BTC USD 84,627.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ukhti

potensipips

Active Member
Messages
1,515
Joined
Mar 6, 2011
Messages
1,515
Reaction score
201
Points
33
Jadilah wanita yang kuat,

Kurang mengadu,

Tinggi tawakkalnya,

Kalau nak mengadu,

Aduannya banyak kepada Allah,

Benar katanya tak pandai berbohong,

Tindakan bukan bertujuan tarikan kepada lelaki,

Tapi itulah sikapnya,

Hasil didikan ibu bapa,

Tapi tak selalu bergantung harap pada mereka,

Semakin kurang wanita begini,

Tapi sekarang masih ada,

Bagai permata di celahan kaca,

Menjadi rebutan setiap insan,

Menjadi bahan perbualan sepanjang jalan,

Menjadi tauladan ikut-ikutan,

Menjadi kebanggaan keluarga dan taulan,

Menjadi rebutan Syurga idaman..

Itulah wanita solehah di akhir zaman

Moga-moga mendapat keredhaan..

Mudah-mudahan untuk Islam kerana Allah s.w.t..
 

Attachments

  • 127.5 KB Views: 98
aminn..
moga2 dapat berkahwin wanita solehah
bukan perhiasan saja
 
Kecantikan bidadari dan keagungan puasa

KECANTIKAN BIDADARI DAN KEAGUNGAN PUASA

Allah jadikan Muka Bidadari 4 warna:

1-Putih 2-Hijau 3-Kuning 4-Merah

Semuanya boleh berubah mengikut citarasa Penghuni Syurga.

Allah jadikan Badan Bidadari daripada KASTURI DAN AMBAR

Rambut daripada SUTERA.

Dari Bahagian Lutut sehingga ke Susu daripada KASTURI

dari bahagian Susu sehingga ke Leher daripada AMBAR

daripada leher hingga ke kepala daripada KAPUR.

Itulah asal kejadian Bidadari yang lebih cantik kejadianya manusia yang bentuk daripada Tanah. Pasti perubahan kejadian sekarang lebih cantik daripada manusia yang kita lihat begitu cantik sedangkan asalnya daripada tanah yang tidak bernilai.

Jika Bidadari meludah ke dunia air ludahnya menjadi Kasturi.Jika diludah kelaut air laut akan mejadi tawar. Allah telah menulis pada dada Bidadari nama-nama bakal yang memilikinya bersama nama Allah sebagaimana NAMA ORANG YANG TELAH MELAKUKAN MAKSIAT WALAUPUN SEDIKIT TELAH TERTULIS DI PINTU NERAKA. sebab itulah Rasulullah yang Ma'sum tidak ingin melakukan maksiat agar nama tidak tertulis di salah satu pintu NERAKA.

Sebelah tangan Bidadari berhias 10 gelang Emas Syurga. setiap jari -jemari disarung cincin permata.Bidadari memakai gelang permata lu'lu' pada kakinya.Bidadari dalam Syurga dipanggil Al-Aina' العيناء .

Rasulullah meminta umatnya beribadat sepertinya kerana Rasulullah juga menyintai Bidadari.

Ibnu Masud Meriwayatkan:

Setelah Allah jadikan Syurga, Allah arahkan Malaikat Jibril melihat kejadian Syurga, lalu Malaikat Jibril mengelilingi Syurga, Apabila Bidadari tersenyum pada Malaikat Jibril, Syuga Adnin menjadi terang-benderang lalu Malaikat Jibril sujud pada Bidadari yang disangkakan Nur Allah, lalu Bidadari berkata : Wahai Aminullah angkatlah kepalamu.Maha Suci Allah yang telah menjadikan aku. Aku dicipta adalah untuk mereka yang sentiasa memilih keredhaan Allah apabila diberi pilihan dalam sesuatu perkara.Aku bukanlah untuk mereka yang sentiasa memilih NAFSU semasa diuji.

Rasulullah melihat Para Malaikat sedang membina Istana daripada Emas dan Perak didalam Syurga tiba-tiba Para Malaikat berhenti membina Istana tersebut kerana hamba Allah yang sedang berzikir telah berhenti berzikir.

Allah akan mengahwinkan orang yang benar-benar berpuasa, yang berpuasa zahir dan batin di dalam Khemah Permata Putih di dalam Syurga " حور مقصورات فى الخيام "

Disediakan juga untuk Bidadari dan Isteri Solehah:

1-70 Helai pakaian

2-70 Katil dari permata Yaqut Merah berserta 70 permaidani dan 70 orang khadam wanita. .

