Permulaan yang perlahan buat UiTM FC di pentas Liga Premier bukanlah satu petanda yang mereka tidak berupaya untuk memberikan cabaran kepada pasukan lain sepanjang musim ini.
Menurut penjaga gol UiTM, Mohamad Ramdhan Ab Hamid, pasukan berkenaan masih dalam fasa pembelajaran kerana rata-rata pemain dalam skuad itu hanya beraksi di Piala Presiden musim lalu.
Dia percaya UiTM akan bangkit selepas melalui dua kekalahan berturut-turut kepada Selangor FC 2 (0-1) dan Kelantan FC (0-3) sambil berharap mereka mampu melakar kejutan semasa bertandang ke Stadium Negeri berdepan Kuching City FC di pusingan pertama Piala FA 2022.
UITM FC TANPA IMPORT, BERI PELUANG KEPADA PEMAIN TEMPATAN
Penyerang UiTM FC, Muhamad Rafie Mat Yaacob menganggap ketiadaan pemain import dalam pasukan musim ini bakal memberi ruang terbaik untuknya memberi impak di bahagian depan dalam pentas Liga Premier.
Meskipun sedar cabaran yang lebih getir ditempuh UiTM FC tanpa kudrat pemain import, namun Rafie melihat situasi itu sebagai peluang yang besar untuknya bersama pemain lain lebih menyerlah.
Selaku penyerang, pemain berusia 24 tahun ini sedar kepentingan di bahagian depan pasukan dan bertekad ingin meledak seberapa banyak jaringan selepas tidak berjaya menghasilkan sebarang gol pada musim lalu.