BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ular dalam bonet enjin

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


GUA MUSANG - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjaya menangkap seekor ular tedung selar yang bersembunyi dalam bonet enjin kereta milik seorang penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, dekat sini, petang kelmarin.

Pegawai JPAM Daerah, Mohd Yussalmi Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai perkara itu daripada seorang pemilik kereta, Mohd Sufian Ismail, 43, kira-kira jam 4.45 petang.

Beliau berkata, tiga anggota diarah untuk ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap ular itu 15 minit kemudian dan ular tedung selar itu dipercayai masuk dalam enjin kereta Proton Wira lebih awal lagi.

Katanya, pemilik kereta itu menyedari ular masuk dalam enjin keretanya selepas ternampak ular berkenaan berada di atas jalan raya di depan rumahnya pada mulanya.

“Apabila ular itu masuk dalam kereta melalui lubang bawah enjin, dia bersama penduduk kampung cuba menangkapnya tetapi tidak berjaya sebelum menghubungi kami. Kereta Proton Wira yang dimasuki ular itu di parkir di depan rumah dan dipercayai telah beberapa hari tidak bergerak,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/ular-dalam-bonet-enjin-1.477990
 
Pjg umur ulaq tuh...kalau distart ejin keta..mau kiok..#:-S
 
ular memang suka duduk dalam enjin kereta kan?

bayak dah kes mcm nie
 
huish..ular tu sparwpart baru ke? ahaha..konpem masak kalau start enjin
 
kena cek hari2 ni bonet depan

mana tau ada. bole masuk berita :))
 
Sekarang hari-hari cerita pasal ular tedung selar.....mcm konspirasi terancang untuk menutup berita RM 2.03 billion dipulangkan dan isu dividen Tabung Haji.
 
Ular dan enjin kereta, berpisah tiada. :D
 
semenjak dua menjak ni byk btl berita psl ular tedung selar..
 
paling tak best kalau tikus buat port .. habis digigitnya
 
Back
Top
Log in Register