3-Setiap wanita akan dibantu seribu Khadam yang memegang Talam Emas yang sedia berkhidmat untuk orang-orang yang soleh.
 
Demi cinta zainab

Di kiri kekufuran di kanannya iman
Di sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi putri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliyyah

SUAMI DAN AYAH VS KUFUR DAN ISLAM

Apa yg dpt saya ceritakan di sini adalah, semasa mula2 Rasulullah menerima wahyu dari Allah buat pertama kalinya membawa agama Islam di bumi Mekah, Zainab sudahpun mendirikan rumahtangga dengan Abul Asy iaitu sepupu beliau, anak kepada kakak Khadijah (ibu Zainab) yang bernama Halah ibnu Khuwailid. Abul Asy pada ketika itu sedang berdagang di luar Mekah. Zainab merasa ketenangan apabila menganut agama Islam yang dianutinya dan beliau amat tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan itu bersama suaminya. Apabila suaminya pulang, beliau cukup berdukacita apabila suaminya enggan memeluk Islam bersama. Oleh sebab enggan bertengkar, Abul Asy ke Bandar Mekah untuk melihat sendiri apa yg telah berlaku dan bertemu dengan bapa mertuanya iaitu Rasulullah. Namun, Abul Asy masih lagi enggan menerima Islam sebagai agama barunya.

Hijrah kau tertahan
Engkau keseorangan
Memelihara iman
Di tengah kekufuran
Takdir menentukannya suamimu tertawan
Di medan Badar yang sangat menggetirkan
(Zainab kau sungguh tabah dipenuhi kesabaran)

HIJRAH RASULULLAH MENDUKACITAKAN ZAINAB

Di Mekah, ramai penduduk yang tidak menerima malah memusuhi Rasulullah. Selepas Rasul berdukacita disebabkan kematian bapa saudaranya Abu Talib (yang tidak sempat memeluk Islam) dan kemudiannya kematian isterinya Khadijah menyebabkan baginda bertekad untuk berhijrah ke Madinah. Zainab ditinggalkan bersama suaminya. Zainab cukup sedih dengan pemergian bapanya dan adik-beradiknya yang lain. Zainab berasa seperti hilang tempat bergantung. Terasa juga serba salahnya apabila melihat ramai orang Islam yang menyusul berhijrah. Dia masih lagi bersama suaminya yang masih kufur. Perit sekali hati Zainab ketika itu.

2 tahun selepas itu, Abu Sufyan mengumpulkan 1000 tenteranya untuk menyerang orang Islam di Madinah. Suaminya juga turut serta. Sedih dan berdebar kerana memikirkan bapanya di Madinah dan suaminya yang mahu menyerang. Namun, peperangan pertama yang dipanggil Perang Badar memberi kemenangan kepada tentera islam yang hanya 303 org menewaskan 1000 org kafir. Abul Asy telah ditawan di dalam perang itu. Lega di hati Zainab kerana bapanya terselamat, tetapi sebak apabila mengetahui suaminya adalah di antara tentera kafir yang menjadi tawanan.

Lalu kau hulurkan kalungan kenangan
Sebagai penebus suami tersayang
Menitis airmata rasul melihatnya
Melihat si khadijah seolah berbicara
Ya, binta Rasulullah

KALUNG ZAINAB DAN AIRMATA RASULULLAH

Lalu, Zainab menghantar seutas kalung pusaka yang pernah diberi oleh ibunya untuk dijadikan penebus suaminya. Terkedu baginda Rasulullah menerimanya, kerana baginda memang kenal dengan kalung pemberian allahyarhamah isterinya kepada Zainab sempena walimahnya dengan Abul Asy.

Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya
Namun perintah allah memisahkan keduanya
Bahang panasnya gurun manusuk hingga ke sukma
Zainab mulakan hijrah yang disambut demi cinta
Tika perjalanannya unta dibunuh
Dan berguguran kandungan

HIJRAH ZAINAB DAN WAHYU

Maka, Abul Asy pun dilepaskan dengan disuruh membawa kalung tersebut kepada Zainab semula. Namun, Abul Asy dikehendaki untuk melepaskan Zainab dan membawanya pada Rasulullah ke Madinah. Pada masa itu, baru turun ayat mengharamkan suami isteri berlainan agama tinggal bersama.

Abul Asy menerima arahan tersebut dan mengarahkan adiknya untuk membawa Zainab pulang kepada bapanya di madinah. Beliau sebenarnya tidak tergamak untuk membawa Zainab pulang tetapi oleh kerana sudah berjanji dengan Rasulullah, beliau terpaksa melakukannya jua. Maka, Kinanah (adik Abul Asy) mengiringi Zainab keluar dari Mekah dan Abul Asy berpesan agar dapat menjaganya bagaikan menjaga nyawa Kinanah sendiri. Kebetulan Zainab ketika itu sedang hamil 4 bulan.

