di masjid dan surau bukan kesemuanya mempunyai ilmu pengetahuan yang mencukupi untuk memberi ceramah.

Ramai penceramah yang suka merapu dan membuatkan pendengar gelak ketawa, memaki hamun pihak tertentu, menggunakan diri mereka sebagai contoh untuk menerangkan sesuatu, gemar meneruskan ceramah sehingga melambatkan azan apabila sudah masuk waktu, ada yang meneruskan ceramah sehingga 20-30 minit selepas azan dan melambatkan solat fardu dan banyak lagi.

Ada orang yang datang ke masjid atau surau untuk sembahyang berjemaah tetapi terpaksa menunaikan sembahyang seorang diri kerana penceramah belum habis berceramah.

Siapa yang bersalah apabila tidak sampai hajat untuk solat berjemaah walaupun sudah berada dalam masjid atau surau. Jawatankuasa masjid atau surau pula tidak bertindak untuk memberhentikan ceramah supaya jemaah dapat menunaikan solat.

Memberi ceramah sudah menjadi satu profesion untuk mendapat habuan. Ramai penceramah diberi habuan iaitu wang selepas memberi ceramah. Oleh yang demikian sudah ada ramai penceramah di negara kita tetapi kebanyakan mereka tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk memberi ceramah. Jika hendak beri ceramah mestilah ikhlas dan melakukannya untuk Allah dan bukan untuk wang. Dalam hal ini mereka perlu mengikut cara Rasulullah dan sahabat baginda.

Di Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta mereka yang bukan beragama Islam pun kerap memberi pandangan mengenai hal berkaitan agama Islam.

Apa kepakaran pertubuhan dan individu ini dalam bidang Islam yang mereka gemar mencampuri urusan agama Islam?

Memainkan muzik dengan begitu kuat berdekatan masjid dan surau semasa azan dilaungkan dan jemaah menunaikan solat adalah perkara biasa.

Di kolej swasta, universiti swasta dan juga awam, didapati ramai pelajar beragama Islam memakai pakaian tidak senonoh. Ramai juga yang pergi ke kelas berpasangan, lepak bersama pasangan di restoran atau kafeteria dan ada yang pergi ke tempat hiburan dan juga ada yang menjual diri dan sebagainya.

Semua ini telah membuat umat Islam di negara kita keliru. Semakin hari semakin keliru dan tersimpang jauh daripada ajaran agama Islam yang sebenarnya.

Ini berlaku kerana yang tidak tahu menahu pasal agama Islam pun bercakap mengenainya, yang tahu pula nak jaga periuk nasi dan tidak mahu buka mulut, pihak bertanggungjawab pula tidak berani bertindak tegas kerana tekanan daripada ahli politik daripada kedua-dua belah pihak, tekanan daripada pertubuhan bukan kerajaan dan kelemahan dari segi dasar dan penguatkuasaan undang- undang telah membuat umat Islam keliru.

Kerajaan harus melakukan sesuatu untuk memastikan tidak ada pihak baik dari kalangan umat Islam mahupun yang bukan Islam memutarbelitkan fakta berkenaan dengan agama Islam ataupun mencampuri urusan berkaitan dengan agama Islam supaya umat Islam tidak keliru.

Ulama pula mesti berani menegur kerajaan dan masyarakat apabila mendapati berlaku perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam. Allah SWT telah memusnahkan umat terdahulu yang mengamalkan perkara yang dilarang oleh agama Islam seperti zina.

Pada masa ini ramai remaja kita terlibat dengan zina dan minuman arak. Ini amat berbahaya bagi negara kita. Kerajaan perlu bertindak dengan segera untuk menyelamatkan umat Islam khususnya remaja supaya kembali ke jalan yang ditentukan oleh agama kita.

Kuala Lumpur">


Aku cuma copy n paste kat sini, so bacalah dengan hati yang lapang!!!
 
kalau boleh dengar la sikit ceramah2 tu...
ubat penerang hati, rasa x salah..
 
dikelirukan oleh bulan hijau...merapu..

bukan.
tapi ramai orang Islam tak faham Perkara 11 Perlembagaan Malaysia yang dicipta oleh UMNO yang :

1) membenarkan orang Islam MURTAD asalkan ikut prosedur.
2) kali ini, orang bukan Islam dibenar pakai nama Allah.

so, inilah punca kenapa orang Islam keliru sebab melihat masalah bukan pada punca masalah..
 

Kerajaan harus melakukan sesuatu untuk memastikan tidak ada pihak baik dari kalangan umat Islam mahupun yang bukan Islam memutarbelitkan fakta berkenaan dengan agama Islam ataupun mencampuri urusan berkaitan dengan agama Islam supaya umat Islam tidak keliru.



Aku rasa penulis ni yang keliru..apa lagi nak harap pada kerajaan?

Kerajaan dah lama keliru dok bagi lesen arak..lesen judi..lesen kelab malam..bukan tuh kaa punca umat islam lemah?

Isu murtad? apa kerajaan buat?

Apa yang penulis keliru ni harap kerajaan keliru nak banteras kekeliruan umat islam?

Hari2 pemimpin kerajaan yang keliru dok putar belit fakta supaya makin keliru..
 
dikelirukan oleh bulan hijau...merapu..

yer ker???? Org yang berhati gelap yang akan berkata begitu :D .. Mungkin apa yang berlaku sekarang ini akibat perbuatan bulan hijau????? Sedangkan yang punya kuasa adalah Kepala Lembu maka nak salahkan bulan hijau... memang ternyata BRO pun tergolong dalam umat Isam Mesia yang keliru
 
bukan.
tapi ramai orang Islam tak faham Perkara 11 Perlembagaan Malaysia yang dicipta oleh UMNO yang :

1) membenarkan orang Islam MURTAD asalkan ikut prosedur.
2) kali ini, orang bukan Islam dibenar pakai nama Allah.

so, inilah punca kenapa orang Islam keliru sebab melihat masalah bukan pada punca masalah..

sesuatu yg membimbangkan umat melayu islam kat msia nie....
takut2 nanti dimasa depan anak2 muda keliru dgn agama....
nanti samakan agama kristian n islam sebab boleh guna nama Allah....
nanti pemikiran anak2 muda masa depan akan menyatakan xkisah menganut agama islam or kristian sebab tuhan sama iaitu Allah....

saja pendapat kalo silap tolong betulkan....
 
Back
Top
Log in Register