BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ular sawa dalam telaga buruk

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


TUMPAT - Seekor ular sawa sepanjang empat meter dan seberat 40 kilogram yang bersembunyi di dalam telaga buruk, berjaya ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Tumpat.

Ketua Operasinya, Lans Koperal Mohd Razman Mohd Nor berkata, anggota JPAM ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada orang awam jam 11 pagi, pada Rabu lalu.

Menurutnya, kehadiran ular tersebut disedari penduduk kampung, Mohd Khairul Azwan Razali, 23, ketika membersihkan kawasan di belakang kedai perabot di Pasir Pekan.

Katanya, saiz ular yang besar dan agresif menyebabkan anggotanya berdepan kesulitan menangkapnya apabila terpaksa ‘bertarung’ selama setengah jam.

“Sukar kerana terpaksa menarik keluar ular yang berlingkar dalam telaga buruk sedalam satu meter.

“Kekuatan tenaga tiga anggota JPAM tidak dapat menandingi kekuatan ular tersebut yang agresif,,” katanya.

Mohd Razman berkata, dengan bantuan seorang penduduk, akhirnya ular itu berjaya ditarik keluar dari telaga tersebut.

Menurutnya, operasi berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan dan ular sawa itu akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

“Orang ramai yang ingin meminta bantuan JPAM boleh hubungi talian 09-7254215,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/ular-sawa-dalam-telaga-buruk-1.424949
 
Bahaya juga kalau agresif. Nasib baik semua selamat.

Terima kasih JPAM.
 
besar ni ....agaknya dah berapa banyak kes org kampung hilang ayam.
 
Jgn dilepas blk ke hutan sblh umah tu cukuplah...
 
mcm ni dptla rm130 cmtu. kedekut btol cina tu
 
Back
Top
Log in Register