BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umar Patek pakar buat bom - FBI

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
lu_05.1.jpg


Suspek pengebom Indonesia Umar Patek bersalaman dengan barisan peguam belanya sambil dikawal polis komando bersenjata pada perbicaraan di Mahkamah Daerah Jakarta Barat, semalam. - AFP


JAKARTA 19 April - Seorang penyiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang memberi keterangan pada perbicaraan Umar Patek hari ini berkata, tertuduh telah dikenal pasti sebagai pakar letupan oleh beberapa anggota militan lain dan pernah merancang untuk membunuh askar Amerika Syarikat (AS).

Frank Pellegrino (gambar), penyiasat khas badan itu tiba di Bali, sejurus selepas kejadian yang menggegarkan pulau percutian tersebut pada Oktober 2002.

Menurutnya, dia telah menyoal siasat sekitar 20 anggota militan, kebanyakannya dari rangkaian Jemaah Islamiyah (JI) yang didakwa mempunyai kaitan dengan al-Qaeda, yang mana percaya Umar menjadi perancang utama dalam serangan tersebut.

"Ramai yang tidak kenal dengan Umar dan selepas insiden itu, dia digelar sebagai pemimpin dan pembuat bom terkenal yang tahu bagaimana mencampur bahan-bahan kimia serta pernah mengajar membuat bom," katanya ketika perbicaraan tersebut berlangsung di Mahkamah Daerah Jakarta Barat.

Pellegrino merupakan seorang daripada penyiasat FBI yang bertanggungjawab mengesan perancang serangan 11 September di New York, Khalid Sheikh Mohammed yang ditangkap oleh pihak berkuasa Pakistan pada 1 Mac 2003. - AFP
 
Back
Top
Log in Register