BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ular Sawa 6.2 Meter Di Tangkap

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA PILAH, 2 Nov (Bernama) -- Seekor ular sawa sepanjang 6.2 meter ditangkap dalam reban ayam di perkampungan Orang Asli Kampung Charik, Johol dekat sini, semalam oleh lima anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kuala Pilah.

Pembantu Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah Mohd Alif Abdul Ghani berkata ular sawa itu dipercayai datang dari kawasan hutan berdekatan untuk mencari makanan.

"Ular sawa itu kerap mengganggu haiwan ternakan penduduk kampung tersebut sejak beberapa bulan lalu," katanya di pejabat JPAM Kuala Pilah di sini pada Isnin.

Anggota jabatan itu dengan bantuan penduduk kampung mengambil masa 20 minit untuk menangkap ular itu yang cuba melawan.

Ular ini kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

-- BERNAMA
 
ular ni da lama mengganas..
 
huii..pnjg btl..
jgn nasib dia jd hiasan utk beg2 n kasut2..udah ler :D
 
Mana gambar da???
 
fuh...sekali dia belit..naya
 
Back
Top
Log in Register