Dalam perjalanan, Abu Sufyan telah menghalang perjalanan Zainab sehinggakan unta yang ditunggangi Zainab ditombak. Maka, jatuhlah Zainab sehinggakan gugur kandungannya. Jadi, Zainab terpaksa dibawa semula ke mekah untuk dirawat. Setelah itu, barulah diserahkan kepada Rasulullah melalui Zaid bin Harithah. Kedatangannya disambut dengan kegembiraan sanak saudara dan Rasulullah sendiri. Namun jauh disudut hatinya, beliau masih rindukan Abul Asy.

Zainab kau sungguh tabah dipenuhi kesabaran
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan
Antara dua kasih suami dan juga ayah
Juga antara cinta dan taat pada tuhan
Berjaya kau menempuhi segala rintangan
Demi cinta

BERPISAH DAN BERTEMU KERANA ISLAM

Sehinggalah pada satu ketika, mereka disatukan semula apabila Abul Asy menerima Islam sebagai agama anutannya. Zainab gembira tidak terhingga, kesabaran beliau membuahkan hasil. Namun mereka hanya sempat bersama sebagai suami isteri selama 1 tahun dan dalam 1 tahun itu Zainab dikatakan sering sakit-sakit kesan dari keguguran yang pernah dialaminya dulu. Dan selepas 2 tahun pemergian Zainab, Abul Asy pula menyusul mengikut jejak langkahnya. Begitulah berakhirnya kisah cinta Zainab. Cinta seorang isteri pada suaminya dan juga agamanya. Zainab dan Abul Asy berpisah kerana Islam dan bertemu juga kerana Islam.
 
Kahwinlah wanita kerana Allah SWT
Siapa yg mengawini seorang wanita kerana memandang kedudukannya maka Allah akan menambah baginya kerendahan, memandang harta-bendanya maka Allah akan menambah baginya kemelaratan, memandang keturunannya maka Allah akan menambah baginya kehinaan, tetapi bila kerana ingin mengelak pandanagn mata & menjaga kesucian seksualnya …atau ingin mendekatkan ikatan kekeluargaan maka Allah akan memberkahinya dan isterinya.(HR Bukhari)
__________________
 

Attachments

Last edited:
Dengarlah Muslimah
‎*( MUSLIMAH )*


Wahai wanita cantik,
Engkau yang diciptakan dengan sangat sempurna oleh Rabbmu..
Indah dengan segala kelebihanmu yang ada...

Wahai wanita cantik,
Sering kali aku melihatmu berjalan dengan baju yang sangat sederhana,
Bahan yang sederhana, dan ukuran yang sangat sangat sederhana,
Hingga bagian auratmu yang harusnya tak tampak menjadi tampak..

Wahai wanita cantik,
Cukup sering aku melihat engkau jalan di depan para lelaki denga pakaian sexy-mu,
Dan para lelaki itu menatapmu dengan sangat lekat dari ujung kakimu sampai ujung rambutmu,
Mengikuti langkahmu hingga hilang dari pandangan mereka, pandangan yg menjijikkan. ..

Wahai wanita cantik,
Suaramu sungguh merdu,
Mendayu-dayu layaknya putri duyung yang sedang bernyanyi,
Bening sebening sumber mata air yang mengalir...

Wahai wanita cantik...
Ketahuilah.. . engkau begitu berharga... terlalu berharga...
Engkau bagai intan berlian yang terpajang pada sebuah kotak kaca indah berkunci dan terbungkus rapi..
Engkau bukan emas campuran murahan yang terpajang di etalase depan toko dan dengan seenaknya sang pembeli dapat merabamu, memegang tubuhmu dan memakaimu hanya untuk mencoba, lalu sang pembeli pergi, tak jadi membelimu dan mengembalikanmu di tempat yang sama!!
Bukan, engkau bukan itu wahai wanita cantik!!
Engkau intan berlian yang terpajang dalam kotak kaca indah berkunci dan terbungkus rapi.. orang yang menginginkanmu tidak berhak merabamu, memegang tubuhmu bahkan mencoba memakainya!
Tidak, mereka terlalu kotor untuk itu... mereka harus terlebih dahulu membelimu dengan harga yang sangat mahal, setelah itu mereka akan dapat memilikimu sepenuhnya.. Engkau yang utuh, yang belum pernah di coba orang lain sebelumnya.. .

