BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ular tedung tumpang lori

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
JOHOR BAHRU: Angkara seekor ular tedung selar, seorang pembantu stor terkandas kira-kira tiga jam selepas lori yang dipandunya ditumpangi reptilia berbisa sepanjang empat meter dengan seberat 10 kilogram itu, di Taman Laguna, Perling, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, Raja Mohd Fairul Raja Md Yussoff, 25, dalam perjalanan kembali ke stor tempat bekerja di kawasan berdekatan sebelum terserempak dengan haiwan itu melintas jalan.

Katanya, sangkanya objek melintangi jalan itu dahan pokok yang patah, tetapi apabila semakin dekat dan diamati dengan lebih teliti, perasaan curiganya timbul.

“Akibat didorongi rasa ingin tahu yang kuat, saya memberhentikan lori dan turun melihat objek yang sebenarnya saya lihat itu, tetapi malangnya apa yang saya nampak itu tidak lagi berada di atas jalan.

“Disebabkan pelik, saya cuba meninjau ke dalam longkang di tepi jalan dan ketika itu baru saya sedar bahawa objek yang saya lihat itu sebenarnya ular tedung yang besar,” katanya.

Raja Mohd Fairul mendakwa dia tidak pernah melihat ular tedung selar sebesar itu dari jarak dekat, apatah lagi keadaan reptilia itu tegak berdiri dan bersedia menyerangnya.

Katanya, selepas menjarakkan dirinya, ular tergolong antara spesies paling berbahaya di dunia itu bergerak ke arah bawah lori sebelum bersembunyi di bahagian tangki minyak.

“Bimbang berlaku perkara buruk, saya tidak menyambung perjalanan ke tempat kerja sebaliknya menghubungi majikan dan memaklumkan penemuan ular berkenaan dan pihak bomba untuk membantu menangkapnya,” katanya.

Raja Mohd Fairul berkata, sebaik bomba sampai, orang ramai yang berkumpul dimaklumkan bahawa ular berkenaan jenis berbisa dan jika tersalah langkah, ia boleh membawa maut.

“Atas sebab itu, bomba terpaksa menghubungi pihak Zoo Johor bagi mendapatkan individu mempunyai kemahiran khusus dalam menangkap ular berbisa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Gembala Zoo Johor, Mohd Sham Mahdon, berkata ular yang ditangkap daripada spesies tedung selar atau dikenali sebagai King Cobra.

“Ular ini sukar ditemui dan mampu mengancam nyawa sesiapa saja dengan satu gigitan. Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman, spesies ini tidak mengganggu tanpa sebarang sebab,” katanya.

Mohd Sham berkata, dia dan tujuh anggota lain terpaksa bertarung nyawa selama 15 minit menjinakkan ular berkenaan sebelum ditangkap dan dimasukkan ke dalam guni sebelum diletakkan di Zoo Johor untuk pameran umum.
 
besarnye 4 meter n 10 kilogram...
 
terus jadi daya tarikan zoo...
 
ular tu xde transport aa nak gi jb..dia numpang aa brader tuh
 
Back
Top
Log in Register