BTC USD 62,496.3 Gold USD 4,319.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ulasan album "The Lumineers"

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
20121210-the-lumineers-02-x600-1355172030.jpg



Biasanya jika anda suka dengan sesebuah lagu yang sentiasa diputar di corong-corong dari artis itu, namun lagu selebihnya dalam album artis tersebut pastinya berpotensi mengecewakan anda kerana lagu tersebut berbeza dari keseluruhan album.

Tetapi jika anda suka akan lagu 'Ho Hey' dari The Lumineers dan mahukan muzik yang sama, album terbaru mereka pasti akan memuaskan hati anda.

Peminat lagu bergenre 'folk-Americana' seperti "Mumford and Sons" dan "The Avett Brothers" pastinya mahukan album "The Lumineers" dalam koleksi mereka. The Lumineers dianggap sebagai versi kumpulan yang lebih lembut dan tenang dari kumpulan "Mumford and Sons", tetapi mereka masih mampu memikat hati pendengar mereka dengan muzik mereka. Lagu-lagu dalam album seperti 'Classy Girls' dan 'Slow Down' ditulis dengan baik dan benar-benar indah untuk didengar.

Satu-satunya perkara yang mereka perlu perbaiki adalah lirik lagu mereka yang dilihat terlalu biasa, tetapi ia tidak terlalu penting kerana muzik yang ditampilkan amat menarik dan sedap didengar.

Oleh itu, kesimpulan yang boleh adalah keseluruhan album The Lumineers ini adalah terbaik dan anda boleh dengar berulang kali tanpa berasa bosan.

Trek terbaik di album adalah 'Classy Girls', 'Ho Hey', 'Submarine' dan 'Flapper Girl'.
 
Back
Top
Log in Register