Wahai wanita cantik...
Engkau sungguh indah...
Bagai bunga mawar yang ketika orang ingin mengambilnya, terlebih dahulu mereka harus merasakan duri pertahanan diri yang kau punya,
Bagai bunga edelweis yang ketika menginginkanmu, terlebih dahulu mereka harus mendaki gunung ke arah ketinggian, menantang keberanian dan cuaca yang tak bersahabat,
Engkau bukan bunga bangkai, yang terlihat begitu indah dari kejauhan dengan warna yang menyala yang membuat para serangga tertarik dengan warna indahmu, namun ketika didekati, kau busuk.. ahh...baumu saja sudah membuat orang mual, apalagi memilikimu, merekapun enggan...

Wahai wanita cantik...
Jagalah amanah keindahan yang ada pada dirimu..
Berjalan saja kau terlihat menawan, belum lagi pembawaanmu yang sangat anggun, apalagi jika kau bersuara merayu, dan menampakkan apa yang tak seharusnya tampak..
Ahh..jagalah itu semua saudariku,
Tutuplah auratmu...agar tak ada yang berkeinginan lain terhadapmu.. . lelaki jalanan itu tak pantas menikmati tubuhmu dengan memandangimu dengan pandangan menjijikkan itu! mereka terlalu kotor untukmu!
Jagalah kehormatanmu saudariku... lelaki manapun yang belum halal bagimu tak pantas menyentuh tubuh dan kehormatanmu, pun atas nama cinta... sungguh, cinta dan nafsu itu berbeda...

Apakah kau khawatir tidak ada yang menyayangimu dan menjagamu atas nama cinta?
Apakah kau takut tidak akan ada yang menggombal dan merayumu atas nama cinta?
Wahai saudariku, bukan lelaki yang menginginkan tubuhmu yang sesungguhnya mencintaimu. .
Lihatlah.. aku disini... aku sangat sedih melihat keadaanmu sekarang... aku sedih melihat para lelaki itu menzalimimu. . diri ini serasa tercabi-cabik. ..
Lihatlah di sekitarmu... tak hanya aku yang menginginkan ini semua yang terbaik untukmu.. lihatlah saudara-saudara semuslim mu...
Lihatlah kami.. sungguh engkau membuat air mata kami mengalir dan mencopot kantuk dari mata-mata kami... kami disini sedang memikirkan dan berbuat sesuatu untukmu.. agar tak pernah lagi engkau dizalimi siapapun...
Lihatlah kedua orang tuamu... hh,,apakah mereka menginginkanmu menjadi seperti ini? Sungguh engkau bakai mutiara bagi keluargamu.. . mutiara yang mereka jaga sejak kecilmu sampai engkau beranjak dewasa... apakah dengan ini engkau membalasnya?
Jika kau masih kurang dengan ini, maka lihatlah Allah Tuhanmu, Yang Menciptakanmu, Yang tiada henti-hentinya memberi nikmat padamu padahal tak jarang kau lupa denganNya... Ia masih memberimu nikmat udara, nikmat hidup, nikmat fisik dari tubuhmu yang indah itu.. Bayangkan, jika Ia tidak menyangimu, knapa Ia tak cabut saja nikmat wajahmu yang cantik dan tubuhmu yang indah?? Tapi tidak... meskipun engkau sering kali melupakanNya, nimkatNya tetap terus mengalir...

Wahai saudariku...
Biarlah hanya satu lelaki paling beruntung yang dapat menikmati dirimu seutuhnya, yakni suamimu kelak... ketika ikatan antara kalian halal dan berbuah ridhoNya... ketika suara mendayumu bukan lagi dosa tapi pahala... hanya dia yang pantas, saudariku...

Wahai saudariku,
Sungguh tidak ada alasan lain yang membuat aku melakukan ini selain cintaku yang begitu tinggi kepadamu...
Cintaku yang membuncah yang membuat aku memikirkanmu hingga kata-kata ini kugoreskan.. .
Cintaku yang menangis ketika melihat keadaanmu yang terzalimi oleh mode dan perbudakan hawa nafsu...
Cintaku yang akan tersenyum jika engkau berniat kembali ke jalanNya... Mari berjalam bersamaku, saudariku... temani aku dalam perjalanan indah yang tak singkat ini, menuju kepadaNya...

Wallahu'alam. .

Copy dari http://www.anahumayrah.com/
 

Attachments

Last edited:
agak susah nak cari bini solehah camni. pempuan sekarang ramai ngada2 nak lempang.
 
Lelaki plak susah nk cari yg betul2 bertangungjawab....
 
Back
Top
Log in Register