BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ular tedung jatuh dari siling kedai

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
pix_middle


BERTUNGKUS-LUMUS...Eddie menangkap ular tedung selar di celah dinding kedai, kelmarin.

MELAKA: Seorang pemilik kedai gambar di Tanjung Kling, di sini, terperanjat besar apabila seekor ular tedung selar sepanjang hampir dua meter terjatuh dari siling sebuah bilik di kedainya, kelmarin.

Peniaga terbabit, Lu Chee Yang, 46, berkata ketika kejadian dia menuju tandas apabila suatu objek jatuh dari siling pada jam 2 petang di bilik khas mencuci gambar.


Dia terkejut apabila mendapati ia ular lalu berlari ke hadapan kedai.

“Saya rasa ular berkenaan datang dari kawasan semak tebal di belakang rumah kerana pernah terserempak haiwan berbisa itu.


“Saya berharap pemilik tanah berkenaan membersihkan semak-samun di situ bagi mengelak sarang ular.


“Saya bernasib baik kerana ular berkenaan jatuh ke lantai, bukan atas saya atau jatuh pada waktu lain dan saya tidak menyedari kehadirannya dalam kedai,” katanya.

Ular berkenaan ditangkap bekas anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Eddie Rizal Amiruddin, 32, yang berpengalaman lebih tujuh tahun dalam tugas itu sepanjang berkhidmat dengan JPAM.


sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ulartedungjatuhdarisilingkedai/Article/index_html
 
Last edited:
ada kemahiran leh la tangkap... klu aku takat jolok2 kayu jer la :))
 
Kalo aku, mati dah ular ni kene ketuk ngan kayu....
 
lau jatuh atas kpale,mau xckup tanah lari,haha
 
pergh.. leh tangkap..
klau ku call bomba da..
 
ular tedung selar tok sami ka, kaler kuning ni...
 
pakai buluh kuning..mmglah lemah ular tu..
 
kalau nak tangkap ular,gunea buluh confirm ular tu takut...petua arwah nenek
 
Back
Top
Log in Register