BTC USD 63,361.3 Gold USD 4,459.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ugut kelar leher ibu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA TERENGGANU: Nyawa seorang ibu di hujung tanduk apabila anaknya yang berhati binatang tergamak bertindak ganas mengugut membunuh ibu kandungnya dengan meletakkan sebilah parang di leher wanita berkenaan, Jumaat lalu.

Perbuatan anak hilang siuman itu berlaku ketika ibu berusia 50 tahun itu sedang berehat dalam bilik di rumahnya di Kampung Padang Lebam, Bukit Payong, Marang kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar ke kedai untuk membeli barangan keperluan harian.

Katanya, sebaik pulang ke rumah jam 12.30 tengah hari, anak perempuan mangsa yang bimbang dengan keselamatan ibu menasihatkan supaya wanita itu tidak naik ke rumah kerana suspek sedang mengamuk dan mengugut hendak membunuhnya.

Beliau berkata, mangsa yang kemungkinan sudah lali dengan sikap berang suspek berikutan sebelum ini mendakwa kerap melakukan perbuatan sama mengabaikan nasihat anak perempuannya dan masuk dalam bilik tidurnya.

“Bagaimanapun, mangsa menyedari nasihat anak perempuan yang memberitahu suspek hendak membunuhnya benar apabila lelaki terbabit tiba-tiba menendang pintu bilik berkenaan.

“Sebaik pintu bilik itu terbuka, mangsa semakin ketakutan apabila mendapati suspek memegang sebilah parang dan mengugut membunuh wanita itu dengan meletakkan senjata terbabit di lehernya,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, melihat suspek bertindak ganas, anak mangsa yang lain yang melihat kejadian itu cuba meleraikan keadaan tetapi terpaksa membatalkan hasrat murni itu apabila suspek turut mengugut mencederakan adik-beradiknya dengan mengacu parang ke arah mereka.

Beliau berkata, selepas beberapa minit kemudian, suspek tiba-tiba mengundur diri dan keluar dari bilik berkenaan menyebabkan mangsa terselamat daripada kemungkinan dibunuh anak sendiri.

Mohd Fauzi berkata, disebabkan kejadian sama pernah berlaku beberapa kali, mangsa yang bimbang dengan keselamatannya dan anak lain nekad membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Bukit Payong, Marang pada kira-kira jam 1.10 tengah hari.

Katanya, susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki dipercayai mengalami masalah mental ketika bersembunyi dalam semak belakang rumah mangsa jam 4 petang hari yang sama.
 
hantar aje hospital bahgia tanjung rambutan atau tampoi, abis cerita...
 
Back
Top
Log in Register