BTC USD 82,585.5 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ujian MEdSI 28 April 2012

gomen

Junior Member
Messages
68
Joined
Apr 13, 2012
Messages
68
Reaction score
0
Points
6
Ujian MEdSI atau Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam.

Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik. Jumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam.

PANDUAN UJIAN MEdSI

SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 20 April - 27 April 2012

Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 28 April 2012.
NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU.

Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT.

Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian.

Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.

Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).

sumber :
http://www.spa8online.com/category/pendidikanperguruan/
 
Ada yg nak jd pendidik ke :-?..sekarang ni pun bertambun student ijazah pendidikan yg x posting biar pun dh ambil MEDSI :))
 
Ada yg nak jd pendidik ke :-?..sekarang ni pun bertambun student ijazah pendidikan yg x posting biar pun dh ambil MEDSI :))

entoh la yob..pelik bebenor teman..graduan pendidikan ramai lagi yang belum dpt jadi cikgu tetap..tp still ambik ribu-ribu studemt ijazah pendidikan..

lain-lain info tentang panduan exam MEdSI bleh pi sini :

http://www.spa8online.com/panduan-lulus-medsi/
 
student tu ibarat duit..tiada student, universiti xde duet
shh ler ipta nk idop.. :))
 
Back
Top
Log in Register